ok sambung balek..lepas tak jadi jalan-jalan kat china plaza mall
kitorang gerak plak ke beijing lu dan zhongshan 5 lu pedestrian street
so dari martyrs’ park station, naik train patah balek ke gongyuanqian station
from martyrs’ park station to gongyuanqian station
beratur ya anak-anak..jangan rebut-rebut
ramai gila orang naik train
sempat lagi amek gambar dalam train
(termasuk mamat yang pakai cermin mata tu :P)
dah sampai gongyuanqian station, keluar ikut exit C atau D
kitorang pun tak ingat kitorang keluar ikut exit mana haha..main blasah jek
nak ke beijing lu ni pun blasah jugak..ikut map..pastu ikut mana yang orang ramai pegi
sebab kitorang confident yang ramai-ramai orang ni sure nak pergi beijing lu
naseb baik la betul..buatnya derang pergi ntah mana-mana, tak ke naya :P
arah ke beijing lu
kalau kat negara china, takde lantern, tak sah :P
kepochi gurlz (but without d coz dia yang amek gambar ni)
pic credit to deanaxie
kalau ikut pembacaan di internet, keluar je dari exit C atau D gongyuanqian station tu
jalan je terus ke depan and lintas jalan raya
tak payah belok kiri atau kanan..lepas tu akan jumpa beijing lu
mana orang ramai pergi, kat situ la kitorang pergi hehe
us, the kepochi gurlz
me and enche kingz
(apsal muka dd macam tak puas hati ni? nak gado? :P)
alhamdulillah, lepas puas menapak, kitorang sampai juga di beijing lu ni
kat sini banyak kedai-kedai tapi tak beli apa sangat sebab macam mahal je
yang aku ingat, kat sini aku beli dua utas gelang jade
nak kata murah tu tidak la..beli sebab macam cantik je hehe
ni maksud dia beijing lu ke?
me and kingz at beijing lu
serious ramai betul orang kat sini
kat sini ada derang pamerkan jalan-jalan yang dibina untuk setiap dinasti
bagus jugak, dari zaman tok kaduk (kenapa tok kaduk? ntah aku pun tak tau tapi maksudnya zaman dulu la)
sampai la zaman sekarang..derang simpan peninggalan sejarah tu
bila tengok jalan-jalan tu, baru la tau zaman dulu jalan dia macam mana
memang berbeza sungguh
the roads
jalan punya jalan punya jalan, perut pun dah mengeluarkan bunyi keriuk-keriuk asli
maka misi seterusnya ialah cari restoran halal
susah gila cari restoran halal kat beijing lu ni
kalau tanya arah jalan, memang tak tau la sebab kitorang main jalan je
tau tau je dah sampai kat restoran chinese muslim hehe
tak tau ceruk mana kitorang pergi untuk cari restoran halal tu
naseb baik la jumpa..kalau tak masuk mcd je la order filet o fish. erk. hehe
ni la dia restoran chinese muslim tu
jangan tanya direction sebab sumpah tak ingat
inside the restaurant
yang dah kawen dok sekali
yang bujang dok sekali
punya la lapar, sampai lupa nak snap gambar makanan
yang ni pun ehsan daripada deanaxie
lupa plak nama makanan ni apa hehe
settle makan tengahari and bungkus makanan untuk dinner, kitorang pun teruskan jalan-jalan kat beijing lu
tapi takde apa sangat nak tengok
setakat kedai-kedai yang agak mahal and cafe yang tak boleh nak masuk sebab was-was hehe
laku ke? mungkin kot hehe
terserempak plak dengan bumble bee
apa lagi kasik posing satu kali la
say peace!
selca lagi hehe
kat area sini banyak boutique..tak mampu tssk
mampu tengok je
enche kingz sebenarnya nak amek gambar honda jazz ni
tapi kitorang sebok je interframe kat blakang tu hehe

me, dd, d and ayu
not in this picture is azie coz dia yang amek gambar
(pic credit to deanaxie)
penuh ngan butik je
since dah tak tau nak pergi mana ntah plus bukan boleh beli apa-apa pun kat sini
kitorang pun patah balek ikut jalan asal
untuk ke gongyuanqian station sebab nak balek rehat kat hotel jap
tak berani plak kitorang nak memandai-mandai..takut sesat jalan plak kang hehe
so from gongyuanqian station, naik train untuk ke haizhu square station
kali ni nak balek hotel tak sesat dah..dah boleh hafal jalan hehe
owh tapi sebelum balek hotel tu kitorang singgah kejap kat one link plaza
one link plaza ni agak dekat jugak la ngan hotel kitorang
tapi kat sini kitorang berpecah sebab masing-masing ada agenda sendiri
macam aku ngan kingz jalan-jalan cari toys untuk the sepets and barang-barang tacticals
antara kedai tacticals yang ada kat one link plaza
kat sini kingz la yang paling banyak borong
aku paling banyak tengok je
so lepas dah membeli dan belah di one link plaza
kitorang balek ke bilik masing-masing untuk solat dan rehat
sebab malam nanti nak sambung jalan kat shangxiajiu pedestrian street
to be continued (Guangzhou, China. 2013. Day 2. 8 September 2013. Part 3)

















































