good morning guangzhou!
hari ni adalah hari terakhir kitorang di guangzhou, china
bangun pagi rasa excited nak balek coz tak sabar nak jumpa the sepets *rindugila*
memandangkan flight kitorang pukul 8.50 malam
and nak kena ada kat baiyun international airport pun latest by 4pm
makanya ada masa lagi nak buat last minute shopping nih hehe
tapi kitorang takde la pergi jauh-jauh..shopping kat area-area hotel je
paling jauh pun one link plaza hehe
settle shopping and repacking, lepas solat zohor, kitorang pun check out dari hotel
naseb baik dd beli electronic scale ni
boleh timbang berat badan. eh.
hasil borongan mereka
ni beg aku dan kingz
tak banyak barang sangat coz aku bukan kaki shopping hehe
dah lepas check out hotel tu, kitorang mintak tolong receptionist hotel untuk call teksi
(coz kitorang tak sanggup nak bawak beg berat-berat ni turun naik subway hoho)
kat sini pun ada masalah komunikasi gak, jenuh bertelagah nak mintak teksi
tapi receptionist hotel tu degil gak nak bagi van sebab dia kata barang kitorang banyak
memang la banyak..tapi mahal oiiii kalau naik van tu..tak mampu
last-last, ketua borongan iaitu dd telah menyelamatkan kitorang dengan ketegasan dia
dia kata dia nak jugak teksi! tak kira! maka nak tak nak, receptionist tu pun mengalah
and kitorang berjaya book 3 teksi untuk ke baiyun international airport
hotel yang telah menempatkan kitorang selama 4 hari 3 malam
rating: boleh la kalau setakat nak balik tidur je hehe
sementara tunggu teksi sampai, posing dulu depan hotel hehe
pic credit to deanaxie
selca depan hotel hehe
lepas tunggu lebih kurang setengah jam, maka teksi kitorang pun sampai
maka bermula la aktiviti memunggah beg masuk ke dalam teksi
tapi kenapa 3 teksi? sebab, bonnet teksi tak muat lewww. tong gas dia gedabak gile!
macam aku ngan kingz, boleh muat satu backpack je kat bonnet..lagi satu kat seat sebelah driver
lepas dah settle letak beg semua, maka kitorang pun memulakan perjalanan untuk ke airport
macam dalam penjara plak rasanya
happy kingz
me and kingz inside the taxi
pic credit to deanaxie
lebih kurang sejam travel naik teksi, kitorang pun selamat sampai ke baiyun international airport
sampai-sampai je, kitorang terus carik kaunter airasia sebab ingat nak check in beg dulu
tapi kitorang sampai awal gile and kaunter airasia pun tak bukak lagi
pukul 2.38 petang dah sampai baiyun international airport
flight plak pukul 8.50 malam..jenuh wei nak tunggu!
memandangkan awal sangat sampai and kitorang pun tak makan tengahari lagi
maka kitorang pun melilau mencari restaurant halal kat airport tu
jenuh weh cari..banyak restaurant yang tak halal..sedih betul (ke kitorang tak jumpa?)
tapi alhamdulillah, kitorang terjumpa jugak restaurant halal kat situ
dapat la makan tengahari merangkap makan malam sekali *sobsob*
exotic meat tidak dibenarkan dibawa masuk
muka-muka kelaparan
tak sempat nak amek gambar makanan
sebab makanan sampai je aku terus makan hehehe lapar beb!
selesai makan tengahari, kitorang gerak balek ke kaunter airasia
tapi still tak bukak lagi..maka kitorang beraturkan trolley bag kitorang
so that bila kaunter airasia dah bukak nanti, kitorang plak yang beratur hehe
trolley bag yang telah diberaturkan
sementara tunggu kaunter airasia bukak
dah macam pelarian dah :P
lepas dah check in beg, kitorang terus pergi ke departure hall
malas dah nak berlegar-legar kat airport tu
so kat sini kitorang tunggu lagi sampai pukul 8.50 malam
tapi flight delay la plak..rasanya dalam pukul 9 lebih kot baru kitorang boleh naik kapal terbang
at departure hall
sama kan seluar kitorang? boria pulau pinang :P
perjalanan mengambil masa lebih kurang 4 jam dan sepanjang perjalanan tu aku tidur je..penat weh!
alhamdulillah kitorang selamat sampai dalam pukul 1.30 pagi (11 september 2013)
gedebuk gedebak gedebuk gedebak amek bag semua, pukul 2.30 pagi baru kuar lcct
so lepas dah peluk cium dengan kepochi gurlz say goodbye bye bye
kitorang pulang ke destinasi masing-masing
tapi sebelum kuar lcct tu, aku singgah jap duty free shop beli chocolates and rokok untuk baba
sekali bila dah sampai rumah, bila check, rupa-rupanya rokok tu tertinggal kat kaunter masa bayar tadi
stress gila kot! naseb baik la teringat nak call and naseb baik jugak rokok tu still ada lagi
makanya, aku ngan kingz patah balek dari putra heights ke lcct untuk amek rokok
memang nak menyumpah pun ada..ye la..budak kat kaunter tu takkan la takleh jerit or kejar aku kan?
buang duit minyak ngan duit tol je..tapi bila mengenangkan rokok tu mahal la jugak..kitorang gagahkan jugak
siangnya tu, lepas dah bangun tidur, aku ngan kingz gerak ke damansara utama untuk ambil the sepets
rindu oiii kat budak-budak nakal tu! especially si kecik hana tu le
dan siang tu jugak bawak the sepets balek putra heights coz derang tak sabar nak tengok toys derang
hasil pembelian semasa di guangzhou
kasuts and selipars untuk the sepets
toys untuk the sepets
rindu gila kat budak comel nih!
so itu saja cerita kepochi trip to guangzhou
next kepochi trip aku tak tau gi mana
sebab orang lain yang akan organize hehe
till then, see you in my next entry! (probably to uss, singapore. eh)
daa!
xoxo!
QueenZ























































