Pages

we must take adventures in order to know where we truly belong
Showing posts with label photos. Show all posts
Showing posts with label photos. Show all posts

Seoul, South Korea. 2014. Trip 3.0. Preparations Part 5. Day 2.

untuk hari kedua di seoul ni pulak
kitorang akan pergi empat tempat je
teringat masa trip 1.0 ke seoul tempoh hari
sampai enam tempat kitorang pergi
tu yang sampai terhencot-hencot enche kingz berjalan
미안해 여보! (mianhe yeobo!) hehe

tempat yang kitorang nak pergi untuk hari kedua ni ialah
itaewon street, seoul central mosque, floating island and banpo bridge
itaewon street and seoul central mosque aku dan kingz dah pernah pegi
just the sepets je belom pergi lagi
manakala floating island and banpo bridge aku dan kingz tak pernah pegi lagi
the sepets lagi la tak pernah pegi hehe
so aku rasa kitorang akan mengalami kesesatan masa nak pergi 
floating island and banpo bridge tu nanti..huhu tawakal je la kan

1. itaewon street

itaewon. mac 2013.

destinasi pertama hari kedua ialah itaewon street
saja nak bawak the sepets jalan-jalan sini
sebab trip 2.0 tempoh hari the sepets tak pegi sini lagi
so kalau nak pergi itaewon dari myeong-dong station, naik train
turun and transfer kat samgakji station..lepas tu naik train pergi itaewon station 
keluar ikut exit 2..lepas tu jalan-jalan je la kat situ hehe
nak beli barang cam mahal sket kot..jalan-jalan cuci mata boleh la

2. seoul central mosque

seoul central mosque. mac 2013.

destinasi kedua hari kedua ialah seoul central mosque
nak bawak the sepets solat kat masjid ni
so kalau nak pergi seoul central mosque ni
dari exit 3 itaewon station, jalan straight sampai nampak itaewon fire house
lepas tu belok kanan dan jalan straight sampai simpang ketiga
belok kiri dan jalan straight sampai nampak halal butcher belah kiri 
lepas tu belok kiri dan sampai sudah entrance masjid tu 

3. floating island

floating island. pic credit to aasarchitecture.com

destinasi ketiga hari kedua ialah floating island
floating island ni kitorang tak pernah pegi lagi
rasanya kitorang bakal akan sesat nanti haha 
so nak pergi sana dari itaewon station, naik train
and transfer dekat yaksu station..then naik train ke express bus terminal station
keluar ikut exit 8-1..lepas tu jalan straight lebih kurang 250 meter
dan belok kanan kat simpang empat express bus terminal 
lepas tu jalan straight lebih kurang 400 meter dan lintas jalan
lepas tu jalan straight melalui underpass untuk sampai ke banpo hangang park
floating island tu dekat banpo hangang park

4. banpo bridge

banpo bridge. pic credit to www.worldofdesigners.com

destinasi keempat hari kedua ialah banpo bridge
reason nak pergi sini ialah nak tengok rainbow fountain show kat banpo bridge tu
tempat ni dekat je dengan floating island tu so takyah direction pun takpe heee

so itu je tempat-tempat yang kitorang nak pergi sepanjang hari kedua
tak banyak sangat coz takut tak sempat nak cover
maklum lah kan..bawak budak2 tak leh jalan banyak2 sangat
bukan setakat derang je letih..mak bapak budak2 ni pun bakal letih jugak nanti hehehe
ok..jumpa lagi di entry yang akan datang
till then..daaaa!

xoxo! 
QueenZ

Seoul, South Korea. 2014. Trip 3.0. Preparations Part 5. Day 1.

since in shaa Allah kitorang sampai seoul nanti dalam awal pagi
so first day sampai seoul nanti kitorang dah akan start jalan-jalan dah
coz rasanya gedebuk gedebak gedebuk gedebak
kitorang sampai zaza backpackers lebih kurang pukul 10.00 a.m.
so rehat letak beg sume..lepas tu dah boleh jalan-jalan
tapi rasanya tak jalan jauh..just around myeong-dong and namdaemun je hehe

untuk trip 3.0 ni kitorang akan start jalan-jalan pegi
namdaemun market, sungnyemun gate
culture station seoul 284 dan myeong-dong
hehe empat tempat je
tu pun confirm penat nanti tu :P

1. namdaemun market

namdaemun. jun 2013.

destinasi pertama, hari pertama, ialah namdaemun market
reason nak pergi sini ialah nak cari brooch dan cari apa barang boleh beli hehe
kena cari awal-awal sebab kalau nak beli lagi boleh repeat before balek..bijak kan? hehe
so, kalau nak pergi sana from myeong-dong station, naik train
and turun kat hoehyeon station, pastu keluar ikut exit 5
(alternatively, boleh je jalan kaki dari exit 5 atau 6 myeong-dong station (kalau larat la hehe)
or naik bas warna biru ke namdaemun market)
kat sini macam-macam benda boleh beli..and price depends ngn luck hehe
kalau naseb baik, dapat murah..kalau naseb tak baik, dapat mahal..kena pandai bargain
and kalau nak cari brooch, lepas keluar kat exit 5, hoeyheon station tu,
jalan towards gate 6, namdaemun, lepas tu belok kanan
dan akan jumpa dua bangunan (orange dan hijau)
pergi kat bangunan e-ledang (hijau)..kat situ ada jual banyak brooch

2. sungnyemun 

destinasi kedua, hari pertama ialah sungnyemun (south gate)
sungnyemun (south gate) ni adalah salah satu daripada 8 gate yang ada di seoul
but then dua daripada 8 gate tu dah takde dah..tinggal marker je
iaitu souimun (south west gate) dan donuimun (west gate)
kitorang dah pernah jumpa heunginjimun (east gate) di dongdaemun

 heunginjimun. mac 2013.

 heunginjimun. jun 2013.

so kali ni nak pergi tengok sungnyemun sebab sungnyemun ni kat area namdaemun
so dari gate 6, namdaemun, jalan straight sampai junction besar
lepas tu belok kiri..and jalan straight sampai nampak sungnyemun
mesti akan nampak coz sungnyemun ni besar hehe
kalau sesat tanya je ahjumma/ahjussi kat mana sungnyemun tu

3. culture station seoul 284

pic credit to www.visitseoul.net

destinasi ketiga, hari pertama ialah culture station seoul 284
reason nak pergi sini ialah nak tengok seoul station yang lama
ni semua sebab lepas tengok kdrama reply 1994 hehe
so kalau nak pergi sini dari hoehyeon station, naik train
and turun kat seoul station, pastu keluar ikut exit 2
nak masuk culture station seoul 284 ni free of charge je
buka setiap hari (kecuali hari ahad) from 10am - 7pm

4. myeong-dong


myeong-dong. mac 2013


myeong-dong. june 2013

destinasi keempat, hari pertama, of course la myeong-dong kan!
nak cari apa? tak tau..maybe cari makanan la kot plus cosmetics yang boleh dibeli
so dari seoul station tu, naik train and turun kat myeong-dong station
pastu keluar ikut exit 5 atau exit 6
lepas tu jalan la mana rasa nak jalan hehe (mentang-mentang la dah pernah pegi kan? :P)

lepas dah jalan-jalan kat myeong-dong kitorang plan nak balek rehat kat guesthouse
kasik recharge sebab the next day nak kena pergi tempat yang jauh sket
so tu je plan untuk hari pertama..hari kedua nanti aku blogkan preparation nye eh
till then..daaa!

xoxo!
QueenZ

Seoul, South Korea. 2014. Trip 3.0. Preparations Part 4.

just for info coz aku dah penah blog pasal ni kat sini dan sini
nanti just follow je passengers mas yang turun :P

ok ni airport guide and procedures kat incheon international airport

arrival
arrival -> quarantine regulations -> go to B1 and take shuttle train to passenger terminal -> arrival immigration -> baggage claim -> customs immigration -> meeter/greeter hall


departure
check-in procedure & baggage checking -> quarantine regulations -> customs declaration -> security inspection -> departure immigration -> boarding


kali ni kitorang plan nak guna pick up & sending service zaza backpackers
sebab kitorang dah experience turun naik train turun naik tangga
bawak beg dengan the sepets..memang mencabar gila..tak sanggup dah oh! hehe
so untuk menyenangkan kitorang especially nya
terpaksa la sewa kereta untuk derang amek and hantar kitorang kat airport nanti
for info, pick up & sending service zaza backpackers from or to the airport
ialah 75,000KRW (one-way) per car and maximum 5 orang untuk setiap trip
for more information, boleh refer sini

ok next entry aku akan cite tempat-tempat yang kitorang nak gi
stop jap coz aku nak gi minum air..tadi lunch lupa nak minum air..haus!! haha

xoxo!
QueenZ

Seoul, South Korea. 2014. Trip 3.0. Preparations Part 3.

hi sume! jumpa lagi! jom sambung buat preparations hehe

visa
visa tak perlu coz kitorang gi seoul tak melebihi 90 hari
(this year pergi 9 hari je..hehe)

barangan larangan

senarai barangan larangan yang tak boleh bawak masuk south korea
boleh refer kat sini

declaration

kena submit written baggage declaration kat kastam south korea
and since duit yang nak bawak nanti not more than US $10,000
so no need to declare ;)

immigration clearance

sampai kat korea kena gi buat fingerprint and facial recognition untuk tujuan keselamatan 
aku ulang steps dia ok?
first kena submit arrival card and passport


then kena provide cap jari (jari telunjuk)


then kena amek gambar muka 


lepas tu after dapat final confirmation..settle!
jangan lupa cakap gamsahamnida (thank you) hehe


untuk menjimatkan masa, dalam flight nanti jangan lupa isi documents
yang flight attendants bagi iaitu arrival card dan customs declaration form
if pergi satu family, isi satu customs declaration form jer dah cukup
important note: untuk arrival card, kene isi untuk the sepets sekali
and make sure tulis alamat hotel or guesthouse 

arrival card

customs declaration form

jangan lupa masa custom inspection nanti
standby passports, flight tickets and custom declaration forms

next entry aku ulang cite pasal arrival and departure ok
sekarang ni nak prepare untuk discussion jap gi
till then. daa!

xoxo!
QueenZ

Seoul, South Korea. 2014. Trip 3.0. Preparations Part 2.

hi! jumpa lagi! kali ni nak cite pasal itinerary autumn trip nanti
most of the places yang kitorang gi nanti
adalah tempat-tempat yang the sepets tak gi lagi last year
tapi ada jugak tempat-tempat yang the sepets dah gi
such as namsan tower, seoul folk flea market, namdaemun
dongdaemun and myeong-dong (of course la kan coz stay kat situ hehe)

itinerary
tempat-tempat yang kitorang bakal pergi ialah
namdaemun market, sungnyemun gate, culture station seoul 284
myeong-dong, itaewon, seoul central mosque, floating island, banpo hangang park
gwangjang market, dongdaemun, dongdaemun design plaza, sungkyunkwan university
trick eye museum, hongdae free market, wall painting street
ewha women's university, seoul folk flea market, cheongdamdong street
sm town building, samsung d’light, garosu-gil, seoulland, deoksugung 
cheongwadae sarangchae, bukchon hanok, insa-dong, gwanghwamun, cheonggyecheon 
namsan tower, namsan park and seoul animation centre
uishhhhh macam banyak je! larat ke nak cover semua ni? hahaha takpe pelan2 jalan :P

budget
selepas dah kira-kira, kitorang akan spend dalam RM7,000 untuk trip 9 hari ni
tapi kena ingat, RM7000 ni untuk 5 orang punya belanja
so kiranya sorang RM1,400 hahaha #pujukhatilagilettewww
apa-apa pun pejam mata je lewwww :P

passport
passport aku dan kingz dah renew hari tu
selepas sehari suntuk tunggu kat immigration, utc pudu sentral
memang gigih kitorang tunggu turn nak buat passport..haih pengalaman betul!
passport the sepets still valid lagi so tak perlu renew..pheww!

cuti umum
in shaa Allah trip october-november ni 
tak jatuh pada cuti umum south korea
alhamdulillah..kalau tak, banyak tempat tak leh gi coz tutup
for more info boleh refer sini

duit KRW
duit KRW belum tukar 
balance masa pegi seoul last year still ada lagi
so ni just top up je la kot

tenaga elektrik
since suis elektrik di seoul tak sama dengan malaysia
jangan lupa bawa travel adapter 
tapi kalau terlupa, no worries, ada je jual kat convenience store ;)
just that trip kali ni kitorang nak bawak power strip/extension block
sebab banyak benda nak kena charge nanti 

internet
internet services ada di mana-mana di seoul..so no worries jugak
and kat zaza backpackers pun ada free wifi
since trip kali ni pun kitorang travel dengan the sepets
so skype tu jarang guna unless nak skype ngn our parents la hehe
ikut pengalaman hari tu, sepanjang berjalan-jalan di seoul
jarang guna internet unless kitorang lepak kat cafes
tapi kalau nak surf gak tanpa batasan di mana saja anda berada
boleh rent pocket wifi through online reservation kat sini

apa nak pakai
since waktu kitorang nak pegi tu musim luruh a.k.a autumn
maka ni la contoh pakaian yang kena pakai (kecuali yang skirt pendek tu le hehe)
kena bawak jackets and sweater bebanyak especially untuk aku yang tak tahan sejuk

pic credit to english.visitkorea.or.kr

ok tu je buat masa ni
nanti aku sambung balek 
nak gi sambung tengok kdrama jap hehe

xoxo!
QueenZ

Seoul, South Korea. 2014. Trip 3.0. Preparations Part 1.

hi all! lama tak update blog ni
entry trip to singapore hari tu pun tak update lagi
ni dah terus blog preparations to seoul trip 3.0 plak kan hehe
yup. this year kitorang anak beranak akan ke seoul lagi
why seoul again? sebab, kalau boleh dan ada rezeki
kitorang nak try semua musim kat sana
yang dah rasa, summer and winter+spring
(kenapa winter+spring? sebab masa tu pergi awal bulan mac
ingatkan dah spring rupanya belum lagi..winter tak abes lagi..haish)
so in shaa Allah kali ini kitorang akan rasa autumn in seoul pula hehe

map
since aku dah pernah cerita pasal map seoul di sini dan sini
maka rasanya tak perlu lah aku cerita lagi kan..refer je kat link tu hehe

weather
pic credit to www.accuweather.com

ni adalah ramalan cuaca sepanjang kitorang berada di seoul nanti
quite sejuk jugak la..memang kena bawak jackets and sweaters la kan hehe

flight tickets

kali ni kitorang ke seoul in shaa Allah dengan menaiki pesawat malaysia airlines
kenapa mas dan bukan air asia? hmm saja je nak try hehe
sebenarnya tak jauh beza pun harga ticket mas ngan air asia
sebab kitorang beli ticket pun bukan time air asia promo
nak tunggu air asia promo tak tau bile..so pejam mata la beli tiket mas kihkihkih
at least kalau naik flight mas, entertainment, makan, luggage sume dah include dah
kena fikir jugak coz kitorang bawak budak-budak hehe
#pujukhatilettewww #duitdahhabisbro

accommodation

in shaa Allah selama 9 hari kat sana, kitorang akan stay kat tempat yang sama 
sebab nombor satu, dah biasa and sebab nombor dua, dekat dengan semua tempat
tapi tu semua bergantung kepada room availability sebab kitorang hanya boleh reserve july onwards
coz zaza backpackers tak accept 3 months advance reservation
more information on zaza backpackers hostel boleh refer sini

so next preparation is itinerary and budgeting plak
tapi tu next entry lah k
coz nak gi tengok kdrama ni hehe
till then..daaa!

xoxo!
QueenZ

#PrayForMH370

keep on praying




hanya Allah yang Maha Mengetahui. Subhanallah. Allahuakbar.

Car Boot Sales, Kota Damansara


car boot sale? apa itu car boot sale?
jualan bonet kereta? hahaha tidak! tidak!
konsep car boot sale ni asalnya dari canada..dari tahun 1970an lagi
dan telah dipopularkan oleh orang-orang UK 
dan sekarang telah popular di merata-rata tempat termasuk di malaysia

di car boot sale ni, kebanyakan barang yang dijual 
adalah barangan terpakai tetapi masih boleh digunakan
(tapi ada jugak jual barang yang dah tak boleh pakai dah..hahaha tu naseb!)
ada juga jual collector items atau rare items yang memang sebelum ni tak pernah nampak
dan barang-barang tersebut dijual dari bonet kereta penjual masing-masing
dah kata car boot sale kan? harus lah dari bonet kereta hehehe
biasanya car boot sale ni derang buat kat sekolah atau pusat komuniti
tetapi kebanyakannya derang buat kat car parks
dan biasanya car boot sale ni diadakan setiap minggu iaitu setiap hari ahad

so, hari ahad tu, kitorang anak-beranak gi car boot sales, kota damansara
atau lebih dikenali sebagai cbs kota damansara
cbs kota damansara ni diuruskan oleh inz xpert resources
diadakan setiap ahad dari jam 8 pagi hingga 12 tengahari
kat cbs kota damansara ni hanya dijual barangan terpakai sahaja
barangan baru, makanan dan minuman tak dibenarkan dijual di sini
lokasi cbs kota damansara ni pula kat sunsuria the core, seksyen 3, kota damansara
boleh refer map kat bawah hehehe
and sebarang maklumat lanjut mengenai cbs kota damansara boleh klik sini :)


kebanyakan barang yang dijual di sini adalah pakaian, pakaian dan pakaian ^^

birthday girl yang tak mandi lagi ^^

mama belikan hana baju ni boleh? 

hmmm..toys apa nak belikan untuk birthday present hana eh?

abah jom la balek! tadi kata budget dah habis? - aqil anaqi  XP

so sesiapa nak jual barangan terpakai or nak cari barangan terpakai
boleh la datang jalan-jalan ke sini hehe

Guangzhou, China. 2013. Day 4. 10 September 2013.

sambung dari Guangzhou, China. 2013. Day 3. 9 September 2013. Part 2.

good morning guangzhou!

hari ni adalah hari terakhir kitorang di guangzhou, china
bangun pagi rasa excited nak balek coz tak sabar nak jumpa the sepets *rindugila*
memandangkan flight kitorang pukul 8.50 malam
and nak kena ada kat baiyun international airport pun latest by 4pm
makanya ada masa lagi nak buat last minute shopping nih hehe
tapi kitorang takde la pergi jauh-jauh..shopping kat area-area hotel je
paling jauh pun one link plaza hehe
settle shopping and repacking, lepas solat zohor, kitorang pun check out dari hotel

naseb baik dd beli electronic scale ni
boleh timbang berat badan. eh.

hasil borongan mereka

ni beg aku dan kingz
tak banyak barang sangat coz aku bukan kaki shopping hehe

dah lepas check out hotel tu, kitorang mintak tolong receptionist hotel untuk call teksi
(coz kitorang tak sanggup nak bawak beg berat-berat ni turun naik subway hoho)
kat sini pun ada masalah komunikasi gak, jenuh bertelagah nak mintak teksi
tapi receptionist hotel tu degil gak nak bagi van sebab dia kata barang kitorang banyak
memang la banyak..tapi mahal oiiii kalau naik van tu..tak mampu
last-last, ketua borongan iaitu dd telah menyelamatkan kitorang dengan ketegasan dia
dia kata dia nak jugak teksi! tak kira! maka nak tak nak, receptionist tu pun mengalah
and kitorang berjaya book 3 teksi untuk ke baiyun international airport

hotel yang telah menempatkan kitorang selama 4 hari 3 malam
rating: boleh la kalau setakat nak balik tidur je hehe

sementara tunggu teksi sampai, posing dulu depan hotel hehe
pic credit to deanaxie

selca depan hotel hehe

lepas tunggu lebih kurang setengah jam, maka teksi kitorang pun sampai
maka bermula la aktiviti memunggah beg masuk ke dalam teksi
tapi kenapa 3 teksi? sebab, bonnet teksi tak muat lewww. tong gas dia gedabak gile!
macam aku ngan kingz, boleh muat satu backpack je kat bonnet..lagi satu kat seat sebelah driver
lepas dah settle letak beg semua, maka kitorang pun memulakan perjalanan untuk ke airport


macam dalam penjara plak rasanya

happy kingz

me and kingz inside the taxi
pic credit to deanaxie




lebih kurang sejam travel naik teksi, kitorang pun selamat sampai ke baiyun international airport
sampai-sampai je, kitorang terus carik kaunter airasia sebab ingat nak check in beg dulu


tapi kitorang sampai awal gile and kaunter airasia pun tak bukak lagi


pukul 2.38 petang dah sampai baiyun international airport
flight plak pukul 8.50 malam..jenuh wei nak tunggu!

memandangkan awal sangat sampai and kitorang pun tak makan tengahari lagi
maka kitorang pun melilau mencari restaurant halal kat airport tu
jenuh weh cari..banyak restaurant yang tak halal..sedih betul (ke kitorang tak jumpa?)
tapi alhamdulillah, kitorang terjumpa jugak restaurant halal kat situ
dapat la makan tengahari merangkap makan malam sekali *sobsob*

exotic meat tidak dibenarkan dibawa masuk


muka-muka kelaparan
tak sempat nak amek gambar makanan
sebab makanan sampai je aku terus makan hehehe lapar beb!

selesai makan tengahari, kitorang gerak balek ke kaunter airasia
tapi still tak bukak lagi..maka kitorang beraturkan trolley bag kitorang
so that bila kaunter airasia dah bukak nanti, kitorang plak yang beratur hehe

trolley bag yang telah diberaturkan


sementara tunggu kaunter airasia bukak
dah macam pelarian dah :P


lepas dah check in beg, kitorang terus pergi ke departure hall
malas dah nak berlegar-legar kat airport tu
so kat sini kitorang tunggu lagi sampai pukul 8.50 malam
tapi flight delay la plak..rasanya dalam pukul 9 lebih kot baru kitorang boleh naik kapal terbang


 at departure hall

sama kan seluar kitorang? boria pulau pinang :P


so dalam pukul 9 lebih tu, kitorang pun naik flight and terbang pulang ke malaysia masih aman. eh
perjalanan mengambil masa lebih kurang 4 jam dan sepanjang perjalanan tu aku tidur je..penat weh!
alhamdulillah kitorang selamat sampai dalam pukul 1.30 pagi (11 september 2013)
gedebuk gedebak gedebuk gedebak amek bag semua, pukul 2.30 pagi baru kuar lcct
so lepas dah peluk cium dengan kepochi gurlz say goodbye bye bye
kitorang pulang ke destinasi masing-masing
tapi sebelum kuar lcct tu, aku singgah jap duty free shop beli chocolates and rokok untuk baba
sekali bila dah sampai rumah, bila check, rupa-rupanya rokok tu tertinggal kat kaunter masa bayar tadi
stress gila kot! naseb baik la teringat nak call and naseb baik jugak rokok tu still ada lagi
makanya, aku ngan kingz patah balek dari putra heights ke lcct untuk amek rokok
memang nak menyumpah pun ada..ye la..budak kat kaunter tu takkan la takleh jerit or kejar aku kan?
buang duit minyak ngan duit tol je..tapi bila mengenangkan rokok tu mahal la jugak..kitorang gagahkan jugak

siangnya tu, lepas dah bangun tidur, aku ngan kingz gerak ke damansara utama untuk ambil the sepets
rindu oiii kat budak-budak nakal tu! especially si kecik hana tu le
dan siang tu jugak bawak the sepets balek putra heights coz derang tak sabar nak tengok toys derang
 
hasil pembelian semasa di guangzhou

kasuts and selipars untuk the sepets

toys untuk the sepets

rindu gila kat budak comel nih!

so itu saja cerita kepochi trip to guangzhou
next kepochi trip aku tak tau gi mana
sebab orang lain yang akan organize hehe
till then, see you in my next entry! (probably to uss, singapore. eh)
daa!

xoxo!
QueenZ