Pages

we must take adventures in order to know where we truly belong

Beijing, China, 2012. 3 November 2012. Day 2.

ok since ada masa terluang lagi ni
makanya meh hapdet day 2 nyer report kat beijing
for info, kat beijing ni susah nak dapat wifi
and kalo boleh surf sekali pun
derang block facebook and twitter #sigh #apapuntakboleh
so sepanjang masa kat beijing memang tak berinternet langsung haha
ok sambung

hari kedua di beijing kitorang terpaksa bangun awal
coz pukul 7 am kena breakfast
and pukul 8 am dah kena standby kat lobby
padahal badan masih penat lagi ni
tapi since ikut pakej kan terpaksa la ikut timing dia
so at 7 am, kitorang anak beranak pegi breakfast kat hotel tu
tapi satu apa pun tak berani nak makan coz was was
last-last yang yakin makan adalah roti dan telur sahaja #aigooo
dah la kelaparan..makan pun tak berapa nak makan
dah la tak bawak bekalan makanan dari malaysia
terpaksa mengharapkan belas ihsan orang lain #sadis
moral of the story : kalau gi oversea, sila lah bawa makanan extra dari malaysia :P

sedang menunggu roti dibakar


menu utama : roti dan telur

tengok saja :P

termenung kelaparan

dah tak boleh makan maka posing saja

aunty tut

lepas breakfast, around 8.30 am kitorang gerak untuk lawatan
suhu pada hari ni ialah 12 darjah celcius..sejukkkkk! memang kena pakai winter clothing
sepatutnya hari ni kitorang gi melawat jade center, crystal city, juyongguan great wall
baoshutang scald ointment factory, sanlitun yashow market, the palace longest tv
and hard rock coffee production store
tapi our tourist guide decided untuk ubah semua (ikut suka dia je)

maximum the tourist guide. asyik saya tau saya tau je. pfffttt

hana and mummy. dalam bas.

me and hana



pemandangan sekitar jalan raya beijing

makanya hari ni kitorang gi summer palace dulu
sejarah summer palace sila rujuk sini

pintu masuk menuju ke summer palace


kingz dan hana

awa and aqil


the 17-arch bridge

mereka sedang berbincang. dini sedang senyum.

chanom and aqil

me

dini and her bff, fatini

pokok

memandangkan nak ke summer palace tu jauh 
dan mengambil masa yang lama untuk ke sana
maka untuk menjimatkan masa
kitorang tour sekitar summer palace dengan menaiki bot naga 


sila beratur! sila beratur! :P


bot naga sudah sampai


pemandangan dalam bot naga

the 17-arch bridge dari jarak dekat

jambatan yang menghubungkan ke temple kalau tak silap


pemandangan sekitar tasik summer palace




seronok mereka menaiki bot. siap lambai-lambai lagi. :P




summer palace dari jauh, dekat dan jauh lagi :P

chanom dan adeen

dragon boat

mereka berdua sedang bermain sepak bulu ayam



jauhnya la haih amek gambar



family picture

rasa macam celebrity plak amek shot macam ni :P

me and aqil dekat jambatan

me, aqil, mummy and dini

bff

semua ingat dini ni boy :P

aqil yang malas berjalan

habis sudah sesi lawatan ke summer palace

pemandangan dari dalam bas

next kitorang ke pearl center
ada taklimat pasal pearl dan kemudiannya sesi membeli belah secara paksaan haha
aku tak beli pun pearl, coz bajet takde hehe





sesi taklimat pasal pearl

sama tak kitorang pose? :P


tiram-tiram ternakan

sesi membeli-belah secara paksa rela :P

ok next! err ke mana eh?
hmm kalau tak silap ke chinese traditional herbal medicine centre
konon kat situ ada perkhidmatan urutan kaki
ingatkan bezz la macam odyssey thai massage kat malaysia
tapi harapan tinggal harapan
aqil urut lagi bezz tau tak! serius kecewa
memula ada taklimat pasal chinese traditional herbal medicine
then masuk plak orang urut kaki sambil bawak bekas berisi air dan herbal medicine
pastu derang soh rendam kaki dalam air tu
lepas tu, ada doktor-doktor masuk bilik bersama translator masing-masing
buat analysis based on tilikan tangan sambil ada orang urut kaki yang tak rasa apa
then derang suggest la nak guna herbal medicine yang mana
which is bagi aku tak payah la nak beli coz for sure tak guna punya nanti
eventhough analysis derang ada yang betul
lagi pun harga herbal medicine tu adalah sangat ridiculous okeh
untuk aku nyer analysis dia suggest apa ntah yang berharga 900 yuan (RM450)
gile hape aku nak beli..wasting my money sajork
last-last dengan pelbagai alasan aku bagi, doktor tu fed up kot pastu blah
tinggal la orang yang urut kaki tu
habis derang urut kaki tu, boleh plak mintak tips sambil buat muka kesian
selagi tak bagi tips, selagi tu derang tak blah
kitorang dah la masing-masing takde duit kecik
masa tukar kat money changer derang kasi duit besar (100 yuan = RM50)
so nak tak nak, terpaksa la aku bagi 100 yuan tu tapi aku cakap la bahagi dua
maknanya untuk orang yang urut aku and orang yang urut kingz
maknanya lagi sorang dapat 50 yuan la (RM25) #untungla
rupa-rupanya, orang yang urut kak ogy ngn abang razak sudah nampak
yang aku bagi 50 yuan sorang and derang pun mintak bayaran yang sama
aku plak yang rasa bersalah sebab bagi 50 yuan sorang
serius aku lupa pasal kak ogy ngan abang razak
kalau aku tau, 100 yuan tu aku soh bahagi 4
maknanya sorang dapat 25 yuan #tepukdahimenyesal
to kak ogy and abang razak, zeti minta maaf sangat-sangat huhu

sesi taklimat mengenai chinese traditional herbal medicine

kita rendam kaki dulu!

budak-budak tak boleh urut sebab derang takde duit nak bagi tips :P

next kitorang gi minum teh cina plak
kat situ pun kena dengar taklimat pasal teh cina
asyik dengar taklimat je
agak-agak kalau claim jam berkursus lepas tak? haha
and as usual, lepas dengar taklimat kena la membeli
dan seperti biasa juga, aku tak beli sebab takde bajet
lagipun kitorang jarang minum teh kat rumah
teh boh uncang yang beli tahun lepas pun tak habis-habis lagi :P

kedai teh cina

yang tinggi sebelah izzaty tu adalah teh tau uols
(pic credit to izzaty razak)

yam seng!
(pic credit to izzaty razak)

next, moh kita ke silk factory plak
seperti sebelum-sebelumnya, kat sini pun dengar taklimat lagi
kali ni of course la pasal ulat sutera dan kain sutera kan
walaupun taklimat dia interesting sebab ada ulat sutera dan kepompong tu
tapi disebabkan kitorang dah penat nak dengar taklimat
makanya kitorang tak pay attention sangat dengan taklimat yang dia bagi
yang kitorang tau, kitorang nak pi beli kain sutera
ya. kat sini aku memang ada niat nak membeli
tapi bila tengok kain-kain yang derang jual
oh sangat tidak menarik untuk aku beli
sebab design dia tak kena dengan aku
serius pusing banyak kali pun tak jumpa yang berkenan
last-last beli jugak la sehelai untuk mama sebab dah niat nak beli
1 meter kain silk tu kalau tak silap aku 70 yuan (RM35) so 4 meter = 280 yuan (RM140)




evolusi ulat sutera

dua jenis kepompong : yang tengah ada 1 ulat, yang tepi ada 2 ulat

kepompong-kepompong

cara-cara untuk membuka kepompong

kepompong sekecil itu, boleh jadi sebesar ini.

ulat-ulat sutera


taklimat pasal set alas tilam sutera

harga untuk set alas tilam sutera

lepas ke kilang sutera, acara terakhir untuk hari tu ialah
menonton acrobatic show
bagi aku takde la sebest performance kat istana budaya
or maybe aku dah penat sangat so aku tak enjoy performance tu?
yang aku tau, aku nak cepat balek hotel dan tido! huhu
tak banyak aku snap gambar sebab fobia haha
teringat kes kat istana budaya #malu :P

ni je yang sempat snap :P

lepas abes tengok acrobatic show
hujan lebat gila and kitorang satu pun tourist guide tu tak bekalkan payung
dah la bas park jauh-jauh
cuba bayangkan kingz berlari dukung hana dalam hujan lebat..sejuk pula tu
gila stress! seb baik la the sepets tak demam
lepas menonton acrobatic show, kitorang gi makan kat another chinese restaurant
lepas tu balek hotel dan tido!
eh tapi aku ngan kingz sempat pegi lotte mart kat sebelah hotel walaupun hujan lebat
sebab nak beli payung dan air minuman
tak sanggup kitorang nak minum air mineral berharga 25 yuan kat hotel tu
kat lotte mart harga 1 liter air mineral adalah 8 yuan (RM4)
cuba kira sket berapa jauh bezanya? gila cekik darah
so itu saja untuk day 2 nyer report
since aku dah mengantuk and tak mandi lagi
maka untuk day 3 nyer report aku sambung esok la eh
till then!

xoxo!
QueenZ

publish! #instanbulakudatang

No comments:

Post a Comment