Pages

we must take adventures in order to know where we truly belong
Showing posts with label incheon2.0. Show all posts
Showing posts with label incheon2.0. Show all posts

Summer In Seoul. Day 6. 19 June 2013. Last Day.

sambung dari Summer In Seoul. Day 5. 18 June 2013.

so hari ni adalah hari terakhir di seoul untuk tahun 2013
yeszaa! 2014 kitorang akan repeat balek holiday in seoul
tapi different season..most probably autumn
tak pun winter time salji turun lebat..ngehngehngeh
ok berbalek kepada cerita hari last di seoul..err..takde la cerita sebenarnya
sebab tak pergi ke mana..sebok packing barang-barang and menyiapkan the sepets
kitorang bergerak ke incheon international airport dalam tengahari
memandangkan banyak barang nak kena bawak plus tak sanggup nak turun naik subway
kitorang mintak zaza backpackers hantarkan ke airport
but before that, harus lah ada sesi mengambil gambar
staff kat zaza backpackers ni suka betul tengok the sepets
eh ke aku yang perasan derang suka? hahaha okbye


haih comelnya la kan? anak sapa la nih? hehe

we love zaza backpackers! peace! ~ the sepets
pic credit to: zaza backpackers

 we had a great stay with you
hopefully we can come and visit you guys again
next year maybe? hehe
pic credit to: zaza backpackers

dah bergambar lebih kurang, kitorang pun bergerak ke incheon international airport
jauh jugak perjalanan, dalam sejam lebih gitu
tapi tak pe la. asalkan tak payah angkut beg and the sepets turun naik subway

the owner/president of zaza backpackers, mr kyungmin jung
dia sendiri yang drive kitorang gi airport hehe
gamsahamnida sajang-nim!


aqil terpegun tengok toll gate gurl hiks

sepanjang perjalanan dari myeong-dong ke incheon international airport
macam ni la. tido tido tido.

memang senang gila rupanya kalau ada orang amek ngan anta ke airport
tapi tu la..sekali anta 75,000 KRW bersamaan RM225 #pejammatajela #kopakduit
so sampai kat airport sejam lebih kemudian 
dan lepas dah cakap gamsahamnida and annyeong kat kyungmin jung-ssi
kitorang pun pergi check-in segala bag yang ada
kitorang mengamalkan the earlier the better..tak yah rushing sat gi

ramai jugak orang beratur nak balek malaysia

the naughty kiddos

lepas dah check in luggage sume, kitorang pun jalan-jalan kat departure hall
and then lepak minum and makan kat charlie brown cafe
ala..yang famous ngan cartoon snoopy tu
(masa kecik-kecik dulu aku suka beno lukis cartoon snoopy ni. hehe)
ha kat situ la kitorang lepak sementara menunggu masa untuk naik kapal terbang

senang je lukis cartoon snoopy ni. korang pun boleh. :P





dah boring lepak cafe, the sepets membuang masa kat playground sebelah cafe tu
seb baik dekat..dalam tempat tu ada toilet and tempat untuk tukar lampin
senang jugak la keje kitorang tukar pampers hana
sambil-sambil tu the sepets main la apa yang ada kat playground tu



cukup masa. around 4.00 pm kitorang pun naik kapal terbang
alhamdulillah everything went well sepanjang kitorang berada di seoul
it was a tiring holiday but who cares? as long as i can spend time with my sepets kan?
asalkan the sepets happy, aku pun happy sama. penat semua tu hilang dah. hehe
so annyeong seoul! see you next year in shaa Allah!
will bring along the sepets too! hehe

xoxo!
QueenZ

Summer In Seoul. Day 1. 14 June 2013.

assalamualaikum and hi! lama betul tak menjenguk blog ni
dah nak dekat sebulan dah pun since balek dari seoul hari tu
bercinta sebenarnya nak update blog
tapi takut terlupa nanti, maka ku gagahkan jua untuk update hehe

14 June 2013

hari yang ditunggu telah tiba untuk aku, kingz and the sepets
menjejakkan kaki ke bumi south korea
kali kedua bagi aku dan kingz
kali pertama untuk the sepets
pada hari tersebut, kami anak beranak bangun seawal 4 pagi
yes, dengan hana sekali bangun mandi pukul 4 pagi
because kitorang kena ada kat sana before 7 am
tau la kan nak menyiapkan budak-budak macam mana
sorang bangun, sorang tido, sorang tido, sorang bangun
tu belum part mandi lagi..memang menguji kesabaran huhu
luckily barang-barang semua dah siap masuk dalam kereta
so lepas semua dah siap mandi, around 5 am tu, kitorang gerak ke lcct
kalau hari tu pergi berdua, kitorang park kat klia and naik bas ke lcct
but then, dengan the sepets ni, macam susah sket kalau buat cenggitu
bukan macam dah..memang susah..hahaha
so untuk tidak menyusahkan the sepets, especially aku and kingz
makanya kitorang park je kat lcct..redha je la dengan parking fees tu nanti hehe
sampai kat lcct around 6 am, kingz dropkan aku ngan the sepets dulu and dia pi cari parking
tak kuasa la haih nak menapak jauh-jauh dengan dua bag besar tu
lepas kingz dah park kereta, maka kitorang pun bergerak untuk check in beg-beg kitorang
aku pun tak tau la berat berapa kilo beg-beg tu coz sebok jaga the sepets nih
tapi yang penting, tak melebihi had yang kitorang dah beli hehe

good morning! kitorang tengah tunggu abah check in bags ^^

lepas dah check in bag, kitorang terus masuk untuk ke lcct departure hall
tak dan la haih nak makan kalau dengan the sepets ni
beli je apa ada kat departure hall tu hewhew
around 7 am, hari pun dah siang, so kitorang dah bleh naik plane dah
memandangkan kitorang bawak budak-budak 
maka kitorang diberi keutamaan untuk naik kapal terbang dulu
ni pun satu lagi cabaran, menapak jauh gila nak menuju ke kapal terbang
macam-macam kata motivasi kitorang bagi so that the sepets tak penat jalan
tapi apa-apa pun, ia adalah pengalaman baru untuk the sepets

lagi setengah jam nak bertolak..pray for our safety aite

perjalanan ke incheon, south korea dari sepang, malaysia 
mengambil masa lebih kurang 6 jam 20 minit
ohoiiii! cuba bayangkan macam mana keadaan kitorang selama 6 jam 20 minit?
penat! hahahaha dengan aqil tak nak duduk diam, dengan hana yang asyik menangis
maybe diorang boring sebab takde entertainment
ye la kan..dah semuanya kena beli..mana mampu! haha
nak tak nak, redha je la dengan keadaan itu
dalam hati punya la tak sabar nak sampai incheon
excited tu satu hal la kan sebab dapat pegi lagi sekali
tapi tak sabar sebab nak turun daripada kapal terbang sebenarnya
pejam celik pejam celik, sampai jugak kitorang kat bumi incheon
tepat pada 3.20 pm (waktu korea selatan)..alhamdulillah

sebok la kipas nih. inch pun inch lah. haha.

memandangkan kali ni kitorang pergi ke south korea semasa musim panas
maka kehijau-hijauan la bumi south korea ni
unlike masa kitorang pegi bulan march 2013 hari tu, gonjeng je hehe

incheon. march 2013. beza kan? hehe

alhamdulillah. we have safely arrived! 

selepas dah melalui prosedur immigration and customs (alhamdulillah takde masalah)
kitorang pun melangkah keluar untuk ke airport railroad 
coz nak naik subway untuk ke seoul station
yup, eventhough dengan the sepets, kitorang tetap guna subway
as mode of transportation semasa kat sana..hebat kan? hebat! hebat!
tapi sebelum naik subway, kitorang beli t-money card untuk dini coz umur dia dah lebih 6 tahun
aqil dengan hana tak payah t-money card coz aqil baru 5 tahun and hana baru 1 tahun
aku ngan kingz nyer t-money card ada lagi..just top-up jer kat t-money cards tu

dini dahlea at incheon international airport, south korea

dini dahlea and aqil anaqi before naik subway

dua kali sampai sini, dua kali terpegun. kagum!

since ini adalah kali kedua aku ngan kingz jejakkan kaki ke south korea
makanya, dah tak terkapai-kapai la guna t-money card tu hehe
tak boleh lupa pengalaman masa bulan march ari tu
kalau ingatkan balik memang gelak guling-guling ah. we is malu! hahaha
ok tu cite lama. tutup! tutup! sekarang dah terer dah! hehe berlagaks plaks :P
the sepets were very excited masa naik subway tu
memula excited la..kalau dah 6 hari guna subway? haha fikir-fikirkan..dan selamat beramal! eh

muka excited :P

kingz and hana, budak comel yang tak boleh duduk diam
stroller tu memang kitorang bawak ke hulu ke hilir

sampai di seoul station, kitorang transfer plak naik line 4 untuk ke myeong-dong
coz tempat yang kitorang nak menginap tu, terletaknya kat myeong-dong
maka, ke myeong-dong la kita kan..eh apa aku merepek nih
penat jugak hangkut dua beg besar dan beg-beg kecil serta the sepets
turun naik tangga dan escalator semasa nak transfer nih
macam-macam cara la kitorang buat termasuk mendapat bantuan
daripada locals and foreigners kat sana..gamsahamnida sangat-sangat!
alhamdulillah, around 6 pm, selepas mendaki sedikit bukit
sampai la jua kitorang di zaza backpackers hostel
meh kita tengok keadaan di dalam bilik kitorang tu hehe

sampai-sampai je terus tengok channel cartoon
faham tak faham belakang cerita hehe

tangga menuju ke tempat aku, kingz and hana beradu
jangan tak percaya hana turun naik tangga ni
eh jangan percaya :P

tempat dini and aqil tidur
 
simple but nice

overall bilik kitorang tu memang selesa and luas untuk kitorang lima orang nih
berbaloi lah dengan KRW95,000 satu malam :P
ok settle letak barang and mandi-manda sket
kitorang gerak ke myeong-dong..saja jalan-jalan amek angin malam
tapi tak berapa nak jalan sangat coz masing-masing dah penat
so dah berjalan lebih kurang, kitorang balek ke bilik untuk dinner
dinner kitorang malam tu ialah nasi dan daging kurma brahim serta maggi haha jimat!

the sepets in front of zaza backpackers hostel
baru lepas mandi, tu yang segar sket tu

on the way to myeong-dong
dekat je. jalan kaki pun boleh.

kingz and the sepets at myeong-dong
hana kena paksa amek gambar

me and hana at paris baguette
beli roti sket untuk alas perut hehe

jalan ni yang kitorang lalu selama 6 hari 5 malam 
untuk ke zaza backpackers hostel

boleh lihat dengan jelas namsan tower hehe

ok setakat ni saje cerita Summer in Seoul, Day 1. 14 June 2013
esok aku update untuk Summer in Seoul, Day 2. 15 June 2013. Part 1 plak k!
jumpa lagi! daaa!

xoxo!
QueenZ