salji dekat beijing turun bila coz sekarang kan dah november
so max jawab yang salji biasanya turun end of november
then kitorang pun macam ok la kan nak buat macam mana
tak dapat la nak main salji #kecewa
aku pun cam kecewa gak la because beria cakap kat aqil
yang trip gi beijing ni nanti nak main salji
so harapan tinggal harapan
kesian the sepets
tapi bila Allah kata jadi, maka jadilah ia
dengan kuasa Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani
the sepets dapat jugak merasa salji di bumi Beijing
serious tak sangka because a day before hanya hujan je yang membasahi bumi
tetiba pagi tu, masa aku berdiri dekat tingkap bilik
dan pandang bumbung bangunan depan
aku macam pelik apa la benda putih2 yang ada atas bumbung
lepas tu aku pandang bawah tengok bumbung kereta penuh dengan salji
apa lagi, aku dengan nada excited jerit "tengok! dah snow!"
daripada malas nak bangun pagi, terus dini ngan aqil excited bangun
aqil sampai cakap "cepat la. dah merry christmas" hahaha
memang rezeki the sepets #alhamdulillah
suhu di beijing pada hari tu ialah 5 darjah celcius
ingatkan hujan biasa
rupanya hujan snow
hana was wearing uniqlo fleece baby sweater and pants
hana was wearing silk panda jacket bought by nanny at silk factory
ok. kakak pun sebok nak pakai jacket panda
budak yang paling excited sebab dapat main snow
first time pegang snow
aqil cakap "sedap la snow nih!" dia pegi makan okeh! aqil, aqil!
see? excited gile kan muka aqil?
gambar snow atas kereta pun nak ambik kan
pemandangan snow sepanjang jalan raya
snow yang berada di atas bas
daihatsu charade pun ada
orang lain berselubung pakai jacket tebal, hana cool je pakai nipis cenggini
air mata di beijing. picture taken by the QueenZ. nice shot kan? ^^
my one and only naughty aqil
sepatutnya hari tu kitorang pergi tempat-tempat ni:
tiananmen square, forbidden city, niujie mosque, muslim supermarket
urut kaki di chinese traditional herbal medicine centre (done on 3 november 2012)
jewelry city, silk street russian market n wangfujing donghuamen night street
tapi since dari hari semalam jadualnya dah berubah, maka hari ni pun berubah jugak la
so destinasi hari tu memula kitorang dibawa ke jade factory
dia just tunjuk macam mana jade diukir
dan macam mana jade dipolish
lepas tu kitorang bebas pegi ke mana saje kitorang suka
cuci mata and membeli belah barangan jade
tapi most of us gi beli souvenirs such as keychain etc
aku pi beli winter hat warna merah, kingz plak pi beli beg n cap mao zedong
aqil plak pi beli patung panda manakala dini tak nak beli apa-apa coz sayang duit haha
lelaki ini sedang mengukir jade
manakala perempuan ini sedang mempolish jade
hasil ukiran jade yang awesome!
bergambar bersama patung ukiran jade
in front of jade factory
sempat lagi main snow kat sini
topi mao zedong
my new red winter hat hewhew
ceramah memang takkan lepas punya..tadah telinga saja
kat sini aku tak beli pape pun sebab tak pakai
tapi anak dara aku, dini
for the first time in my life
dia minta rantai crystal and dia nak pilih sendiri
tapi yang bestnya, dia taknak guna duit dia
dia kata kalau guna duit dia, dia taknak beli
tapi kalo guna duit aku, dia nak rantai tu
bijak kan dia? anak sapa la nih! #sigh
memandangkan bukan senang dini nak beli barang perempuan
without any hesitation, aku beli je rantai tu
kalau tak silap harga dia dalam 120 yuan (RM60) kot
negara-negara yang ada batu permata
penerangan mengenai batu amethyst oleh max
amethyst is the traditional birthstone for february : me!
crystal clear
ukiran crystal
max kata, sesiapa yang usap bebola crystal ni tiga kali, akan dapat cinta baru
maka, semua pun amek kesempatan usap bebola crystal ni dengan penuh harapan
termasuklah aunty tut ^^
kingz bergambar kenangan dengan his late bff, mao zedong
dini and her blue crystal necklace
her bff pun beli the same necklace
kingz pening kepala tengok orang shopping barang-barang crystal
sebelum naik bas, sempat lagi aqil main snow
aqil kena heret dengan kingz sebab tak nak naik bas
aku pun taknak lepaskan peluang bergambar dengan snow haha #jakuns
ok lepas crystal city, kitorang dijangka akan pergi melawat the great wall of china
so sebelum bergerak ke great wall, kitorang singgah untuk makan tengahari dan solat zuhur dulu
lepas je makan dan solat zohor, hujan snow memang lebat gila
first time experience sampaikan tak sempat nak amek gambar hujan snow tu
nak kena selamatkan diri ngan hana sekali sebab hana kan macho tak pakai winter jacket
sesampai kat dalam bas, max cakap kat kitorang
dia ada satu berita baik dan satu berita buruk
berita baiknya ialah kitorang dapat pegi shopping
sebab daripada first day kitorang sampai beijing, max taknak pun bawak kitorang gi shopping
ada je alasan dia..tapi kali ni dia baik hati lak bagi gi shopping
dan berita buruknya ialah..kitorang tak dapat pergi great wall of china
reason max bagi tempat tu dah tutup coz of salji tebal dan jalan licin
kitorang was like WHAT THE F***!!! TAK DAPAT PERGI GREAT WALL???
serious gila kecewa..puas bertekak dengan max tapi dia tetap dengan pendirian dia
full of excuses sampaikan aku sendiri dah fed up nak dengar
patut la baik hati sangat bagi kitorang pergi shopping #pfffttt
tak lengkap dowh pergi beijing tak naik great wall of china #sigh
memang takde rezeki..mungkin Allah suruh datang lagi sekali kot hehe #amin
the kids la paling kecewa especially aqil coz setiap kali suruh naik bas
kena pujuk dia sebab dia tengah seronok main snow
aku cakap kat aqil nanti kat great wall lagi banyak snow
sekali bila tak jadi pergi rasa cam bersalah sangat dengan aqil
so memandangkan the kids nak sangat main salji
max dengan berat hati stop kan kitorang kat satu taman yang penuh salji
semata-mata to fulfill hasrat the kids (dan juga pak mak derang) main salji
jadi la..daripada takde langsung kan hewhewhew
sesi bertekak dengan max. saya tau! saya tau!
bukan kuasa saya salji tebal! itu kuasa tuhan!
sukati korang la nak bertekak macam mana pun. baik aku amek gambar
tak tau la apa nama taman ni. blasah je la. janji the kids dapat main snow. :P
nak jugak pegang snow kan. macam pegang ais kepal je. sejuk!
kingz pun tak ketinggalan bergambar dalam kesejukan. macho la konon tu? :P
chanom and her beloved son, adeen
kak ogy
perkhidmatan mengambil gambar secara percuma ;)
seronok tengok derang seronok. tak kira la yang tua ke yang muda. ^^
kesian aqil. meraung tak nak naik bas sebab tak puas main snow
terima kasih Allah di atas peluang untuk merasa salji di bumi beijing. Alhamdulillah!
lepas puas (tak puas actually) main snow, seperti yang dijanjikan oleh max
kitorang bergerak ke shopping mall yang aku sendiri tak tau kat mana
nama tempat pun aku tak ingat sebab keletihan sangat
kalau tak silap max bagi kitorang masa 2 jam sahaja untuk shopping
ohoiii max! mana la cukup 2 jam tu?!! serious tak cukup
sebab nak cari barang lagi..nak tawar harga lagi..nak bertekak lagi
nak nak macam kitorang yang bawak 3 orang budak kecik
gila stress dowh shopping dalam waktu yang singkat
kat shopping mall tu, aku ngan kingz sempat beli nike running shoes
manchester united jersey untuk dini..toys untuk aqil..tu je
oh! and beijing t-shirts for abah and farouk
harga asal derang letak memang ridiculous..murah lagi kat malaysia kot!
sebab tu kena tawar at least 70% less
tapi nak dapat 70% less tu memang hazab la..penat dowh bertekak
and orang macam aku memang tak boleh la beli barang kat sana
sebab aku ni kurang kesabaran and sebab tu aku tak beli banyak barang
nak cari kain silk untuk majlis sanding faroukfeza pun terbantut sebab stress
so lagi setengah jam pukul 6 petang, aku sefamily dah ada kat tempat menunggu
sebab kitorang dah penat nak shopping ngan budak-budak
tetiba aku teringat pasal souvenir aku tak beli lagi
aku mintak kingz tolong carikan
takut esoknya si max tak bawak gi bird nest stadium
sebab aku baca dalam blog dekat bird nest stadium tu souvenir murah-murah
plus derang nasihatkan jangan beli kat shopping mall
but then since aku takut max tak singgah kan, terpaksa la pi cari and beli
so kingz pun pegi la cari souvenir-souvenir aku tu
sekali nak dekat pukul 6 petang kingz tak muncul-muncul
aku dah risau dah sebab yang lelain semua dah ada kat tempat menunggu
then 15 minutes later kingz datang tercungap-cungap
dia cite la yang dia penat bertekak dengan orang yang jual souvenir tu
cuba bayangkan satu fridge magnet tu dia jual 40 yuan (RM20)
gile ke hape? sebab nak beli bukan 1..tapi 60 hokeh!
(ohmai! banyaknya sampai 60! hehe semua untuk kawan-kawan ofis actually. baik tak saya? ^^)
dua tiga kali kingz keluar kedai tu bertekak dan menawar
last2 kingz berjaya dapatkan satu fridge magnet/key chain tu dengan harga 5 yuan (RM2.50)
nampak tak perbezaan harga yang sangat ketara? #crazy
haha tu yang buat dia lambat turun..i love you so much enche kingz #awwwww
lepas dah gi shopping, kitorang pegi dinner kat restoran cina muslim yang berdekatan
dan lauk-lauknya adalah sama je cuma yang kali ni pedas sket
hana plak sepanjang masa kat beijing tak nak makan baby food
dia suka gila makan telur dadar
naseb baik la dia tak sakit perut hewhewhew
so lepas dah kenyang makan, kitorang pun balek berehat kat bilik masing-masing
eventhough hasrat nak shopping tercapai, tapi ia tak dapat mengubat kekecewaan
sebab tak dapat pegi great wall of china :(
so itu saja, end of day 3 report!
xoxo!
QueenZ


No comments:
Post a Comment