yup sekejap je dan mungkin kerana percutian yang singkat
membuatkan kitorang tak dapat pergi banyak tempat #sigh
so kalau nak pergi beijing, prepare at least 7 days termasuk perjalanan
baru la tak terkejar-kejar macam kitorang #lessonlearnt
ok today kitorang terpaksa check out pagi dalam pukul 8 am
reason ialah lepas ni dah tak balek hotel dah coz banyak tempat nak kena pegi
cuba bayangkan kitorang sehari suntuk pakai baju yang sama daripada pagi sampai la malam
memang terbaekkkk! hahaha
bergambar kenangan di depan beijing laurel hotel
supermarket terhampir : lotte mart
uniqlo pun opposite je tapi tak berkesempatan nak pegi :(
pemandangan sekitar hotel
rickshaw @ pedicab
suhu hari ni ialah 11 darjah celcius
tidak sesejuk semalamnya dan salji pun dah takde
walaupun matahari dah ada, tapi still windy
and cuaca macam ni memang sangat ok untuk jalan-jalan
sepatutnya hari ni kitorang gi tempat-tempat berikut:
summer palace (dah pegi on 3 november 2012), pearl center (dah pegi on 3 november 2012)
madian mosque, qianmen ancient culture street,
minum chinese tea (dah pegi on 3 november 2012) dan tainya hongqiao market
tapi sebab jadual awal-awal dah berubah, maka jadual hari ni pun turut berubah
so hari ni memula kitorang pergi baoshutang scald ointment factory
kalo korang nak tau factory tu jual koyok okeh!
apa kejadahnya bawak kitorang pergi tengok koyok!
ceramah yang derang bagi memang aku tak minat langsung
nak beli jauh sekali! tak masuk akal betul bawak gi tempat koyok!
gambar? memang aku tak amek. buang filem je. haha
next kitorang pegi jewelry city yang terletak berdekatan dengan bird nest stadium
dan bila dengar max sebut bird nest stadium, aku dah start menyumpah-nyumpah dalam hati
macam cilako! ye la! kan aku ada cite yang souvenir
kat bird nest stadium ni murah-murah belaka
serious sentap tahap langit ketujuh okeh! ok takpe. tarik nafas panjang-panjang!
gatorade biru. kau hado? :P
last day at beijing. yeay!
pokok krismas berlantaikan rumput salji
bangunan berbentuk kepala naga. awesome kan!
dan namanya juga kalo tak silap mr chan kot. ok aku tak pay attention sebenarnya. haha
dan seperti lawatan yang lain, lawatan kali ni pun kena dengar taklimat
tapi dengar taklimat menggunakan bahasa melayu Malaysia at least best la sket kan haha
kat kedai malaysian ni, dia cite la yang barangan mereka
memang dah mark-up tinggi-tinggi punya
memang kalo tengok harga, hilang akal dan boleh meninggal haha
sebab dia kata at least dia kena untung minimum 100%
tu minimum ok. maksimum jangan cakap la.
usually yang banyak beli batu permata kat kedai dia ialah pelancong jepun
tapi disebabkan sekarang ni ada krisis di antara jepun dan china
maka sales dia tak berapa nak kencang sangat la
(no wonder la dia tak bagi kitorang souvenir rantai jade haha sebab yang pergi dulu dapat)
and then dia tunjuk la macam mana nak differentiate batu permata betul dan palsu
lepas dia dah cite-cite sume tu, as usual, promosi jualan la apa lagi tapi memang murah gila
aku memang tak nak beli apa-apa pun tapi kingz beriya-iya nak belikan aku rantai ruby
dah orang kata nak belikan, takkan nak tolak..ye tak? terima dengan hati suka gembira lewww
saaaayaaaannggg enche kingz! mwahs mwahs!
sempat bergambar sebelum dipaksa beli barang batu permata
pintu masuk
kak ogy dan abang razak dari jauh
enche kingz pun nak jugak? layan!
kapal jade
nampak duit RM1?
aqil di samping ikan-ikan koi
mak uda dan uncle mie
ni la cincin ruby yang enche kingz belikan. :lovelovelove:
dan kat luar tu ada satu tempat jual souvenir seperti yang aku baca dalam blog lain
ya. memang sentap tak hingat okeh
cuba bayangkan semalam aku beli SATU fridge magnet dengan harga 5 YUAN
tapi kat tempat ni dia jual TIGA fridge magnet dengan harga 10 YUAN!!
agak-agak kalo korang, korang sentap tak?
ohoiii kalo korang tak sentap memang aku salute lah!
so moral of story is kalo korang pegi beijing
selagi tak pegi tempat ni, korang JANGAN beli souvenir
i repeat JANGAN beli souvenir kat tempat lain
sebab serious aku tak tipu kat sini memang sangat murah!
kat sini jugak aku beli souvenir chopsticks yang chomel-chomel
untuk officemate aku sebagai pengubat luka haha over ko nyah!
ok enough cite pasal souvenir..kita sambung lak trip ke tempat lain
next yang kitorang visit hari tu ialah of course la bird nest kan sebab dah dekat
tapi kitorang tengok dari jauh je la sebab max malas nak pegi dekat. macam harem kan?
aku baca travel blog orang lain, tourist guide dia bawak masuk sampai ke dalam
tapi takpe la..mungkin bukan rezeki kitorang untuk masuk kot
so kitorang bergambar je la dari jauh..nak buat macam mana kan?
sisa-sisa salji
pintu masuk ke beijing olympic park
bird nest stadium dari jauh
gambar bird nest stadium yang telah dizoomkan
aku, hana dan bird nest stadium
kingz, hana dan bird nest stadium
just the two of us (walaupun hana ada di tengah-tengah :P)
mari kita bermain sisa salji!
budak gila salji
marah plak bila kita marah dia jangan main salji
muka bengang sebab kena naik bas balek
samseng kampung dusun
adeen in action
haih max? awak yang duduk kat beijing pun amek gambar snow?
cukup cukup sudah..cukup sampai di sini saja..
autumn in beijing
lepas ke bird nest stadium, kitorang ke tempat jual pisau masak
ya. mata anda semua elok lagi. memang kitorang kena pegi tempat jual pisau masak
rasa nak mencarut kat situ pun ada..tapi mengenangkan yang pergi tu saudara mara kingz
maka kena la behave seadanya
kalau tak dah lama dah keluar perkataan-perkataan kurang enak
haih memang stress tau tak kalau ikut pakej travel nih
ntah mana-mana dia bawak..kalau bawak tempat historical takpe la jugak
ni tempat merepek yang di bawanya
macam biasa, nama nak beli tu memang takde la
baik la beli pisau kat malaysia ni..lagi murah
lagipun, aku bukannya masak sangat kat rumah hahaha
daripada amek gambar pasal pisau masak tu
adalah lebih baik amek gambar hummer limo..lagi ada pekdahnya
bezznya jadi hana. tak yah dengar ceramah. duduk je dalam bas tido
daihatsu mira
hummer limo
tapi since aku bendera merah, maka duduk kat bahagian luar la jawabnya
so here is the pictures
gambar-gambar masjid nan dou ya
tabung sumbangan
basikal elektrik
dini dahlea
aqil anaqi
fatini
budak-budak gembira
subaru impreza
walaupun ada matahari, still sejuk okeh
benderas yang berwarnas warnis
cameraman in action
to be continued in part 2 ;)



No comments:
Post a Comment