kitorang akan pergi empat tempat je
teringat masa trip 1.0 ke seoul tempoh hari
sampai enam tempat kitorang pergi
tu yang sampai terhencot-hencot enche kingz berjalan
미안해 여보! (mianhe yeobo!) hehe
tempat yang kitorang nak pergi untuk hari kedua ni ialah
itaewon street, seoul central mosque, floating island and banpo bridge
itaewon street and seoul central mosque aku dan kingz dah pernah pegi
just the sepets je belom pergi lagi
manakala floating island and banpo bridge aku dan kingz tak pernah pegi lagi
the sepets lagi la tak pernah pegi hehe
so aku rasa kitorang akan mengalami kesesatan masa nak pergi
floating island and banpo bridge tu nanti..huhu tawakal je la kan
1. itaewon street
itaewon. mac 2013.
destinasi pertama hari kedua ialah itaewon street
saja nak bawak the sepets jalan-jalan sini
sebab trip 2.0 tempoh hari the sepets tak pegi sini lagi
so kalau nak pergi itaewon dari myeong-dong station, naik train
turun and transfer kat samgakji station..lepas tu naik train pergi itaewon station
keluar ikut exit 2..lepas tu jalan-jalan je la kat situ hehe
nak beli barang cam mahal sket kot..jalan-jalan cuci mata boleh la
2. seoul central mosque
seoul central mosque. mac 2013.
destinasi kedua hari kedua ialah seoul central mosque
nak bawak the sepets solat kat masjid ni
so kalau nak pergi seoul central mosque ni
dari exit 3 itaewon station, jalan straight sampai nampak itaewon fire house
lepas tu belok kanan dan jalan straight sampai simpang ketiga
belok kiri dan jalan straight sampai nampak halal butcher belah kiri
lepas tu belok kiri dan sampai sudah entrance masjid tu
3. floating island

floating island. pic credit to aasarchitecture.com
destinasi ketiga hari kedua ialah floating island
floating island ni kitorang tak pernah pegi lagi
rasanya kitorang bakal akan sesat nanti haha
so nak pergi sana dari itaewon station, naik train
and transfer dekat yaksu station..then naik train ke express bus terminal station
keluar ikut exit 8-1..lepas tu jalan straight lebih kurang 250 meter
dan belok kanan kat simpang empat express bus terminal
lepas tu jalan straight lebih kurang 400 meter dan lintas jalan
lepas tu jalan straight melalui underpass untuk sampai ke banpo hangang park
floating island tu dekat banpo hangang park
4. banpo bridge

banpo bridge. pic credit to www.worldofdesigners.com
destinasi keempat hari kedua ialah banpo bridge
reason nak pergi sini ialah nak tengok rainbow fountain show kat banpo bridge tu
tempat ni dekat je dengan floating island tu so takyah direction pun takpe heee
so itu je tempat-tempat yang kitorang nak pergi sepanjang hari kedua
tak banyak sangat coz takut tak sempat nak cover
maklum lah kan..bawak budak2 tak leh jalan banyak2 sangat
bukan setakat derang je letih..mak bapak budak2 ni pun bakal letih jugak nanti hehehe
ok..jumpa lagi di entry yang akan datang
till then..daaaa!
xoxo!
QueenZ

.jpg)
.jpg)

























