Pages

we must take adventures in order to know where we truly belong

Seoul, South Korea. 2013. The Trip. Day 2. Part 1.

sambung dari Seoul, South Korea. 2013. The Trip. Day 1. Part 3.

4 Mac 2013

kali ni nak sambung pasal trip day 2 plak
tapi tak tau la berapa banyak part kan
hopefully tak banyak haha
pagi tu kitorang bangun agak lambat
dan agak lambat jugak la kitorang memulakan penjelajahan di seoul
so terkejar-kejar sket
almaklumlah kan itinerary yang aku buat tu memang pack gila
sampaikan enche kingz sakit kaki lah dibuatnya
mana taknya, trip 4 hari tapi nak pergi semua tempat
memang terbaik ah nak tercabut kaki hahaha
suhu hari ni ialah -1 darjah celcius
walaupun snow takde, memang sejuk gile
kalau ada snow mahu berbungkus-bungkus la aku jawabnya
tak tahan sejuk oh!

ediya coffee yang terletak di bawah backpackers korea dongdaemun
senang nak minum coffee tapi so far kitorang minum dua kali je :P

tangga ke backpackers korea dongdaemun. ya. tinggi!

pagi ni kitorang plan nak pegi gwangjang market
sebab utama kitorang nak pergi kat sana ialah...kitorang pun lupa..haih
serius masa pergi tu tak ingat kenapa nak pergi sana
last-last bedal je la jalan since dah masuk dalam itinerary
tak pegi kang rugi plak
orang kata, biar nyesal pegi, jangan menyesal tak pegi. eh.

macam-macam ada jual kat sini. ye la kan. dah kata market

tempat jual baju, dekat dengan tempat jual makanan
baju boleh beli, makanan tu..hmm fikirlah sendiri hehe

bila bau makanan kat sini, rasa macam nak makan je. 
nak nak time lapar. perghh. memang menguji iman

makanan lagi. gambar diambil semasa perut lapar.

jalan punya jalan sekali terjumpa kedai jual hanbok
oh comelnya hanbok untuk budak-budak
dah tak fikir dah duit dalam poket sket ke banyak
lantas terus membelinya lagak orang kaya haha
kitorang main beli je
tak tau la kena tipu ke tak ngan ahjumma tu..tawakal :P

kalau bab membeli, serahkan pada enche kingz

comel kan? comel kan?

rambang mata! comel gila!

jenuh cakap ngan ahjumma ni. macam ayam dengan itik

kat sini la kitorang beli hanbok 

dah settle beli hanbok untuk the sepets
kitorang pun melangkah keluar dari gwangjang market
lain yang dicari, lain yang dibeli
masalahnya yang dicari tak tau apa dia tu yang main beli benda lain
on the way keluar, nampak plak deretan kedai jual kain ela
baru teringat yang nak ke gwangjang market ni sebenarnya nak cari kain silk
dush! dush! dush! dush! tumbuk diri sendiri
tapi disebabkan dah beli hanbok tu, redha je la..rezeki the sepets pakai hanbok
to the sepets, raya ni takde baju kurung or baju melayu ya. korang pakai la hanbok tu hehe
bila lalu kedai kain tu, eh macam bezz plak beli kain sehelai dua helai kan
so singgah jap la membeli..tapi tak banyak pun..2 helai je..bajet dah lari haha

tak tau makanan apa ni. tapi macam manisan je.

kat sini la aku beli kain ela 2 helai tu hehe. ye 2 helai saja. 

jalan-jalan depan nun banyak lagi kedai. oh pening!

cantik betul hanbok kat sini. sila menyesal. haha.

lepas gwangjang market, kitorang plan nak pergi ke dongdaemun market pula
kitorang kena pegi situ jugak pagi tu sebab kitorang dah sakit kaki!
sakit kaki yang tak hingat dan memang kena cari sports shoes ohoiiii!
tu la berlagak lagi tak nak pakai sports shoes konon nak bergaya ala artis kpop
kan dah sakit kaki #pfftttt
moral of the story is, sila pakai sports shoes ya kalau nak berbackpack :P
on the way nak ke dongdaemun market tu ternampak plak pizza plus
kitorang macam eh jom berenti makan sebab perut dah lapar tak makan dari pagi. gitu.

bergambar kenangan di subway. lagi.

bersepah kedai missha kat subway. tapi kat myeongdong gak bezz beli.

tu dia. pizza plus. lapar lapar!

harga di pizza plus reasonable la jugak. tapi jangan convert to RM lah.

brand roti yang digunakan oleh pizza plus

kingz di pizza plus

aku di pizza plus

sedap oh burger dia. breakfast merangkap lunch kitorang.

belakang kingz tu owner pizza plus. dan dia ada kembar. 

di mana ada cermin di situ ada orang amek gambar sendiri

next visit to seoul nak datang sini lagi. ^^

lepas dah isi perut, kitorang meneruskan misi mencari kasut di dongdaemun
jalan punya jalan punya jalan, last-last jumpa jugak dongdaemun shoes market
memang kat situ semua jual kasut..takde jual mende lain

suka tengok buah-buahan kat sana. fresh gila.

kesian enche kingz sakit kaki :(

muka pasrah sebab kena ikut itinerary yang aku buat haha

heunginjimun atau gate of rising benevolence atau great east gate
yang lebih dikenali sebagai dongdaemun

dongdaemun shoes market

kiri kanan depan belakang semua jual kasut

of course la kasut original takde kat sini kan :P

ahjumma dengan ahjussi tengah makan. 
sebaik saja jual kasut kat kitorang. mashyuukkk!

ni la kedai tempat kitorang beli kasut

doota mall dan pyounghwa clothing market

kami bersama kasut baru. made in korea. :P

lepas dah beli kasut, baru la lega kaki ni nak berjalan-jalan
so lepas dongdaemun market, kitorang bergerak pula ke insadong
reason nak pergi situ sebab nak cari souvenirs
sebab ramai travel blogger kata kat situ murah-murah souvenirnya

arah ke insadong

kedai hana. jual waffles.

some of the arts displayed kat subway

para starbucks tegar mesti akan nampak ni dulu

creative sungguh

lukisan ni timbul sebenarnya

suka tengok pasu tu. cantik.

terkejut sebab ada ahjumma basuh dinding subway.

jalan di insadong

berjalan tanpa hala tuju

akibatnya merana. kaki. hahaha

perarakan aman

ssamziegil mall

jalan-jalan depan ssamziegil mall

jom main layang-layang!

pelbagai jenis souvenirs korea ada dijual di sini

agassi ni boleh berbahasa melayu. senang beli dengan dia


kat sini la kitorang beli souvenirs.
maybe ada lagi tempat lain. tapi malas nak cari. haha 

macam yang aku gitau awal-awal
yang tujuan aku ke insadong ialah untuk membeli souvenirs
so memandangkan souvenirs dah beli
takde la aku jalan sampai ke hujung insadong street tu
sebab kitorang ada banyak tempat lagi nak kena pegi
iaitu itaewon dan building 63
maybe next time kalau ada rezeki duduk korea lama-lama
aku jelajah seluruh insadong tu nanti hehe

sambung di Seoul, South Korea. 2013. The Trip. Day 2. Part 2.

No comments:

Post a Comment