hari yang ditunggu-tunggu telah tiba iaitu after about 6 months of preparations
hasrat untuk ke seoul, south korea termakbul jua..alhamdulillah
so lepas hantar the sepets kat umah mama and lepas say goodbyes to them
(sedih oh nak tinggalkan anak-anak walaupun just 4 hari..tssk tssk)
aku n kingz bertolak ke klia after solat maghrib..around 8.30 pm
the reason why kitorang gi klia tu sebab kitorang nak park kereta
kat long-term car park kat sana and then naik bas gi lcct
sebab kalau park minimum 4 hari kat situ, charge dia RM144 je
padahal kalau ikutkan sama je kalau nak park kereta kat lcct
saja nak rasa pengalaman naik bas ke lcct from klia haha
(ke sebab sayang kereta?)
(sayang kereta sangat kan padahal proton waja je hehe)
so around 9.30 pm kitorang dah sampai kat klia dah
pastu gerak gi tempat tunggu bas..jenuh gak cari kihkih
ni tengah tunggu bas di klia departure hall untuk ke lcct
tambang bas from klia to lcct is RM2.50 seorang
dalam bas pun nak snap pic la kan :P
enche kingz mcm nervous je nak backpack kahkah
masa dalam perjalanan macam menyesal lak park kat klia and naik bas
tapi takpe..kalau tak cuba tak tau kan? hehehe
first time jejak kaki di lcct..selama ni ahkak naik mas jeww
#statementtakblehblah
and ini adalah pertama kali juga aku menjejakkan kaki di lcct #hebat!
so kitorang pun terus check in bag..ye la kan..kang takut tak sempat plak
beratur untuk check in bag..ni saje bag yg kitorang bawak
masa book online air asia hari tu, kitorang beli untuk luggage 20kg (pergi dan balik)
tapi bila dah timbang..omo! omo! tak sampai 10kg pun! cis! cis! rugi duit ahkak!
gila rugi ok! beli 20kg tapi timbang 8.3kg je? rugi! rugi!
kalau tak nak isi banyak, beli 15kg je atau takyah beli langsung. hand carry sudah hehe
so kitorang yang dah terbeli banyak kilo tu, redha airways je la tssk tssk
lepas check in bag, kitorang gi alas perut makan kat marrybrown plak
and lepas dah makan, around 11.30 am kitorang plak yang check in
and masuk ke lcct departure hall..agak nervous gak ah
sebab ni first time kitorang backpack gi negara orang
uncle d's noodle corner :P
around 12.30 am (3 march 2013) kitorang dah bleh naik flight dah
muka gembira dalam duka.
gembira sebab nak gi seoul. duka sebab the sepets takde.
ramai gak yang nak ke seoul nih
bye malaysia! bye the sepets! see you in 4 days time!
so kitorang dijangka sampai ke seoul pada jam 8.20 pagi (waktu seoul)
dalam perjalanan tu kitorang tidur-tidur ayam haha tak leh nak tidur sangat
satu sebab nervous..satu sebab rindu the sepets..satu sebab lapar!
kitorang tak book pun makanan ari tu sebab ingatkan bleh tahan tapi serious lapar gila
disebabkan terlalu lapar, kitorang beli la jajan dalam air asia tu
ohoiiii! gile mahal okeh! taubat tak nak beli dah
lepas ni book online je la makanan dalam flight tu tssk tssk
the queenz n kingz inside the flight
subhanallah
makin nak dekat sampai makin nervous plak haha #over!
oh! dah nampak dah incheon! woohooo!
cuaca awal bulan mac ni masih winter. so tiada hijau.
welcome to incheon!
naseb baik kingz sempat snap gambar ni. ^^
dalam misi mencari pesawat mas. tapi tak jumpa. :(
gila rempit gak pilot air asia bawak kapal terbang hehe
tapi takpe, awal lagi bagus sebab takde la kitorang terkejar-kejar masa
btw, thanx enche pilot air asia coz bawak kapal terbang dengan selamat!
assalamualaikum semua! annyeonghaseyo!
alhamdulillah kitorang dah selamat sampai! heee!
greetings from incheon!
kat entry sebelum ni (sila rujuk sini) kitorang pun melangkah keluar
untuk ke airport railroad coz nak naik subway ke seoul station
tapi sebelum tu, kitorang beli t-money card yang berharga krw2,500
dan top-up kalau tak silap aku krw30,000 setiap kad
bank hana ^^
tempat beli t-money card and top up. dalam airport tu jugak
t-money card = touch n go. wajib ada untuk pergi mana-mana
banana milk. derang kata sedap.
tapi tekak aku tak leh terima. dasar tekak melayu. kahkah.
otw untuk naik arex (arex = erl)
walaupun dah habis christmas, deco dia still ada lagi
smart architecture. serious terpegun. tanpa malu mengaku.
walau di mana anda pergi, tak kesah la kat mana, amek je gambar. ^^
ada kejadian yang sangat memalukan kitorang
serious malu dowh. tak leh lupa sampai sekarang
alkisahnya, kan dah gitau tadi kitorang dah beli t-money card siap-siap?
guess what? sampai kat gate nak ke subway tu
kitorang tak reti guna! hahaha sebabbbbbb
kitorang nampak ada orang top up t-money card kat mesin tu
so kitorang pun pegi la kat mesin tu tengok apa dia buat
sekali tengok tulisan korea..lupa yang ada english version nyer..serious lupa
plus yang bezznya, kitorang ni lupa la plak kan yang kitorang dah top up bagai!
serious sengal tahap haram tak bleh blah!
tanya agassi kat kaunter berdekatan dia pun tak reti cakap english
tanya mamat indon kat mesin tu macam tak reti cakap melayu
gila terkial-kial depan mesin tu hahaha #sorokmukadalamselimut
tengah terkial-kial tu, datang la sekumpulan budak lelaki melayu malaysia
tolong kitorang macam mana nak guna t-money card tu
hahaha serious malu! padahal dah buat preparations berbulan-bulan kan? #pfffttt
to sekumpulan budak lelaki melayu malaysia itu yang membaca blog ini
thanx so much uols! jasa korang memang kitorang akan kenang sampai bila-bila
kalau takde korang mau berjam-jam kitorang dok depan mesin tu hahaha
ok dah tutup cerita yang memalukan itu..moh sambung lagi
lepas dah selamat masuk melepasi gate tu
kitorang pun naik la train nak ke seoul station
budak-budak melayu ni la yang telah mengajar kitorang guna t-money card
haha we is malu oh!
gila lah. ada indicator dah sampai station mana. gila lah jakun lah.
not sure dalam lrt or el ada mende ni ke tak sebab dah lama tak naik
kalau takde, saya cadangkan supaya ada
termasuklah indicator seperti dalam gambar sebelum ini
sekian, terima kasih
kitorang transfer plak ke line 1 untuk ke sinseol-dong station
perjalanan dari incheon international airport ke sinseol-dong station
lebih kurang 74 minit hoho lamanya!
betul lah. banyak betul escalator dan tangga. jenuh!
tengah tunggu train dari seoul station untuk ke sinseol-dong station
keletihan kelihatan
kitorang sampai di sinseol-dong lebih kurang pukul 11 pagi
and sepatutnya bleh check in di backpackers korea dongdaemun pukul 1 petang
ohoiii! gila lama nak tunggu! dah la sejuk kat luar tu
untuk pengetahuan umum, suhu hari ini ialah -3 darjah celcius. sejuk hokeh!
so sementara nak tunggu kul 1 petang tu
kitorang gamble je breakfast kat hollys coffee cafe haha tawakal!
jalan raya di sinseol-dong
ini la breakfast plus lunch kitorang. sharing is caring gitu. :P
(ini dinamakan ekonomi! hahaha)
sambung di Seoul, South Korea. 2013. The Trip. Day 1. Part 2. ;)

































No comments:
Post a Comment