Pages

we must take adventures in order to know where we truly belong
Showing posts with label south korea. Show all posts
Showing posts with label south korea. Show all posts

Seoul, South Korea. 2014. Trip 3.0. Preparations Part 5. Day 2.

untuk hari kedua di seoul ni pulak
kitorang akan pergi empat tempat je
teringat masa trip 1.0 ke seoul tempoh hari
sampai enam tempat kitorang pergi
tu yang sampai terhencot-hencot enche kingz berjalan
미안해 여보! (mianhe yeobo!) hehe

tempat yang kitorang nak pergi untuk hari kedua ni ialah
itaewon street, seoul central mosque, floating island and banpo bridge
itaewon street and seoul central mosque aku dan kingz dah pernah pegi
just the sepets je belom pergi lagi
manakala floating island and banpo bridge aku dan kingz tak pernah pegi lagi
the sepets lagi la tak pernah pegi hehe
so aku rasa kitorang akan mengalami kesesatan masa nak pergi 
floating island and banpo bridge tu nanti..huhu tawakal je la kan

1. itaewon street

itaewon. mac 2013.

destinasi pertama hari kedua ialah itaewon street
saja nak bawak the sepets jalan-jalan sini
sebab trip 2.0 tempoh hari the sepets tak pegi sini lagi
so kalau nak pergi itaewon dari myeong-dong station, naik train
turun and transfer kat samgakji station..lepas tu naik train pergi itaewon station 
keluar ikut exit 2..lepas tu jalan-jalan je la kat situ hehe
nak beli barang cam mahal sket kot..jalan-jalan cuci mata boleh la

2. seoul central mosque

seoul central mosque. mac 2013.

destinasi kedua hari kedua ialah seoul central mosque
nak bawak the sepets solat kat masjid ni
so kalau nak pergi seoul central mosque ni
dari exit 3 itaewon station, jalan straight sampai nampak itaewon fire house
lepas tu belok kanan dan jalan straight sampai simpang ketiga
belok kiri dan jalan straight sampai nampak halal butcher belah kiri 
lepas tu belok kiri dan sampai sudah entrance masjid tu 

3. floating island

floating island. pic credit to aasarchitecture.com

destinasi ketiga hari kedua ialah floating island
floating island ni kitorang tak pernah pegi lagi
rasanya kitorang bakal akan sesat nanti haha 
so nak pergi sana dari itaewon station, naik train
and transfer dekat yaksu station..then naik train ke express bus terminal station
keluar ikut exit 8-1..lepas tu jalan straight lebih kurang 250 meter
dan belok kanan kat simpang empat express bus terminal 
lepas tu jalan straight lebih kurang 400 meter dan lintas jalan
lepas tu jalan straight melalui underpass untuk sampai ke banpo hangang park
floating island tu dekat banpo hangang park

4. banpo bridge

banpo bridge. pic credit to www.worldofdesigners.com

destinasi keempat hari kedua ialah banpo bridge
reason nak pergi sini ialah nak tengok rainbow fountain show kat banpo bridge tu
tempat ni dekat je dengan floating island tu so takyah direction pun takpe heee

so itu je tempat-tempat yang kitorang nak pergi sepanjang hari kedua
tak banyak sangat coz takut tak sempat nak cover
maklum lah kan..bawak budak2 tak leh jalan banyak2 sangat
bukan setakat derang je letih..mak bapak budak2 ni pun bakal letih jugak nanti hehehe
ok..jumpa lagi di entry yang akan datang
till then..daaaa!

xoxo! 
QueenZ

Seoul, South Korea. 2014. Trip 3.0. Preparations Part 5. Day 1.

since in shaa Allah kitorang sampai seoul nanti dalam awal pagi
so first day sampai seoul nanti kitorang dah akan start jalan-jalan dah
coz rasanya gedebuk gedebak gedebuk gedebak
kitorang sampai zaza backpackers lebih kurang pukul 10.00 a.m.
so rehat letak beg sume..lepas tu dah boleh jalan-jalan
tapi rasanya tak jalan jauh..just around myeong-dong and namdaemun je hehe

untuk trip 3.0 ni kitorang akan start jalan-jalan pegi
namdaemun market, sungnyemun gate
culture station seoul 284 dan myeong-dong
hehe empat tempat je
tu pun confirm penat nanti tu :P

1. namdaemun market

namdaemun. jun 2013.

destinasi pertama, hari pertama, ialah namdaemun market
reason nak pergi sini ialah nak cari brooch dan cari apa barang boleh beli hehe
kena cari awal-awal sebab kalau nak beli lagi boleh repeat before balek..bijak kan? hehe
so, kalau nak pergi sana from myeong-dong station, naik train
and turun kat hoehyeon station, pastu keluar ikut exit 5
(alternatively, boleh je jalan kaki dari exit 5 atau 6 myeong-dong station (kalau larat la hehe)
or naik bas warna biru ke namdaemun market)
kat sini macam-macam benda boleh beli..and price depends ngn luck hehe
kalau naseb baik, dapat murah..kalau naseb tak baik, dapat mahal..kena pandai bargain
and kalau nak cari brooch, lepas keluar kat exit 5, hoeyheon station tu,
jalan towards gate 6, namdaemun, lepas tu belok kanan
dan akan jumpa dua bangunan (orange dan hijau)
pergi kat bangunan e-ledang (hijau)..kat situ ada jual banyak brooch

2. sungnyemun 

destinasi kedua, hari pertama ialah sungnyemun (south gate)
sungnyemun (south gate) ni adalah salah satu daripada 8 gate yang ada di seoul
but then dua daripada 8 gate tu dah takde dah..tinggal marker je
iaitu souimun (south west gate) dan donuimun (west gate)
kitorang dah pernah jumpa heunginjimun (east gate) di dongdaemun

 heunginjimun. mac 2013.

 heunginjimun. jun 2013.

so kali ni nak pergi tengok sungnyemun sebab sungnyemun ni kat area namdaemun
so dari gate 6, namdaemun, jalan straight sampai junction besar
lepas tu belok kiri..and jalan straight sampai nampak sungnyemun
mesti akan nampak coz sungnyemun ni besar hehe
kalau sesat tanya je ahjumma/ahjussi kat mana sungnyemun tu

3. culture station seoul 284

pic credit to www.visitseoul.net

destinasi ketiga, hari pertama ialah culture station seoul 284
reason nak pergi sini ialah nak tengok seoul station yang lama
ni semua sebab lepas tengok kdrama reply 1994 hehe
so kalau nak pergi sini dari hoehyeon station, naik train
and turun kat seoul station, pastu keluar ikut exit 2
nak masuk culture station seoul 284 ni free of charge je
buka setiap hari (kecuali hari ahad) from 10am - 7pm

4. myeong-dong


myeong-dong. mac 2013


myeong-dong. june 2013

destinasi keempat, hari pertama, of course la myeong-dong kan!
nak cari apa? tak tau..maybe cari makanan la kot plus cosmetics yang boleh dibeli
so dari seoul station tu, naik train and turun kat myeong-dong station
pastu keluar ikut exit 5 atau exit 6
lepas tu jalan la mana rasa nak jalan hehe (mentang-mentang la dah pernah pegi kan? :P)

lepas dah jalan-jalan kat myeong-dong kitorang plan nak balek rehat kat guesthouse
kasik recharge sebab the next day nak kena pergi tempat yang jauh sket
so tu je plan untuk hari pertama..hari kedua nanti aku blogkan preparation nye eh
till then..daaa!

xoxo!
QueenZ

Seoul, South Korea. 2014. Trip 3.0. Preparations Part 4.

just for info coz aku dah penah blog pasal ni kat sini dan sini
nanti just follow je passengers mas yang turun :P

ok ni airport guide and procedures kat incheon international airport

arrival
arrival -> quarantine regulations -> go to B1 and take shuttle train to passenger terminal -> arrival immigration -> baggage claim -> customs immigration -> meeter/greeter hall


departure
check-in procedure & baggage checking -> quarantine regulations -> customs declaration -> security inspection -> departure immigration -> boarding


kali ni kitorang plan nak guna pick up & sending service zaza backpackers
sebab kitorang dah experience turun naik train turun naik tangga
bawak beg dengan the sepets..memang mencabar gila..tak sanggup dah oh! hehe
so untuk menyenangkan kitorang especially nya
terpaksa la sewa kereta untuk derang amek and hantar kitorang kat airport nanti
for info, pick up & sending service zaza backpackers from or to the airport
ialah 75,000KRW (one-way) per car and maximum 5 orang untuk setiap trip
for more information, boleh refer sini

ok next entry aku akan cite tempat-tempat yang kitorang nak gi
stop jap coz aku nak gi minum air..tadi lunch lupa nak minum air..haus!! haha

xoxo!
QueenZ

Seoul, South Korea. 2014. Trip 3.0. Preparations Part 3.

hi sume! jumpa lagi! jom sambung buat preparations hehe

visa
visa tak perlu coz kitorang gi seoul tak melebihi 90 hari
(this year pergi 9 hari je..hehe)

barangan larangan

senarai barangan larangan yang tak boleh bawak masuk south korea
boleh refer kat sini

declaration

kena submit written baggage declaration kat kastam south korea
and since duit yang nak bawak nanti not more than US $10,000
so no need to declare ;)

immigration clearance

sampai kat korea kena gi buat fingerprint and facial recognition untuk tujuan keselamatan 
aku ulang steps dia ok?
first kena submit arrival card and passport


then kena provide cap jari (jari telunjuk)


then kena amek gambar muka 


lepas tu after dapat final confirmation..settle!
jangan lupa cakap gamsahamnida (thank you) hehe


untuk menjimatkan masa, dalam flight nanti jangan lupa isi documents
yang flight attendants bagi iaitu arrival card dan customs declaration form
if pergi satu family, isi satu customs declaration form jer dah cukup
important note: untuk arrival card, kene isi untuk the sepets sekali
and make sure tulis alamat hotel or guesthouse 

arrival card

customs declaration form

jangan lupa masa custom inspection nanti
standby passports, flight tickets and custom declaration forms

next entry aku ulang cite pasal arrival and departure ok
sekarang ni nak prepare untuk discussion jap gi
till then. daa!

xoxo!
QueenZ

Seoul, South Korea. 2014. Trip 3.0. Preparations Part 2.

hi! jumpa lagi! kali ni nak cite pasal itinerary autumn trip nanti
most of the places yang kitorang gi nanti
adalah tempat-tempat yang the sepets tak gi lagi last year
tapi ada jugak tempat-tempat yang the sepets dah gi
such as namsan tower, seoul folk flea market, namdaemun
dongdaemun and myeong-dong (of course la kan coz stay kat situ hehe)

itinerary
tempat-tempat yang kitorang bakal pergi ialah
namdaemun market, sungnyemun gate, culture station seoul 284
myeong-dong, itaewon, seoul central mosque, floating island, banpo hangang park
gwangjang market, dongdaemun, dongdaemun design plaza, sungkyunkwan university
trick eye museum, hongdae free market, wall painting street
ewha women's university, seoul folk flea market, cheongdamdong street
sm town building, samsung d’light, garosu-gil, seoulland, deoksugung 
cheongwadae sarangchae, bukchon hanok, insa-dong, gwanghwamun, cheonggyecheon 
namsan tower, namsan park and seoul animation centre
uishhhhh macam banyak je! larat ke nak cover semua ni? hahaha takpe pelan2 jalan :P

budget
selepas dah kira-kira, kitorang akan spend dalam RM7,000 untuk trip 9 hari ni
tapi kena ingat, RM7000 ni untuk 5 orang punya belanja
so kiranya sorang RM1,400 hahaha #pujukhatilagilettewww
apa-apa pun pejam mata je lewwww :P

passport
passport aku dan kingz dah renew hari tu
selepas sehari suntuk tunggu kat immigration, utc pudu sentral
memang gigih kitorang tunggu turn nak buat passport..haih pengalaman betul!
passport the sepets still valid lagi so tak perlu renew..pheww!

cuti umum
in shaa Allah trip october-november ni 
tak jatuh pada cuti umum south korea
alhamdulillah..kalau tak, banyak tempat tak leh gi coz tutup
for more info boleh refer sini

duit KRW
duit KRW belum tukar 
balance masa pegi seoul last year still ada lagi
so ni just top up je la kot

tenaga elektrik
since suis elektrik di seoul tak sama dengan malaysia
jangan lupa bawa travel adapter 
tapi kalau terlupa, no worries, ada je jual kat convenience store ;)
just that trip kali ni kitorang nak bawak power strip/extension block
sebab banyak benda nak kena charge nanti 

internet
internet services ada di mana-mana di seoul..so no worries jugak
and kat zaza backpackers pun ada free wifi
since trip kali ni pun kitorang travel dengan the sepets
so skype tu jarang guna unless nak skype ngn our parents la hehe
ikut pengalaman hari tu, sepanjang berjalan-jalan di seoul
jarang guna internet unless kitorang lepak kat cafes
tapi kalau nak surf gak tanpa batasan di mana saja anda berada
boleh rent pocket wifi through online reservation kat sini

apa nak pakai
since waktu kitorang nak pegi tu musim luruh a.k.a autumn
maka ni la contoh pakaian yang kena pakai (kecuali yang skirt pendek tu le hehe)
kena bawak jackets and sweater bebanyak especially untuk aku yang tak tahan sejuk

pic credit to english.visitkorea.or.kr

ok tu je buat masa ni
nanti aku sambung balek 
nak gi sambung tengok kdrama jap hehe

xoxo!
QueenZ

Seoul, South Korea. 2014. Trip 3.0. Preparations Part 1.

hi all! lama tak update blog ni
entry trip to singapore hari tu pun tak update lagi
ni dah terus blog preparations to seoul trip 3.0 plak kan hehe
yup. this year kitorang anak beranak akan ke seoul lagi
why seoul again? sebab, kalau boleh dan ada rezeki
kitorang nak try semua musim kat sana
yang dah rasa, summer and winter+spring
(kenapa winter+spring? sebab masa tu pergi awal bulan mac
ingatkan dah spring rupanya belum lagi..winter tak abes lagi..haish)
so in shaa Allah kali ini kitorang akan rasa autumn in seoul pula hehe

map
since aku dah pernah cerita pasal map seoul di sini dan sini
maka rasanya tak perlu lah aku cerita lagi kan..refer je kat link tu hehe

weather
pic credit to www.accuweather.com

ni adalah ramalan cuaca sepanjang kitorang berada di seoul nanti
quite sejuk jugak la..memang kena bawak jackets and sweaters la kan hehe

flight tickets

kali ni kitorang ke seoul in shaa Allah dengan menaiki pesawat malaysia airlines
kenapa mas dan bukan air asia? hmm saja je nak try hehe
sebenarnya tak jauh beza pun harga ticket mas ngan air asia
sebab kitorang beli ticket pun bukan time air asia promo
nak tunggu air asia promo tak tau bile..so pejam mata la beli tiket mas kihkihkih
at least kalau naik flight mas, entertainment, makan, luggage sume dah include dah
kena fikir jugak coz kitorang bawak budak-budak hehe
#pujukhatilettewww #duitdahhabisbro

accommodation

in shaa Allah selama 9 hari kat sana, kitorang akan stay kat tempat yang sama 
sebab nombor satu, dah biasa and sebab nombor dua, dekat dengan semua tempat
tapi tu semua bergantung kepada room availability sebab kitorang hanya boleh reserve july onwards
coz zaza backpackers tak accept 3 months advance reservation
more information on zaza backpackers hostel boleh refer sini

so next preparation is itinerary and budgeting plak
tapi tu next entry lah k
coz nak gi tengok kdrama ni hehe
till then..daaa!

xoxo!
QueenZ

Summer In Seoul. Day 6. 19 June 2013. Last Day.

sambung dari Summer In Seoul. Day 5. 18 June 2013.

so hari ni adalah hari terakhir di seoul untuk tahun 2013
yeszaa! 2014 kitorang akan repeat balek holiday in seoul
tapi different season..most probably autumn
tak pun winter time salji turun lebat..ngehngehngeh
ok berbalek kepada cerita hari last di seoul..err..takde la cerita sebenarnya
sebab tak pergi ke mana..sebok packing barang-barang and menyiapkan the sepets
kitorang bergerak ke incheon international airport dalam tengahari
memandangkan banyak barang nak kena bawak plus tak sanggup nak turun naik subway
kitorang mintak zaza backpackers hantarkan ke airport
but before that, harus lah ada sesi mengambil gambar
staff kat zaza backpackers ni suka betul tengok the sepets
eh ke aku yang perasan derang suka? hahaha okbye


haih comelnya la kan? anak sapa la nih? hehe

we love zaza backpackers! peace! ~ the sepets
pic credit to: zaza backpackers

 we had a great stay with you
hopefully we can come and visit you guys again
next year maybe? hehe
pic credit to: zaza backpackers

dah bergambar lebih kurang, kitorang pun bergerak ke incheon international airport
jauh jugak perjalanan, dalam sejam lebih gitu
tapi tak pe la. asalkan tak payah angkut beg and the sepets turun naik subway

the owner/president of zaza backpackers, mr kyungmin jung
dia sendiri yang drive kitorang gi airport hehe
gamsahamnida sajang-nim!


aqil terpegun tengok toll gate gurl hiks

sepanjang perjalanan dari myeong-dong ke incheon international airport
macam ni la. tido tido tido.

memang senang gila rupanya kalau ada orang amek ngan anta ke airport
tapi tu la..sekali anta 75,000 KRW bersamaan RM225 #pejammatajela #kopakduit
so sampai kat airport sejam lebih kemudian 
dan lepas dah cakap gamsahamnida and annyeong kat kyungmin jung-ssi
kitorang pun pergi check-in segala bag yang ada
kitorang mengamalkan the earlier the better..tak yah rushing sat gi

ramai jugak orang beratur nak balek malaysia

the naughty kiddos

lepas dah check in luggage sume, kitorang pun jalan-jalan kat departure hall
and then lepak minum and makan kat charlie brown cafe
ala..yang famous ngan cartoon snoopy tu
(masa kecik-kecik dulu aku suka beno lukis cartoon snoopy ni. hehe)
ha kat situ la kitorang lepak sementara menunggu masa untuk naik kapal terbang

senang je lukis cartoon snoopy ni. korang pun boleh. :P





dah boring lepak cafe, the sepets membuang masa kat playground sebelah cafe tu
seb baik dekat..dalam tempat tu ada toilet and tempat untuk tukar lampin
senang jugak la keje kitorang tukar pampers hana
sambil-sambil tu the sepets main la apa yang ada kat playground tu



cukup masa. around 4.00 pm kitorang pun naik kapal terbang
alhamdulillah everything went well sepanjang kitorang berada di seoul
it was a tiring holiday but who cares? as long as i can spend time with my sepets kan?
asalkan the sepets happy, aku pun happy sama. penat semua tu hilang dah. hehe
so annyeong seoul! see you next year in shaa Allah!
will bring along the sepets too! hehe

xoxo!
QueenZ

Summer In Seoul. Day 5. 18 June 2013.

sambung dari Summer In Seoul. Day 4. 17 June 2013. Part 2.

hello semua! assalamualaikum!
ok lets sambung trip to seoul with the sepets
entry kali ni nak cite pasal second last day di seoul sob sob
sedih oh bila mengenangkan nak balek dah
rasa macam nak stay sana jek
(hamboi2..dah lupa negara sendiri kewww? #over)
hari ke-5 kitorang kat sana, merasalah hujan di bumi seoul
tapi siang tu takde la lebat mana, rintik-rintik je
still boleh pegi jenjalan lagi
cuma kesian kat hana la..hehe kena hujan sket
tapi alhamdulillah the sepets tak demam plak kena hujan
serasi kot dengan cuaca kat sana..eh..^^

wajib posing setiap pagi kat depan zaza backpackers ^^

naseb baik teringat nak beli baju hujan sebelum gi trip ni

kesian hana takde baju hujan

walaupun hujan, jalan tetap jalan
tapi hari ni macam relax sket coz jalan-jalan area namdaemun je
lepas tu pergi insadong and then nak dekat malam pergi myeong-dong
tapi gi myeong-dong tak dapat jalan-jalan sangat coz malam tu hujan agak lebat jugak

let's go to namdaemun!

ni first time kitorang pergi namdaemun
bulan march hari tu tak sempat nak pergi 
sebab tak cukup masa and tak cukup duit hahaha sadis!
so kali ni kena pergi jugak namdaemun..tak kira! hehe
dan memandangkan kali ni pergi dengan the sepets plus hujan renyai-renyai
maka kitorang sanggup naik train daripada berjalan kaki ke sana
walhal kalau nak ikutkan, dekat je myeong-dong dengan namdaemun
sebelah tu je..macam damansara utama dengan taman tun dr ismail gitu
so kalau dari myeong-dong station, naik train gi hoehyeon station, pastu keluar ikut exit 5
serius tak berbaloi sangat kalau naik train sebab serius dekat
tapi tu la, daripada nak biarkan the sepets jalan kaki, baik la soh derang naik train hehe

gate 5 namdaemun
sumpah tak perasan gate nye cenggini 

suasana pagi di namdaemun..ramai jugak orang time hujan-hujan ni

kalau nak beli barang kat namdaemun ni
pergilah kat bangunan e-lengdang yang berwarna hijau tu
sebab murah sket daripada yang jual kat luar
tapi ada yang cakap kat luar ni murah
tapi aku rasa dalam bangunan e-lengdang tu lagi murah kot
mungkin naseb memasing kan..hahaha naseb!
dalam bangunan e-lengdang tu ada jual brooch, souvenirs dan macam-macam lagi

bangunan e-lengdang

salah satu kedai souvenir yang ada dalam bangunan e-lengdang
haish..blur la plak gambar ni
sape la photographer nyer nih?

lepas dah puas jalan-jalan kat namdaemun plus dah beli souvenirs 
plus dah tak tau nak cari apa dah kat sana plus the sepets pun macam dah cranky
(berapa banyak plus daaa)
kitorang gerak gi cari makanan coz tak makan apa dari pagi
jalan punya jalan punya jalan, terserempak dengan kedai jual kebab nih
nama kedai ni namdaemun's halal shawarma
kalau nak pergi kedai ni dari hoehyeon station tu
keluar ikut exit 6 pastu jalan sampai nampak NH bank tu
kedai dia bebetul sebelah NH bank
sedap jugak kebab dia, harga pun reasonable tapi tak payah convert la
convert kalu tak makan la ye dak? ye la..kalo dah satu kebab 4,000 won, kali 3 mau tak RM12? hewhew
pastu cuba kali 4? kan ke RM48 untuk makan 4 kebabs? memang hewhewhew la ^^



kedai halal shawarma dan ownernya yang hemsem
terer cakap bahasa korea ok
mana taknya..dah lebih 10 tahun kot dok kat seoul

ok lepas dah makan kebab, kitorang gerak balek gi hoehyeon station
sebab nak pergi insadong cari t-shirt i love korea untuk kawan kitorang
sape lagi kalau bukan sifu kitorang bab jalan-jalan kat korea ni, shahrul (arul) yang bermulut becok
abes aku kalau dia baca entry ni hahaha rasa-rasanya dia tak baca blog ni kot lalala
so from hoehyeon station, naik train and transfer kat chungmuro station
pastu naik train untuk ke anguk station..keluar ikut exit 6..
pastu jalan sket sampai nampak booth tourist information, belok kiri
sepanjang jalan tu ialah insadong art street okeh..takkan sesat nyer..eceh..

the sepets kat subway anguk station
suka tengok hasil seni derang ni

인사동 
^^
masa bulan march hari tu gonjeng je pokok-pokok kat sepanjang jalan ni
kali ni pergi cantik jer menghijau..cam excited plak coz dapat tengok perbezaan dia
next time nak pergi time autumn plak nak tengok camne plak rupanya hehe

march 2013..still gonjeng coz still winter season


june 2013 ^^ sejuk je mata memandang

with the sepets at insadong art street

hana punya :P

dah kat kedai yang kitorang biasa beli ari tu
(ceh! macam banyak kali pegi beli..padahal ni baru kali ketiga :P)
sekali terlupa la plak arul nak t-shirt i love korea saiz apa
ah sudah! dah la takde internet line..camne la nak tengok tweet arul bagi ari tu
sekali teringat yang kat depan tu ada starbucks coffee
kat situ mesti boleh surf internet free hehe
memandangkan hujan pun kembali turun renyai-renyai
so kitorang bergegas la cari starbucks coffee
naseb baik jumpa..phewww..so alang-alang dah sampai starbucks 
takkan la nak surf internet je kan..harus lah order air jugak
hujan pun hujan la..javachip frappucino tetap order
bukan reti nak order air panas..hujan ke tak hujan ke..frappucino gak yang dicari

the tumblers. shot by dini.

aqil anaqi. shot by dini.

dini dahlea in action.

kingz. shot by dini.

me. shot by dini.

starbucks logo. shot by dini.


mahal gila javachip frappucino nih. 
pejam mata je la hewhewhew


the sepets. hana tido kot masa ni.

in front of starbucks coffee
rare tu signboard dia :P

since hujan pun dah berenti and saiz t-shirt arul pun dah dapat
kitorang pun gi balek kedai souvenir yang kitorang biasa pegi tu
bila sampai kedai tu, the sepets ni (dini and aqil la especially..hana still tido)
rambang mata tengok banyak sangat souvenir..memang habis! habis duit mama dia!
tapi takpe la..sekali sekala je..tssk tssk
dah settle beli souvenirs, kitorang balek semula ke zaza backpackers
coz hujan pun turun balek semula and kitorang pun nak rest kejap..letih wooo

ssamziegil mall




malam tu, lepas dah rest lebih kurang
kitorang pun saja nak jalan-jalan kat myeongdong
ingatkan tak hujan dah, rupa-rupanya masih hujan walaupun renyai-renyai
redah je la sebab esok dah nak balek dah
lagipun lapar kot..nak makan kat yooganey jap hehe

budak-budak nakal

seb baik la second last day baru nak hujan
kalau tak susah kitorang nak gerak

memandangkan hujan semakin lebat
kitorang batalkan hasrat untuk berjalan-jalan kat myeongdong
sebaliknya, kitorang terus masuk dalam yooganey untuk dinner
seronok tengok the sepets excited tengok ahjussi2 yooganey masak depan derang

muka budak2 yang excited

hana kena paksa amek gambar

lepas dah makan, takde tanda pun hujan nak berhenti
tapi kitorang tetap gak redah cuba jalan-jalan kat myeongdong
dengan berbekalkan payung dan baju hujan..tapi cubaan gagal
susah kot nak jalan dengan the sepets dalam hujan yang kali ni turun agak lebat
tapi dalam susah-susah tu, sempat gak aa singgah beli topi ngan t-shirt kat myeongdong
and since hujan agak lebat, tak kuasa aku nak amek gambar malam tu
mana nak pegang payung..mana nak pegang kamera..mana nak pegang the sepets
so disebabkan situasi tersebut yang agak stress jugak
aku ngan kingz decided untuk balek je ke zaza backpackers
rehatkan diri and packing apa yang patut sebab esok kan nak balek dah?
bercinta oiii!
ok tu la saje cite untuk hari ke-5 di seoul
next kita sambung sket untuk hari terakhir di seoul bagi tahun 2013 ok
till then..daa!

bersambung di Summer In Seoul. Day 6. 19 June 2013. Last Day.

xoxo!
QueenZ