Pages

we must take adventures in order to know where we truly belong

Seoul, South Korea. 2013. Step 2. Brochures and booklets

nak perginya next year
tapi dah gi Korea Plaza dah
amek brochure bagai
kebetulan hari ni ada meet up
fanclub Infinite
aku pernah dengar nama group tu
tapi tak pernah dengar lagu derang
rupa-rupanya one of the member (L) tu
berlakon dalam cite shut up flower boy band
dan sorang lagi (hoya) berlakon dalam cite reply 1997
ok terus lepas ni aku nak dengar lagu Infinite
sekarang ni dini n aqil
tengah join meet up derang tu
haha jadi ahli tak rasmi fanclub Infinite
back to Korea Plaza
staff kat situ very helpful dan penyabar
dia tak kesah pun orang lepak situ lama-lama
hehe banyak gak info dapat kat situ pasal korea
very useful especially to those yang nak pegi korea
oh ni yang tak sabar nak gi korea

KingZ memakai topi yang dikenali sebagai Jeonrip
hana musykil tengok KingZ memakai topi yang dinamakan Gat ^^
Dini and Aqil with Infinite fan club members

Aktiviti semasa meet up Infinite fan club

Guangzhou, China. 2013. Kepochi Trip.



hehe
ni semua kerja dd
memula dia cakap dengan husband dia
nak gi jenjalan gi guangzhou
sebab dia jeles orang lain gi jenjalan obersi
nak tau kenapa dia tak leh gi obersi?
sebab...dia tengah pregnant!
yeay! tak sabar nak tunggu baby keluar. eh.

ok. pastu aku plak memang nak gi guangzhou
tapi cam berbelah bahagi lagi
coz ingatkan nak repeat gi korea september 2013
pastu dd tanya, "bosh, buat apa pergi korea lagi?"
dan aku pun cam berfikir, hmm, ya tak ya kan
march dah gi korea, september pun nak ke korea lagi?

so, aku pun on la booking flight ticket ke guangzhou
cari punya cari, dapat la tarikh cun : 7 september - 10 september 2013
cun bukan apa, sebab tiket pergi balek memang lowest fare
tengah nak book tu, dd menggunakan otaknya yang bergeliga
dan berkata, "bosh, jom kita ajak yanti nak?"

maka, bertelefonlah dia dengan yanti yang sedang bedrest di rumah
"yanti, jom gi guangzhou! bla bla bla" dan seterusnya menerangkan plan dia
atau dalam erti kata lain, menghasut yanti untuk join trip ni
maka, yanti yang aku rasa dalam keadaan berbelah bahagi
berkata, "jap, aku bbm sarijal jap"
maka, gagang telefon diletakkan

tidak berapa lama kemudian, berkata lagi dd yang bergeliga
"bosh, kita ajak ayu ngan d nak?"
maka bertelefonlah dia dengan ayu dan diyana manap
"ayu, jom gi guangzhou! bla bla bla..datang bilik bosh skarang!"
"d, jom gi guangzhou! bla bla bla..datang bilik bosh skarang!"
dan ketika ini, terdengar enah menjerit dari bilik sebelah
"oi! nak pergi guangzhou tu diam sket bleh tak?!"
oh. enah sentap sudah, coz dia tak dapat join trip ni
member nak pergi DPA next year.
kesian dia. sampai menanges kena tinggal. :(

back to ayu and d. maka mereka berdua dengan pantas
datang ke bilik aku tanpa menjangkakan
sesuatu yang tidak dapat dielakkan akan berlaku
sesampainya mereka di bilik aku, maka plan mencucuk pun bermula
dan ayu berkata, "jap, aku kena dapatkan approval daripada majlis tertinggi"
dan ayu pun menelefon kakaknya mintak izin
dan (eh berapa banyak dan lah!) tanpa banyak soal jawab
kakak ayu bagi ayu ikut kitorang ke guangzhou ni!
wah! ni dah ohsem!

lepas tu d plak yang sedang berbelah bahagi berkata
"aku nak gi, tapi aku nak gi sorang. tapi sapa nak jaga ma?"
berbelah bahagi macam mana pun, tapi kalau dah kena pujuk
especially dengan dd, memang terjebak punya la!
termasuk la d dan yanti yang telefon tidak berapa lama kemudian
menyatakan persetujuan join trip ke guangzhou
daripada 2 orang, ke 4 orang, pastu 6 orang, terus 8 orang! gilos!
lepas tu, mereka yang berada di dalam bilik aku berkata-kata
"eh, tak nak ajak azie ke? tapi azie nak gi korea september tu"

lepas tu dd yang bergeliga ni, tanpa rasa berputus asa
menelefon azie dan berkata "azie, jom pergi guangzhou! datang bilik bosh skarang!"
dengan sepantas kilat azie dah terpacak kat pintu bilik aku
walaupun sepantas kilat, tapi muka azie muka berbelah bahagi
eh berapa ramai daa berbelah bahagi!
cuma dd je yang tak terbelah belah haha
aku pun tak tau apa yang dd pujuk
sebab masa tu aku tengah sebok book ticket
tetiba..boleh plak tetiba kan..azie pun setuju nak ikut!
haha memang ohsem gila! terus jadi 9 orang!

lepas dah book ticket flight, masing-masing terdiam
sebab terkejut buat kerja gila bersama dd
hahaha dd jugak dipersalahkan
makanya, dengan rasminya, kami bersembilan
iaitu aku, kingz, dd, acap, yanti, sarijal, d, ayu n azie
akan ke guangzhou, china
pada 7 - 10 september, 2013 nanti

alhamdulillah, rezeki Allah nak bagi untuk jejak kaki ke negara orang
untuk pengetahuan, dialog dan penceritaan di atas adalah lebih kurang
idok le aku nak taip sebijik sebijik
kang bleh jadi drama plak
ok step 2 nanti, cari and book hotel plak
and plan itenerary masa kat sana berserta budget ^^

Beijing, China. 2012. Step 2. Winter Clothings

since weather kat beijing november nanti
nak masuk winter
dengan purata suhu tertinggi 13.33 °C
dan purata suhu terendah 1.67 °C
maka aku dah shopping winter clothings
kat sogo kl
walaupun kebetulan masa aku beli tu
tengah ada sale
tapi terasa banyak gak la
keluar duit
aku takde la shopping banyak
coz nanti kat china lagi murah kot
aku just byk beli untuk the sepets
concern gak aa
sedangkan aku pun tak tahan sejuk
ni kan bebudak especially hana
tutup mata je la
coz bukan senang nak bawak derang
jenjalan negara orang
especially time winter hehe
apa saja untuk anak kheeennnn!! ^^



Beijing, China. 2012. Step 1. Passport for The Sepets

trip to beijing, china ni adalah sangat unplan
sebabnya macam yang korang sedia maklum
aku ngn kingz memang plan nak gi seoul, korea
and since nak book ticket flight airasia
derang perlukan nombor passport bagai
(padahal tak payah pun..guna ic pun boleh..pffftt)
and since aku memang nak renew passport
coz dah expired (haha alasan baek nak cover)
maka on 4 september 2012
aku ngan kingz pun renew la passport kitorang
so balek daripada renew passport tu
my mom in law datang rumah
borak punya borak dengan kingz
(aku haruslah takde kat rumah kan coz kena keja)
makanya mummy pun sesaje je
ajak kitorang pergi beijing november ni
dan disebabkan kitorang dah buat passport
maka dengan confidentnya kingz buat keputusan
nak ikut trip gi beijing tu..hahaha
bila kingz bagitau aku, aku on je la
asalkan ada orang blanje pakej tu
haha terbaek kan?
ye la..sape tak nak kalau ada orang nak blanje
gi beijing plak tu hehehe thanx mummy! ^^
mummy sure cam tak percaya kitorang nak ikut
coz selama ni dia ajak ada je alasan kitorang bagi
kali ni, tanpa fikir dua kali kitorang setuju je nak gi hehe
so since ni guna pakej and mummy yang bayar pakej tu
takde apa la sangat nak dipreparekan
melainkan passport the sepets coz passport kitorang dah ada
so on 11 september 2012
the sepets pun buat passport masing-masing
dini just nak renew je
coz dia pernah gi madinah and mekah dulu
aqil and hana kena buat baru
and alhamdulillah the five of us
dah ada passport
so sekarang just nak prepare nak pergi beijing je
woohooo! can't wait!

comel tak gambar passport hana?

sinaran passport kegemilangan ^^

Seoul, South Korea. 2013. Step 1. Flight Tickets and Accomodations

6 september 2012
adalah tarikh di mana aku dan kingz buat kerja gila
memang kitorang ada plan nak melawat korea
tapi takde la dalam masa terdekat
tapi entah macam mana, hari tu kitorang decided
untuk beli flight ticket to korea
dan seperti biasa, AirAsia adalah pilihan yang tepat
now everyone can fly, yeah!

so, insyaAllah we will be travelling to seoul, korea in march 2013
time tu winter/spring lebih kurang la
dan memandangkan kitorang backpack je kat sana (first time nih!)
maka, semua benda kena buat sendiri
dari segi penginapan, itinerary, budget dan sebagainya
so, penginapan kingz dah book dah
kat backpackers korea dongdaemun
dekat dengan dongmyo market
coz the main reason kitorang pergi sana
ialah nak pergi dongmyo market dan segala jenis market kat sana
tapi tak la sampai nak pergi fish market derang haha


flight ticket dah beli, accomodations dah book
so lepas ni plan itinerary plak ^^

My Travel Blog

aku decided untuk buat satu blog khas
untuk menceritakan apa saja perkara
mengenai percutian aku
sama ada dalam atau luar negeri
so just sit, relax and enjoy! ^^