Pages

we must take adventures in order to know where we truly belong

Seoul, South Korea. 2014. Trip 3.0. Preparations Part 5. Day 2.

untuk hari kedua di seoul ni pulak
kitorang akan pergi empat tempat je
teringat masa trip 1.0 ke seoul tempoh hari
sampai enam tempat kitorang pergi
tu yang sampai terhencot-hencot enche kingz berjalan
미안해 여보! (mianhe yeobo!) hehe

tempat yang kitorang nak pergi untuk hari kedua ni ialah
itaewon street, seoul central mosque, floating island and banpo bridge
itaewon street and seoul central mosque aku dan kingz dah pernah pegi
just the sepets je belom pergi lagi
manakala floating island and banpo bridge aku dan kingz tak pernah pegi lagi
the sepets lagi la tak pernah pegi hehe
so aku rasa kitorang akan mengalami kesesatan masa nak pergi 
floating island and banpo bridge tu nanti..huhu tawakal je la kan

1. itaewon street

itaewon. mac 2013.

destinasi pertama hari kedua ialah itaewon street
saja nak bawak the sepets jalan-jalan sini
sebab trip 2.0 tempoh hari the sepets tak pegi sini lagi
so kalau nak pergi itaewon dari myeong-dong station, naik train
turun and transfer kat samgakji station..lepas tu naik train pergi itaewon station 
keluar ikut exit 2..lepas tu jalan-jalan je la kat situ hehe
nak beli barang cam mahal sket kot..jalan-jalan cuci mata boleh la

2. seoul central mosque

seoul central mosque. mac 2013.

destinasi kedua hari kedua ialah seoul central mosque
nak bawak the sepets solat kat masjid ni
so kalau nak pergi seoul central mosque ni
dari exit 3 itaewon station, jalan straight sampai nampak itaewon fire house
lepas tu belok kanan dan jalan straight sampai simpang ketiga
belok kiri dan jalan straight sampai nampak halal butcher belah kiri 
lepas tu belok kiri dan sampai sudah entrance masjid tu 

3. floating island

floating island. pic credit to aasarchitecture.com

destinasi ketiga hari kedua ialah floating island
floating island ni kitorang tak pernah pegi lagi
rasanya kitorang bakal akan sesat nanti haha 
so nak pergi sana dari itaewon station, naik train
and transfer dekat yaksu station..then naik train ke express bus terminal station
keluar ikut exit 8-1..lepas tu jalan straight lebih kurang 250 meter
dan belok kanan kat simpang empat express bus terminal 
lepas tu jalan straight lebih kurang 400 meter dan lintas jalan
lepas tu jalan straight melalui underpass untuk sampai ke banpo hangang park
floating island tu dekat banpo hangang park

4. banpo bridge

banpo bridge. pic credit to www.worldofdesigners.com

destinasi keempat hari kedua ialah banpo bridge
reason nak pergi sini ialah nak tengok rainbow fountain show kat banpo bridge tu
tempat ni dekat je dengan floating island tu so takyah direction pun takpe heee

so itu je tempat-tempat yang kitorang nak pergi sepanjang hari kedua
tak banyak sangat coz takut tak sempat nak cover
maklum lah kan..bawak budak2 tak leh jalan banyak2 sangat
bukan setakat derang je letih..mak bapak budak2 ni pun bakal letih jugak nanti hehehe
ok..jumpa lagi di entry yang akan datang
till then..daaaa!

xoxo! 
QueenZ

Seoul, South Korea. 2014. Trip 3.0. Preparations Part 5. Day 1.

since in shaa Allah kitorang sampai seoul nanti dalam awal pagi
so first day sampai seoul nanti kitorang dah akan start jalan-jalan dah
coz rasanya gedebuk gedebak gedebuk gedebak
kitorang sampai zaza backpackers lebih kurang pukul 10.00 a.m.
so rehat letak beg sume..lepas tu dah boleh jalan-jalan
tapi rasanya tak jalan jauh..just around myeong-dong and namdaemun je hehe

untuk trip 3.0 ni kitorang akan start jalan-jalan pegi
namdaemun market, sungnyemun gate
culture station seoul 284 dan myeong-dong
hehe empat tempat je
tu pun confirm penat nanti tu :P

1. namdaemun market

namdaemun. jun 2013.

destinasi pertama, hari pertama, ialah namdaemun market
reason nak pergi sini ialah nak cari brooch dan cari apa barang boleh beli hehe
kena cari awal-awal sebab kalau nak beli lagi boleh repeat before balek..bijak kan? hehe
so, kalau nak pergi sana from myeong-dong station, naik train
and turun kat hoehyeon station, pastu keluar ikut exit 5
(alternatively, boleh je jalan kaki dari exit 5 atau 6 myeong-dong station (kalau larat la hehe)
or naik bas warna biru ke namdaemun market)
kat sini macam-macam benda boleh beli..and price depends ngn luck hehe
kalau naseb baik, dapat murah..kalau naseb tak baik, dapat mahal..kena pandai bargain
and kalau nak cari brooch, lepas keluar kat exit 5, hoeyheon station tu,
jalan towards gate 6, namdaemun, lepas tu belok kanan
dan akan jumpa dua bangunan (orange dan hijau)
pergi kat bangunan e-ledang (hijau)..kat situ ada jual banyak brooch

2. sungnyemun 

destinasi kedua, hari pertama ialah sungnyemun (south gate)
sungnyemun (south gate) ni adalah salah satu daripada 8 gate yang ada di seoul
but then dua daripada 8 gate tu dah takde dah..tinggal marker je
iaitu souimun (south west gate) dan donuimun (west gate)
kitorang dah pernah jumpa heunginjimun (east gate) di dongdaemun

 heunginjimun. mac 2013.

 heunginjimun. jun 2013.

so kali ni nak pergi tengok sungnyemun sebab sungnyemun ni kat area namdaemun
so dari gate 6, namdaemun, jalan straight sampai junction besar
lepas tu belok kiri..and jalan straight sampai nampak sungnyemun
mesti akan nampak coz sungnyemun ni besar hehe
kalau sesat tanya je ahjumma/ahjussi kat mana sungnyemun tu

3. culture station seoul 284

pic credit to www.visitseoul.net

destinasi ketiga, hari pertama ialah culture station seoul 284
reason nak pergi sini ialah nak tengok seoul station yang lama
ni semua sebab lepas tengok kdrama reply 1994 hehe
so kalau nak pergi sini dari hoehyeon station, naik train
and turun kat seoul station, pastu keluar ikut exit 2
nak masuk culture station seoul 284 ni free of charge je
buka setiap hari (kecuali hari ahad) from 10am - 7pm

4. myeong-dong


myeong-dong. mac 2013


myeong-dong. june 2013

destinasi keempat, hari pertama, of course la myeong-dong kan!
nak cari apa? tak tau..maybe cari makanan la kot plus cosmetics yang boleh dibeli
so dari seoul station tu, naik train and turun kat myeong-dong station
pastu keluar ikut exit 5 atau exit 6
lepas tu jalan la mana rasa nak jalan hehe (mentang-mentang la dah pernah pegi kan? :P)

lepas dah jalan-jalan kat myeong-dong kitorang plan nak balek rehat kat guesthouse
kasik recharge sebab the next day nak kena pergi tempat yang jauh sket
so tu je plan untuk hari pertama..hari kedua nanti aku blogkan preparation nye eh
till then..daaa!

xoxo!
QueenZ