Pages

we must take adventures in order to know where we truly belong

Car Boot Sales, Kota Damansara


car boot sale? apa itu car boot sale?
jualan bonet kereta? hahaha tidak! tidak!
konsep car boot sale ni asalnya dari canada..dari tahun 1970an lagi
dan telah dipopularkan oleh orang-orang UK 
dan sekarang telah popular di merata-rata tempat termasuk di malaysia

di car boot sale ni, kebanyakan barang yang dijual 
adalah barangan terpakai tetapi masih boleh digunakan
(tapi ada jugak jual barang yang dah tak boleh pakai dah..hahaha tu naseb!)
ada juga jual collector items atau rare items yang memang sebelum ni tak pernah nampak
dan barang-barang tersebut dijual dari bonet kereta penjual masing-masing
dah kata car boot sale kan? harus lah dari bonet kereta hehehe
biasanya car boot sale ni derang buat kat sekolah atau pusat komuniti
tetapi kebanyakannya derang buat kat car parks
dan biasanya car boot sale ni diadakan setiap minggu iaitu setiap hari ahad

so, hari ahad tu, kitorang anak-beranak gi car boot sales, kota damansara
atau lebih dikenali sebagai cbs kota damansara
cbs kota damansara ni diuruskan oleh inz xpert resources
diadakan setiap ahad dari jam 8 pagi hingga 12 tengahari
kat cbs kota damansara ni hanya dijual barangan terpakai sahaja
barangan baru, makanan dan minuman tak dibenarkan dijual di sini
lokasi cbs kota damansara ni pula kat sunsuria the core, seksyen 3, kota damansara
boleh refer map kat bawah hehehe
and sebarang maklumat lanjut mengenai cbs kota damansara boleh klik sini :)


kebanyakan barang yang dijual di sini adalah pakaian, pakaian dan pakaian ^^

birthday girl yang tak mandi lagi ^^

mama belikan hana baju ni boleh? 

hmmm..toys apa nak belikan untuk birthday present hana eh?

abah jom la balek! tadi kata budget dah habis? - aqil anaqi  XP

so sesiapa nak jual barangan terpakai or nak cari barangan terpakai
boleh la datang jalan-jalan ke sini hehe

No comments:

Post a Comment