hari ni kalau ikut plan asal, kitorang nak repeat tempat semalam
iaitu zhan xi lu garment wholesale market, bai ma garment wholesale market,
hui mei fashion clothing market, liu hua clothes wholesale market,
guangzhou baiyun world leather trading centre and yi sen leather market
tapi sebab macam tak bezz je nak shopping kat tempat tu
kitorang decided untuk terus ke guangzhou zhongda fabric market
so pagi tu, lepas dah breakfast kat bilik masing-masing
around 9.30 am macam tu, kitorang pun meneruskan misi untuk mencari kain ela
on the way nak ke haizhu square station, kitorang sempat lagi singgah
kat salah satu kedai jual kasut berdekatan hotel kitorang
bukan nak beli pun, saje cuci mata and survey harga hehe
sempat lagi posing
murah-murah jugak kasut kat sini
lepas dah cuci mata and survey harga
kitorang sambung perjalanan ke haizhu square station
kalau nak pergi guangzhou zhongda fabric market
naik train dari haizhu square station ke sun yat-sen memorial hall station
and then keluar ikut exit D
kat area-area situ banyak kedai jual kain ela
first kedai yang kitorang masuk ialah kedai jual kain lace
rambang mata gak tengok kain-kain lace kat situ
murah memang murah..tapi ada duit ngan takde duit je hehe
and as usual kitorang menghadapi masalah komunikasi kat situ
nasib baiklah pekedai nih ada tablet pc
dia yang bukak translator and translate from chinese languange to english language
so kitorang (read: kitorang = diyana nazilan = dd) pun translate vice versa
itu pun macam susah jugak masing-masing nak faham
bayangkan la kalau takde translator tu..lagi la macam itik ngan ayam je bercakap..tssk
so sepanjang masa kitorang kat kedai tu, dd je la yang tawar menawar sebab dia terer
kalau aku, memang aku tak beli dah sebab aku tak pandai tawar harga hehe thanx dd!
for information, kalau beli kain ela guangzhou ni tak dapat kain ela tu on the spot
derang just letak sample, and then baru derang amek kain kat supplier
and then baru dia bagi kat kita..biasanya kita akan dapat the next day
memang kena percaya la kat seller-seller ni sebabnya before kita dapat kain tu
derang akan mintak kita bayar full plus dengan duit courier sekali
so kalau takut kena tipu, adalah lebih baiknya tak yah la beli kain-kain nih
dd, ketua rombongan membeli kain ela
dia juga ketua tawar menawar harga hehe
translate bang..jangan tak translate :P
the samples
ni la nama kedai lace yang kitorang pergi tu
kelihatan dd sedang menjalankan tugas untuk menawar harga
macam-macam gerai ada kat luar kedai-kedai kain ela tu
enche kingz beli yang eiffel tower tu tapi sampai ke sudah tak pasang lagi tssk
lepas dah borong kain lace..kitorang jalan-jalan lagi kat deretan kedai kain ela kat situ
and then ternampak kedai yang macam bezz je nak masuk
kat sini pun dd memainkan peranan sebagai ketua tawar-menawar harga
nak harapkan aku memang tak boleh harap la hehe
seperti kat kedai kain lace sebelum ni, kat sini pun kitorang menghadapi masalah komunikasi
tapi kat sini lagi teruk..langsung tak faham apa yang dia cuba sampaikan
eventhough dia dah guna translator bagai..agak stress jugak la
memang serious ni macam itik ngan ayam bercakap
tapi last-last berjaya jugak kitorang beli kain ela kat situ..phewww
banyak owh sample kain! nak murah? nak mahal? semua ada
sesi memilih kain ela
kalau nak beli kain ela, sila lah pergi ngan dd
sebab dia pandai pilih kain and pandai tawar harga
amek peluang rehat main game
ni nama kedai kain ela yang kitorang pergi hari tu
settle beli kain ela, kitorang pun teruskan perjalanan ke destinasi seterusnya iaitu china plaza mall
tapi on the way nak ke sun yat-sen memorial hall station tu
kitorang singgah jap kat salah satu gerai jual t-shirt kat area situ
murah jugak t-shirt-t-shirt kat situ..bukan original la tapi hehe
satu t-shirt dia jual 15 yuan bersamaan dengan RM7.50 sehelai
apa lagi? kasi borong habis la kan..eh takde la habis hehe
beli untuk diri sendiri
beli untuk tunang tersayang
beli untuk pakwe di sarawak. eh.
masyuk! masyuk!
masing-masing muka puas hati sebab dah borong banyak t-shirt
settle borong t-shirt kitorang pun gerak ke sun yat-sen memorial hall station
sebab kalau nak pergi china plaza mall, kena naik train kat sun yat-sen memorial hall station
untuk ke gongyuanqian station..pastu kat gongyuanqian station, transfer train
untuk pergi ke martyrs’ park station
dah sampai kat martyrs’ park station, keluar ikut exit A
tapi dah sampai kat china plaza mall, macam tak bezz plak sebab dia macam shopping complex
kalau setakat nak jalan shopping complex, kat malaysia ni pun banyak
so tak jadi nak jalan-jalan situ
next, kalau ikut itinerary, kitorang ke beijing lu dan zhongshan 5 lu pedestrian street
tapi jap lagi la aku sambung..sebab nak buat kerja sket heheto be continued (Guangzhou, China. 2013. Day 2. 8 September 2013. Part 2)
















No comments:
Post a Comment