lepas dah makan tengahari tak berapa nak tengahari sangat tu
kitorang balek ke bilik masing-masing untuk merehatkan badan dan solat asar
lepas dah rehat lebih kurang, kitorang pun keluar balik untuk teruskan misi membeli belah
kitorang plan nak pergi zhan xi lu garment wholesale market, bai ma garment wholesale market,
hui mei fashion clothing market, liu hua clothes wholesale market,
guangzhou baiyun world leather trading centre and yi sen leather market
kalau ikut pembacaan di internet dan map yang diberikan
kesemua tempat ni terletak berdekatan dengan guangzhou railway station
maka daripada hotel, kitorang menapak ke haizhu square station
and then naik train untuk ke guangzhou railway station
sampai di guangzhou railway station, keluar dari situ, kitorang terpinga-pinga untuk kali kedua
memang lost gila! haha tak tau nak pergi mana..map dengan keadaan sebenar tak berapa nak sama
dan untuk kali ketiganya hari ini, kitorang sesat jalan lagi
tapi sesat macam mana pun, akhirnya jumpa juga..tapi satu tempat je la kitorang jumpa
iaitu hui mei fashion clothing market hehe
tapi macam tak bezz je sebab banyak kedai dah tutup sebab masa tu dah nak dekat malam dah
hui mei international fashion city
last-last tak tau nak pergi mana plus takut sesat lagi
kitorang jalan je along jalan bangunan hui mei fashion clothing market tu
kat situ ada banyak kedai tepi jalan jual kasut
murah-murah jugak tapi kena pandai tawar la
aku beli slipper je untuk the sepets hehe
selesai membeli kasut dan slipper
kitorang pun bergerak balik ke hotel
tak larat oiiii sehari suntuk berjalan
nak tercabut kaki dah hehe
to be continued (Guangzhou, China. 2013. Day 2. 8 September 2013. Part 1)


No comments:
Post a Comment