Pages

we must take adventures in order to know where we truly belong

Universal Studio Singapore Trip 2014: The Preparations

memandangkan trip to universal studio singapore ni adalah 3 hari 2 malam je
maka, tak banyak preparations yang perlu dibuat
nak-nak kalau trip itu adalah disponsor, lagi la takde apa sangat nak yang dipreparekan
ikut je la itinerary orang yang menyeponsor itu hohoho
kitorang just sediakan duit untuk minyak, tol and belanja makan sekeluarga sendiri sahaja
untung kan? untung laaaa! kakakaka

kitorang plan untuk bertolak hari khamis pagi ke johor bahru
dan dekat johor bahru, kitorang akan duduk kat the puteri pacific hotel
coz kat hotel ni ada sediakan uss package 
berikut adalah package yang ditawarkan oleh the puteri pacific hotel:

  • 2 days 1 night
  • adult: RM 343 nett per person (twin or triple share)
  • child (4 to 11 years old & sharing room with parent): RM 181 nett per child
  • child with extra bed & sharing room with parent: RM 263 nett per child
  • child below 4 years old: free for uss package
  • extension night at RM 220++ per room per night with breakfast for 2 persons
  • return transfer to resorts world sentosa via coach

aku tak tau la murah ke mahal, aku ikut je..janji free kan? baru la bajet namanya :P
ok tu baru hotel penginapan ngan ticket ke uss yang disponsor oleh ibu mertuaku
sekarang ni nak bajet minyak ngan tol pergi balek plak sebab sendiri bayar :P
hari tu aku terbaca blog nadiafarahida
dia kata bajet minyak untuk sebuah kereta adalah rm50 pegi dan rm50 balik
and bajet tol untuk sebuah kereta adalah rm50 pegi dan rm50 balik
so, total bajet untuk sebuah kereta untuk pegi dan balik adalah:

  • minyak kereta pegi dan balik: rm100
  • tol pegi dan balik: rm100
    total untuk sebuah kereta: rm200

settle bab bajet minyak ngan tol..cukup kot sebab nak gi uss tu nanti naik coach
dah jimat dah kat situ..hehehe
lepas tu untuk belanja makan sekeluarga sendiri, kitorang bajet rm1,500 untuk trip ni
rm450 untuk belanja makan di malaysia (eceh)
rm1,050 untuk belanja makan (plus beli barang) di uss
sebab confirm kat uss tu the sepets ni mintak beli barang..tssk tssk..
so weekend lepas, kitorang gi tukar duit rm ke sgd
kitorang tukar rm1,050, just dapat sgd400 je..sedih betul..tak sampai separuh pun. haih.
ok settle bab bajet-bajet nih..mende pasal bajet ni takleh fikir lama..nanti stress hahaha

itinerary plak..macam aku gitau tadi, kitorang gerak ke johor bahru hari khamis
pastu hari jumaat tu pergi uss and balek semula ke putra heights hari sabtu
so untuk hari jumaat tu, since coach akan bertolak pukul 8.30 pagi
harus lah kitorang ni kena siap lepas subuh kan?
sebelum tu kena prepare makanan ngan minuman untuk the sepets dalam coach nanti
kalau tak naya je dok minta air la..nak makan la..haih
hari tu ada terbaca blog jarimanistavel, pesan beliau adalah seperti berikut:

  • isi kad imigresen dengan lengkap (serta nombor coach)
    ~ masak la nak isi untuk 5 orang ni..dah la masing-masing nama panjang. haih. 
  • pastikan passport dibawa bersama dan belum tamat tempoh
  • make sure balik dari uss naik coach yang sama dan pastikan ingat nombor coach
  • coach akan berhenti di imigresen malaysia. semua penumpang perlu turun dari bas untuk semak passport dan selesai urusan di imigresen, naik semula bas yang sama. bas akan menunggu di pintu keluar
    ~ oh mai! can't imagine hangkut the sepets nih. aja! aja! fighting!
  • coach akan bergerak terus ke imigresen singapore dan akan berhenti sekali lagi untuk menurunkan penumpang bagi tujuan cop passport dan bawa bersama barang-barang persendirian.
    ~ oh mai! aja! aja! fighting!
  • selesai urusan cop passport, coach akan terus bergerak ke uss
  • coach akan berhenti di basement parking uss dan kena ingat waktu bertolak balik ke malaysia iaitu 7.30 petang
  • dari basement, terus naik escalator untuk ke uss

hmm. hmmmmmmmmmm hahaha panjang hmm nya nih
redha je la..semoga Allah mempermudahkan urusan kitorang hari tu. amin!

mengikut pembacaan di resort world sentosa singapore
attractions kat uss terbahagi kepada tujuh zon iaitu:
  1. zon hollywood
    kat sini ada shows such as monster rock at pantages hollywood theatre
    kat sini pun ada rides, street entertainment dan meet and greet
    and kat sini pun ada starbucks gak. weehooo!

  2. zon new york
    kat sini ada rides dan street entertainment
    kat sini pun ada shows such as lights, camera, action! dan sesame street spaghetti space chase

  3. zon sci-fi city
    kat sini boleh bawa beg
    tips: kalau nak cepat, beratur as single rider
    kat sini ada rides such as accelerator (sesuai for kids) dan transformers the ride: the ultimate 3d battle
    kat sini pun ada shows dan meet and greet
    kalau nak solat, kat belakang roller coaster human ada prayer room
  4. zon ancient egypt
    kat sini ada rides such as treasure hunters (for kids only) dan revenge of the mummy
    kat sini pun ada shows dan meet and greet
    kat sini ada free 30 minutes locker, kat sebelah kiri entrance ;)

  5. zon lost world
    kat sini ada live show such as water world (12.30 tengahari dan 4 petang)
    tips: datang awal dan duduk tengah-tengah
    (seat biru: basah kuyup; seat hijau: basah sikit, seat coklat: tak basah langsung)
    kat sini pun ada rides such as canopy flyer dan jurassic park rapids adventure

  6. zon far far away
    kat sini ada rides such as enchanted aiways, shrek 4-d adventure dan meet and greet
    kat sini pun ada live show such as donkey live

  7. zon madagascar (for kids)
    kat sini ada rides and shows such as madagascar: a crate adventure dan street entertainment
    kat sini pun ada halal restaurant
tips:
go to the rides first to avoid long queues (don't follow the maps)
if nak tengok parade, kena duduk tepi jalan seawal 5.45 petang coz the parade starts at 6 p.m.

ok mengikut pembacaan di blog-blog orang, apa yang perlu dibawa di uss adalah seperti berikut:
  1. lots of mineral water
  2. lots of sgd (tapi aku hadkan bawak sgd400 je hewhewhew)
  3. comfortable shoes or sandals
  4. power banks
  5. medicine and extra bandages
  6. raincoat
  7. don't bring big bags
so itu je la kot preparations untuk ke uss. hehe
malam ni dah nak kena start packing baju dah. haih. penat oh nak pack untuk 5 orang nih
pressure nak tentukan baju apa nak bawak (-_-")
sehingga kita berjumpa lagi di entry lain (most probably pasal vintage market yang kitorang pergi hari tu)
daaa!

Car Boot Sales, Kota Damansara


car boot sale? apa itu car boot sale?
jualan bonet kereta? hahaha tidak! tidak!
konsep car boot sale ni asalnya dari canada..dari tahun 1970an lagi
dan telah dipopularkan oleh orang-orang UK 
dan sekarang telah popular di merata-rata tempat termasuk di malaysia

di car boot sale ni, kebanyakan barang yang dijual 
adalah barangan terpakai tetapi masih boleh digunakan
(tapi ada jugak jual barang yang dah tak boleh pakai dah..hahaha tu naseb!)
ada juga jual collector items atau rare items yang memang sebelum ni tak pernah nampak
dan barang-barang tersebut dijual dari bonet kereta penjual masing-masing
dah kata car boot sale kan? harus lah dari bonet kereta hehehe
biasanya car boot sale ni derang buat kat sekolah atau pusat komuniti
tetapi kebanyakannya derang buat kat car parks
dan biasanya car boot sale ni diadakan setiap minggu iaitu setiap hari ahad

so, hari ahad tu, kitorang anak-beranak gi car boot sales, kota damansara
atau lebih dikenali sebagai cbs kota damansara
cbs kota damansara ni diuruskan oleh inz xpert resources
diadakan setiap ahad dari jam 8 pagi hingga 12 tengahari
kat cbs kota damansara ni hanya dijual barangan terpakai sahaja
barangan baru, makanan dan minuman tak dibenarkan dijual di sini
lokasi cbs kota damansara ni pula kat sunsuria the core, seksyen 3, kota damansara
boleh refer map kat bawah hehehe
and sebarang maklumat lanjut mengenai cbs kota damansara boleh klik sini :)


kebanyakan barang yang dijual di sini adalah pakaian, pakaian dan pakaian ^^

birthday girl yang tak mandi lagi ^^

mama belikan hana baju ni boleh? 

hmmm..toys apa nak belikan untuk birthday present hana eh?

abah jom la balek! tadi kata budget dah habis? - aqil anaqi  XP

so sesiapa nak jual barangan terpakai or nak cari barangan terpakai
boleh la datang jalan-jalan ke sini hehe

Guangzhou, China. 2013. Day 4. 10 September 2013.

sambung dari Guangzhou, China. 2013. Day 3. 9 September 2013. Part 2.

good morning guangzhou!

hari ni adalah hari terakhir kitorang di guangzhou, china
bangun pagi rasa excited nak balek coz tak sabar nak jumpa the sepets *rindugila*
memandangkan flight kitorang pukul 8.50 malam
and nak kena ada kat baiyun international airport pun latest by 4pm
makanya ada masa lagi nak buat last minute shopping nih hehe
tapi kitorang takde la pergi jauh-jauh..shopping kat area-area hotel je
paling jauh pun one link plaza hehe
settle shopping and repacking, lepas solat zohor, kitorang pun check out dari hotel

naseb baik dd beli electronic scale ni
boleh timbang berat badan. eh.

hasil borongan mereka

ni beg aku dan kingz
tak banyak barang sangat coz aku bukan kaki shopping hehe

dah lepas check out hotel tu, kitorang mintak tolong receptionist hotel untuk call teksi
(coz kitorang tak sanggup nak bawak beg berat-berat ni turun naik subway hoho)
kat sini pun ada masalah komunikasi gak, jenuh bertelagah nak mintak teksi
tapi receptionist hotel tu degil gak nak bagi van sebab dia kata barang kitorang banyak
memang la banyak..tapi mahal oiiii kalau naik van tu..tak mampu
last-last, ketua borongan iaitu dd telah menyelamatkan kitorang dengan ketegasan dia
dia kata dia nak jugak teksi! tak kira! maka nak tak nak, receptionist tu pun mengalah
and kitorang berjaya book 3 teksi untuk ke baiyun international airport

hotel yang telah menempatkan kitorang selama 4 hari 3 malam
rating: boleh la kalau setakat nak balik tidur je hehe

sementara tunggu teksi sampai, posing dulu depan hotel hehe
pic credit to deanaxie

selca depan hotel hehe

lepas tunggu lebih kurang setengah jam, maka teksi kitorang pun sampai
maka bermula la aktiviti memunggah beg masuk ke dalam teksi
tapi kenapa 3 teksi? sebab, bonnet teksi tak muat lewww. tong gas dia gedabak gile!
macam aku ngan kingz, boleh muat satu backpack je kat bonnet..lagi satu kat seat sebelah driver
lepas dah settle letak beg semua, maka kitorang pun memulakan perjalanan untuk ke airport


macam dalam penjara plak rasanya

happy kingz

me and kingz inside the taxi
pic credit to deanaxie




lebih kurang sejam travel naik teksi, kitorang pun selamat sampai ke baiyun international airport
sampai-sampai je, kitorang terus carik kaunter airasia sebab ingat nak check in beg dulu


tapi kitorang sampai awal gile and kaunter airasia pun tak bukak lagi


pukul 2.38 petang dah sampai baiyun international airport
flight plak pukul 8.50 malam..jenuh wei nak tunggu!

memandangkan awal sangat sampai and kitorang pun tak makan tengahari lagi
maka kitorang pun melilau mencari restaurant halal kat airport tu
jenuh weh cari..banyak restaurant yang tak halal..sedih betul (ke kitorang tak jumpa?)
tapi alhamdulillah, kitorang terjumpa jugak restaurant halal kat situ
dapat la makan tengahari merangkap makan malam sekali *sobsob*

exotic meat tidak dibenarkan dibawa masuk


muka-muka kelaparan
tak sempat nak amek gambar makanan
sebab makanan sampai je aku terus makan hehehe lapar beb!

selesai makan tengahari, kitorang gerak balek ke kaunter airasia
tapi still tak bukak lagi..maka kitorang beraturkan trolley bag kitorang
so that bila kaunter airasia dah bukak nanti, kitorang plak yang beratur hehe

trolley bag yang telah diberaturkan


sementara tunggu kaunter airasia bukak
dah macam pelarian dah :P


lepas dah check in beg, kitorang terus pergi ke departure hall
malas dah nak berlegar-legar kat airport tu
so kat sini kitorang tunggu lagi sampai pukul 8.50 malam
tapi flight delay la plak..rasanya dalam pukul 9 lebih kot baru kitorang boleh naik kapal terbang


 at departure hall

sama kan seluar kitorang? boria pulau pinang :P


so dalam pukul 9 lebih tu, kitorang pun naik flight and terbang pulang ke malaysia masih aman. eh
perjalanan mengambil masa lebih kurang 4 jam dan sepanjang perjalanan tu aku tidur je..penat weh!
alhamdulillah kitorang selamat sampai dalam pukul 1.30 pagi (11 september 2013)
gedebuk gedebak gedebuk gedebak amek bag semua, pukul 2.30 pagi baru kuar lcct
so lepas dah peluk cium dengan kepochi gurlz say goodbye bye bye
kitorang pulang ke destinasi masing-masing
tapi sebelum kuar lcct tu, aku singgah jap duty free shop beli chocolates and rokok untuk baba
sekali bila dah sampai rumah, bila check, rupa-rupanya rokok tu tertinggal kat kaunter masa bayar tadi
stress gila kot! naseb baik la teringat nak call and naseb baik jugak rokok tu still ada lagi
makanya, aku ngan kingz patah balek dari putra heights ke lcct untuk amek rokok
memang nak menyumpah pun ada..ye la..budak kat kaunter tu takkan la takleh jerit or kejar aku kan?
buang duit minyak ngan duit tol je..tapi bila mengenangkan rokok tu mahal la jugak..kitorang gagahkan jugak

siangnya tu, lepas dah bangun tidur, aku ngan kingz gerak ke damansara utama untuk ambil the sepets
rindu oiii kat budak-budak nakal tu! especially si kecik hana tu le
dan siang tu jugak bawak the sepets balek putra heights coz derang tak sabar nak tengok toys derang
 
hasil pembelian semasa di guangzhou

kasuts and selipars untuk the sepets

toys untuk the sepets

rindu gila kat budak comel nih!

so itu saja cerita kepochi trip to guangzhou
next kepochi trip aku tak tau gi mana
sebab orang lain yang akan organize hehe
till then, see you in my next entry! (probably to uss, singapore. eh)
daa!

xoxo!
QueenZ

Guangzhou, China. 2013. Day 3. 9 September 2013. Part 2.

sambung dari Guangzhou, China. 2013. Day 3. 9 September 2013. Part 1.

malam tu, lepas solat maghrib, kitorang berjalan kaki ke arah pearl river
coz nak naik cruise untuk menyusuri dan menikmati pemandangan pearl river di waktu malam
kalau dari hotel kitorang, kitorang jalan straight sampai nampak pearl river
pastu belok kanan and jalan straight lagi sampai nampak tianzi wharf
kat tianzi wharf tu ada kaunter beli ticket pearl river cruise
senang je nak cari cuma agak penat la nak berjalan hehe


sampai kat kaunter ticket, ramai gak yang nak naik pearl river cruise ni
seb baik la sempat beli ticket trip yang terawal, kalau tak kena tunggu untuk next trip
kitorang beli ticket untuk lower deck je coz murah..hehe RMB68 per person
kalau upper deck RMB128 per person..takde beza sangat pun lower ngn upper deck ni
coz lama-lama nanti derang akan bagi naik upper deck untuk ambil gambar pemandangan

the ticket counter

pearl river

ayu, dd, d and me
pic credit to deanaxie

the tickets

the lower deck
sempat lagi selca kihkih :P

sepanjang perjalanan menaiki cruise tu, kitorang just ambil peluang untuk merehatkan diri
dan menikmati pemandangan pearl river yang penuh dengan lampu yang berwarna warni
berapa la gamaknya bil elektrik diorang eh? hehehe
 


   




 

bila nak dekat dengan canton tower tu, kitorang dibenarkan untuk naik ke upper deck
yang bezznya, masa diorang announce boleh naik tu, kitorang dok relax je kat lower deck
tertanya-tanya gak kenapa la semua orang berpusu-pusu naik atas 
sebab announcement tu dalam bahasa cina..harus lah tak faham kan? kakaka *dushdush*
naseb baik la ada aunty ni from indonesia datang kat meja kitorang
dia tanya kenapa tak naik atas? sebab derang dah announce boleh naik atas
so kitorang apa lagi, bergegas la naik atas hewhewhew
thank you aunty! kalau tak, sampai ke sudah dok lower deck je
so moral of the story is, kalau semua orang naik atas tu, ikut la sekali kahkahkah
dan maksudnya di sini, kitorang mengambil langkah bijak la untuk tak beli ticket upper deck
coz sooner or later boleh rasa gak dok kat upper deck walaupun sekejap hehe

the upper deck
 
canton tower atau guangzhou tower ni terletak di daerah haizhu
dan merupakan menara yang tertinggi di china dan ketiga tinggi di dunia
canton tower ni telah dirasmikan pada 1 oktober 2010
dan mempunyai rekabentuk menara yang unik
canton tower ni macam kl tower and namsan tower
ada observation deck, f&b etc
cumanya kitorang tak berkesempatan untuk pergi and explore
just dapat tengok dari jauh je..jadi la kan *sobsob*

canton tower ni actually tukar-tukar warna lampu
     
tapi aku tetap suka yang warna-warni ni
 
 
rasa kagum tengok architecture design canton tower nih

bila cruise dah sampai kat canton tower tu, dia akan patah balek untuk ke tianzi wharf 
so kitorang boleh tengok the other side of pearl river plak
sampai kat tianzi wharf kitorang pun berjalan balek ke hotel untuk kemas barang-barang kitorang
coz the next day tu dah nak balek malaysia dah *taksabarnakjumpathesepets*
tapi lepas bersihkan diri and before aktiviti mengemas barang masing-masing
kitorang lepak bilik dd and acap untuk menghabiskan stok makanan yang kitorang bawak
ye la, dah beli banyak barang kan, haruslah semua stok makanan dihabiskan bagi mengosongkan beg hehe
sambil makan tu, dd as ketua borongan mengagih-agihkan kain yang kitorang beli previously 
kepada tuan empunya masing-masing..tapi paling banyak dia punya lah :P

kain-kain yang dalam pelukan dd

besar gila buah mangga ni
azie ni nak bagi makan ke tak ni? :P

sample kain lace yang dicilok ari tu

jenuh nak fahamkan apa yang cuba disampaikan
kena masuk english class nih

settle makan and agihkan kain, kitorang pun pulang ke bilik masing-masing
untuk mengemas barang-barang kitorang (naseb baik la barang aku tak banyak hehe)

to be continued (Guangzhou, China. 2013. Day 4. 10 September 2013)