Pages

we must take adventures in order to know where we truly belong

Guangzhou, China. 2013. Day 1. 7 September 2013. Part 2.


ok sambung balik sementara tengah rajin ni hehe
so lepas dah letak beg masing-masing and rehat lebih kurang
kitorang pun gerak keluar balik untuk jalan-jalan ngabeskan duit
first stop kitorang hari ni ialah tempat beli barangan electronic
especially gopro accessories and powerbanks
so mencari la kitorang nanfang building international electronic & digital city
ngan new asia international electronic & digital city
masih mempercayai map yang kitorang print, kitorang decided nak jalan kaki
coz nampak macam dekat je..which is NOT! sebab kitorang sesat hahaha
sebenarnya memang dekat pun tapi since kitorang sesat and ntah mana-mana kitorang pergi
tu yang jadi macam jauh tu..tssk tssk..

so on the way nak ke nanfang building international electronic & digital city
ngan new asia international electronic & digital city tu
kitorang lalu banyak kedai-kedai jual macam-macam barang
rambang mata oh! tapi kitorang tahan diri coz mana la tau tempat lain lagi murah kan?
banyak masa lagi..hehehe

the lanterns

the kepochi gurlz and asyraf (dd's husband)

the kepochi gurlz and enche kingz

the kepochi gurlz (without azie coz dia yang amek gambar)
pic credit to deanaxie

lepas dah berposing dengan lanterns tu
(naseb baik tuan kedai tak marah..jakun betul hahaha)
kitorang meneruskan perjalanan mencari nanfang building international electronic & digital city
ngan new asia international electronic & digital city
masa ni masih yakin lagi dengan arah yang diberikan


depan tu ialah sungai mutiara 
atau dalam bahasa inggerisnya, pearl river hehe

guangzhou civil financial street nama jalan ni
pic credit to deanaxie

ketua rombongan kahkahkah

ok kitorang sesat jalan start kat sini
kalau kitorang tak lintas jalan tu and jalan straight je
sure jumpa nanfang building international electronic & digital city
ngan new asia international electronic & digital city
tapi tu la dah ketentuan Allah kitorang sesat jalan kan..nak buat macam mana hehe


tak tau la tugu apa ni
sebab explanation dalam bahasa cina
pic credit to deanaxie

ni pun tak tau tugu apa hehe

jom sesat jalan berjemaah!

laluan berbasikal

kat guangzhou ni ramai jugak yang naik basikal
bagus betul

bergambar kenangan di tepi pearl river

tak tau la berapa kali kitorang pegi and patah balek jalan ni


pemandangan di sekitar pearl river

seperti biasa, masalah bahasa adalah masalah utama
nak cari arah pun tak tau macam mana
nak suruh orang sana baca pun derang tak tau
apa lagi..gamble la! dan lepas jalan sana jalan sini patah balek sana patah balek sini
akhirnya kitorang jumpa jugak la kedua-dua tempat tu..phewww!

penjual satay tepi jalan
tak beli pun sebab macam tak yakin hehe


alhamdulillah..selamat jugak sampai kat new asia international electronic & digital city nih


nanfang building international electronic tu opposite je 
ngan  new asia international electronic & digital city
malas nak pergi coz malas nak lintas jalan hehe


ums?!

dah sampai kat new asia international electronic & digital city ni
apa lagi..aktiviti memborong pun bermula la
derang beli powerbanks ngn handphone casings
aku ngan kingz tak beli pape pun sebab barang yang kitorang cari takde
kitorang cari gopro accessories and pineng powerbank tapi tak jumpa tssk tssk sedey
(sudahnya aku beli pineng powerbank kat malaysia..stress!)

lepas derang dah memborong powerbank and handphone casing sume tu
kitorang pun gerak mencari sesuap nasi
tak makan oii dari pagi..lapar kot..masa tu jam menunjukkan kul 4.30 petang
gile la..kul 4.30 petang baru nak makan tengahari 
jalan punya jalan punya jalan
baru la terjumpa chinese muslim restaurant, casa restaurant namanya
alhamdulillah..dapat jugak makan..sedih betul 
so since susah sangat nak cari muslim restaurant
kitorang tapau untuk dinner sekali
senang nanti tak payah nak tercari-cari restoran lagi hehe

waktu solat di guangzhou

muka lapar plus letih hehe

ni la lunch aku ngan kingz untuk hari ni. share ok. jimat!

Guangzhou, China. 2013. Day 1. 7 September 2013. Part 1.

assalamualaikum and hello! hehe
hari yang dinantikan telah tiba
ini adalah kali pertama aku menjejakkan kaki ke bumi guangzhou, china
ini adalah kali pertama aku pergi bercuti dengan kepochi gurlz
but then tak semua kepochi gurlz yang dapat pergi trip ni
enah pergi kursus dpa 6 bulan manakala yanti plak kena tanggung kerja
takpe next trip kena pastikan semua kepochi gurlz ada :)
ini adalah kali kedua aku ngan kingz berjauhan dengan the sepets
untuk trip kali ni, banyak kali jugak lah aku inform the sepets especially aqil
coz tak nak dia merajuk macam first time aku ngan kingz gi seoul hari tu
dan ini adalah kali ketiga aku ngan kingz gi overseas trip untuk tahun 2013 
(dan juga terakhir untuk tahun 2013 coz duit dah kering kontang hehe)
ketiga-tiga overseas trip untuk tahun 2013 ni kitorang naik airasia. terima kasih airasia! eh.

rasa excited actually gi guangzhou ni coz pergi backpacking dengan kengkawan
trip ni from 7 september 2013 hingga 10 september 2013
and flight kitorang on 7 september 2013 tu pukul 5 pagi
so seawal 3.30 pagi kitorang dah terpacak kat lcct dah
dah la masa on the way from damansara utama to lcct tu hujan lebat
dah runsing dah takut basah kuyup masa naik airplane
but alhamdulillah masa kitorang sampai lcct hujan dah mulai reda sket
since kitorang sampai quite awal, maka dengan cergasnya kitorang check-in luggage masing-masing
lepas dah check-in luggage, kitorang gi makan kat mcd untuk alas perut
sebab kitorang tak order meal pun sepanjang perjalanan dari kuala lumpur ke guangzhou
nak jimat katanya hehehe (tapi padan muka lepas tu lapar kahkah)
lepas makan, kitorang terus gi departure hall untuk tunggu masa naik airplane

aksi mereng di pagi buta untuk hilangkan rasa mengantuk

pukul 4.30 pagi kitorang dah boleh naik airplane dah
and tepat pukul 5 pagi (alhamdulillah tak delay) airplane pun take off
perjalanan ke guangzhou, china dari kuala lumpur mengambil masa lebih kurang 4 jam
sepanjang perjalanan tu, aku banyak menghabiskan masa dengan tido..ngantuk oiiii
owh tapi sebelum tido tu, aku sempat isi borang untuk masuk ke negara china
sebab takut terlajak tido tak sempat plak nak isi hehe

jenuh tulis nama kingz
panjang sangat! tssk

pemandangan semasa on the way ke guangzhou, china

bukti aku tido..ngantuk gile

pemandangan dalam airplane. terima kasih gopro hero3! eh.

so around 9 am kitorang telah selamat sampai ke bumi guangzhou, china..alhamdulillah

hello guangzhou!
 
antara budak yang excited sampai guangzhou, ayu ayriez


baiyun international airport

lepas dah touch down tu, seperti biasa kena go through immigration inspection
beratur agak panjang jugak..ramai gak orang nak shopping kat guangzhou ni


lepas dah lepas immigration inspection, kitorang cari convenient store untuk beli metro card
fungsi metro card ni macam t-money di south korea and touch n go di malaysia
coz basically our mode of transportation sepanjang masa kat sana ialah menaiki train dan berjalan kaki
maka metro card ni adalah sangat membantu..takde la kitorang kena beli ticket setiap kali nak naik train
for information, kitorang ke guangzhou ni backpack je..tak guna agent coz nak jimat kos
in fact, ada sorang chinese man from malaysia pun terkejut kitorang tak guna agent
coz dia kata kitorang bakal menghadapi masalah komunikasi 
since orang kat guangzhou ni mostly tak boleh and tak faham english language
tapi tak pe la..kitorang memang suka adventure-adventure cenggini hehehe


so first mission kitorang ialah pergi ke yingshang jinyi hotel untuk check in 
nak ke sana kitorang naik train from airport station to jiahewanggang station
and then transfer train to haizhu square station


pengembaraan bermula! ayuh!


inside the train
muka masing-masing tak tau la excited ke penat ke mengantuk ke haha

me and kingz
sebok la orang sebelah tu. interframe plak dia.
pic credit to deanaxie

from airport station to jiahewanggang station

from jiahewanggang station to haizhu square station

from airport station to haizhu square station, kitorang tak menghadapi masalah..kacang je
masalah start bila kitorang dah sampai haizhu square station
keluar je dari station tu, masing-masing dah terpinga-pinga dah
tak tau nak pergi mana sebab kebanyakan papan tanda dia dalam bahasa cina *tepukdahi*
dah print map pun tak membantu sangat apa lagi nak tanya orang
memang sah-sah derang tak faham apa yang kitorang tanya
sudahnya, dengan beg besar masing-masing kitorang gamble je lintas jalan sana lintas jalan sini

first time sesat di bumi guangzhou

penat oii dengan beg besar jalan sana jalan sini cari arah nak ke hotel
tapi berkat kesabaran kitorang and entah macam mana kaki masing-masing bawak kitorang
makanya kitorang selamat sampai ke pintu utama yingshang jinyi hotel
ohoiii! bapak jauh ok hotel tu dari haizhu square station!
tengok dalam map macam dekat je..tapi jauh nak mampus tssk

ni la dia hotel kitorang
hotel 3 bintang
dekat ngan 7 eleven


kawasan sekitar hotel

dah sampai ke yingshang jinyi hotel makanya terus check in la kan
kat sini pun ada masalah sebenarnya
lain yang kitorang book, lain bilik yang dia bagi
sama macam pengalaman kat beijing dulu tssk
tapi lepas dah bertegang urat ngan staff dia
maka dapat la kitorang check in kat bilik and rehat sekejap

asal datang negara china je mesti ada masalah bilik hotel
apa masalah ntah?

to be continued (Guangzhou, China. 2013. Day 1. 7 September 2013. Part 2)


Guangzhou, China. 2013. Preparations. Part 4.

lebih kurang 2 minggu je lagi untuk ke guangzhou, china
kali ni aku nak cite pasal itinerary selama 4 hari kepochi gurlz kat sana
basically itinerary ni cater untuk shopping-shopping jek..takde sangat sight seeing
so untuk orang yang tak suka shopping, maybe itinerary tak membantu sangat lah
aku ada prepare jugak itinerary yang ada sight seeing suma tu
tapi memandangkan kitorang pergi kejap jek
maka tempat-tempat cenggitu terpaksa dikeluarkan dari senarai :P

so this is our itinerary sepanjang 4 hari di guangzhou, china
susah jugak nak come up with this itinerary coz tak banyak sangat info especially subway



ok kot kan itinerary ni?
macam aku cakap tadi, memang tempat shopping je kitorang tuju
budget banyak sangat duit nak gi shopping kan? hahaha
mintak² la tak sesat masa kat sana nanti hehe

Guangzhou, China. 2013. Preparations. Part 3.

lebih kurang sebulan je lagi kepochi gurlz nak pergi ke guangzhou, china
tapi masing-masing sebok lepas tu terlupa yang nak pergi ke guangzhou ni perlukan visa
nasib baik la aku sebagai yang paling senior ni teringat pasal visa ni
kalau tak burn la flight ticket and accommodation semua tu..phewww

so 15 ogos 2013 hari tu, aku mengofferkan diri untuk buat visa untuk kepochi gurlz
since aku dah banyak baca travel blog orang and tau sedikit sebanyak macam mana nak buat visa
so pepagi tu, selepas subuh kitorang dah gerak ke chinese visa application service centre
yang terletak di bangunan bank of china, jalan ampang

ni kes sampai awal sangat sampai boleh amek gambar building ni :P

owh before pergi buat visa ni, kena make sure all the documents yang diminta tu cukup
kalau tak, sia-sia la pergi ke sana
dalam kes aku, aku kena make sure kepochi gurlz isi borang siap², bagi gambar passport
dan passport derang sekali kat aku
aku plak kena sediakan itinerary penerbangan pergi dan balik
and salinan booking bagi accomodation kat guangzhou nanti
boleh refer sini untuk cara-cara nak apply visa :)

so kitorang ada kat chinese visa application service centre tu before 9 am lagi
sebab tak nak tunggu beratur lama-lama
since aku tak mintak cuti pun..just mintak permission keluar buat visa je
malas sebenarnya nak amek cuti coz buat visa sure kejap je kan?
lepas sampai je kat bangunan bank of china tu, kitorang naik tangga kat luar bangunan tu untuk ke tingkat 2

sila ke tingkat 2 untuk buat permohonan visa ke china


kitorang antara yang paling awal beratur untuk dapatkan angka giliran

lepas nombor dah dipanggil, kitorang serahkan dokumen-dokumen tu kepada pegawai visa untuk semakan
memandangkan visa yang kitorang buat ni untuk single entry, maka kena bayar RM58 setiap sorang
tapi bayaran tu nanti buat masa nak ambil visa yang dah siap dan diluluskan
biasanya tempoh untuk proses kelulusan visa adalah 4 hari

the counter

the documents
make sure semuanya cukup
dan telah diisi dengan betul dan lengkap

lepas pegawai visa dah semak dokumen-dokumen tu
dia akan bagi pickup form
untuk kita ambil visa yang dah siap lulus tu nanti

the pick up form

memandangkan next week tu cuti sekolah
maka kingz telah bermurah hati untuk mengambil visa-visa kitorang tu
heee thank you b! love you lah. eh.