hari ke-4 di seoul, kitorang bangun extra awal
coz pagi² buta kitorang dah keluar naik subway
pukul 6.30 pagi kitorang dah keluar
cuba bayangkan macam mana kitorang kena siapkan the sepets
macam lipas kudung la coz nak catch the earliest train hehe
hari ke-4 di zaza backpackers hostel
dah cerah dah walaupun pukul 6.30 pagi
zaza backpackers hostel
ok. ini adalah kali pertama aku dengan kingz pergi ke nami island
so first time la jugak kitorang guna train and intercity train express (itx) untuk ke sana
kalau ikut apa yang aku dah research sebelum ni
kalau nak amek itx kena amek kat cheongnyangni station
so from myeong-dong station, naik train pergi dongdaemun station
lepas tu transfer kat dongdaemun station, and naik train pergi cheongnyangni station
dah sampai cheongnyangni station, beli tiket itx untuk pergi ke gapyeong station
at cheongnyangni station
tengah blur macam mana nak beli itx ticket
meraba jugak la nak beli tiket ke nami island ni..seb baik ada ahjussi tolong. ngehngeh.
tengah tunggu itx sampai
the sepets ke the belalais ni? hahaha
orang lain sebok nak gi keje, kitorang sebok nak gi nami island
macam sardin dalam tin
annyeonghaseyo. nae ileum-eun Aqil ibnida. ^^
bila itx dah sampai, boleh plak kitorang salah masuk gerabak
coz kat ticket tu ada nombor seat
so meraba la ni mencari seat memasing
dengan strollernya, dengan kena naik turun tangganya
sekali rupa²nya, seat kitorang belakang driver je
jauh tu berjalan dari gerabak belakang ke gerabak depan
naseb baik la gapyeong station tu jauh
kalau tak, buat penat je carik seat kahkah
memang pengalaman sungguh!
muka maintan walaupun penat carik seat
dini and aqil's first experience naik itx
pemandangan sepanjang perjalanan ke gapyeong station
yang bezznya naik itx ni, dia tak stop kat banyak station
plus seat dah memang ada untuk kita
kalau naik normal train, kena tempuh banyak station
dan kena berebut tempat duduk
kalau setakat jalan-jalan berdua, ok je kalau naik normal train
kalau ramai-ramai dengan anak-anak ni? fikir sendiri je la
tapi kalau bagi pilihan kat aku, kalau pegi berdua pun, naik itx je senang
takde la mahal sangat tambang dia..affordable hehe
cepat pun cepat..plus tak penat
so, lepas lebih kurang 45 minit perjalanan naik itx
kitorang pun sampai ke gapyeong station
cuaca masa tu mendung macam nak hujan
tapi nasib baik tak hujan
sedang elok la untuk kitorang jalan-jalan kat nami island
bergambar di hadapan gapyeong station
dari gapyeong station, kitorang naik teksi kat depan station tu untuk ke gapyeong wharf
first time naik teksi kat korea..cam seronok plak haha
masa dalam teksi tu, aku memang tak cam ahjussi tu bawak ikut jalan mana
leka tengok pemandangan kat luar..hehe sejuk oh mata memandang
tau-tau je kitorang dah selamat sampai ke gapyeong wharf
sekejap je kot dalam 10 minit dah sampai
tapi ahjussi tu drop kitorang agak jauh gak ah
sebab dia nak pusing balik..maybe nak amek customer lain kot
so dari tempat ahjussi drop tu, kitorang menapak la sket ke entrance untuk ke nami island
di gapyeong wharf, ada dua cara nak pergi nami island
satu, naik ferry..satu lagi naik zip wire
sape yang suka aktiviti lasak, boleh la try naik zip wire ni
tapi mahal la..dalam 38,000 won kalau tak silap..balik naik ferry
tapi bagi aku, baik naik ferry..pergi balek 8,000 won je..banyak beza tu
salah satu cara untuk ke nami island. naik zip wire. ^^
berani? memang tak berani. haha.
welcome to naminara republic! ^^
sampai kat entrance tu, kitorang beli entry visa dulu
8,000 won untuk adults and 4,000 won untuk kids aged 3-13 years old
seb baik hana umur 1 tahun hehe tak payah beli ^^
visa ni bukan la visa macam kita nak pergi China semua tu
lebih kurang macam entrance fees je
but since pulau ni telah dijadikan sebagai imaginary country
makanya, kengkonon visa adalah diperlukan untuk enter island tu
the entry visas
dah beli entry visas, apa lagi? moh naik ferry la!
first time jugak naik ferry kat korea nih! excited! haha over!
jom naik ferry! otw to nami island! excited!
naik zip-wire tak berani..maka kita naik ferry saje lah ya ke nami island anak²!
bendera malaysia
bendera malaysia ok kat atas tu. vangga vangga. ^^
yeay! sampai sudah di nami island
penunggu setia nami island ;)
perjalanan dari gapyeong wharf ke nami island mengambil masa lebih kurang 5 minit je
dekat je..berenang pun boleh sebenarnya..tapi sah-sah la baju basahkan haha
dah sampai nami island tu, maka aktiviti berjalan-jalan dan mengambil gambar pun bermula
so, jom tengok gambar-gambar je la k hehe
walaupun nami island tu takde la besar mana
kitorang tak jalan sampai habis pun
tak larat plus tengahari kitorang dah kena gerak gi lotte world plak
so kitorang jalan setakat yang mampu je hehe
bergambar bersama penunggu setia nami island
tak tau la dia tulis apa. janji amek gambar.
eh sama plak posing kitorang bertiga nih
sorang tengah korek hidung, sorang tengah amek gambar sendiri hewhew
tomb of general nami
pulau ini telah dinamakan sempena nama general nami
yang mengetuai kemenangan ke atas pemberontak
semasa pemerintahan king sejo
poem by general nami
tomb of general nami
central korean pine tree lane
tempat ni dah la cantik, bersih plak tu. takde sampah sarap pun
map sekitar kawasan nami island
sesapa nak lepak-lepak baca buku, boleh la pinjam buku kat sini
tapi rasanya novel melayu takde hehe
at winter sonata drama scene no 1
dini and aqil at first kiss bridge
haih bila la nak hidup unggun api ni? penat dini tunggu ^^
sorry la kakak ngan abang, kami tumpang amek gambar kejap hehe
assalamualaikum, jemput la masuk rumah. tapi kosong je. perabot belum beli lagi. hehe
at winter sonata drama scene no. 2
nampak sangat rakyat-rakyat tiga negara ni yang paling ramai datang ke nami island
pengaruh k-drama hehe
tengah jalan-jalan tu, the sepets nampak plak la playground kat nami island tu
apa lagi, memang tak boleh kata tak boleh la kan
kasik chance la derang main kejap
boleh la kitorang lepak urut kaki
simple je playground dia. tu pun jadi.
si kenit ni pun seronok sama
muka puas hati dapat main slide
motif amek gambar cenggini?
dah puas main-main..perut the sepets mula la bergelora lapar
sebenarnya perut mak bapak yang terlebih bergelora nih hehe
so kitorang teruskan perjalanan untuk mencari drama cafe
sebab dah set dah dalam itinerary untuk makan kat drama cafe
kena carik jugak no matter what hehe
kat nami island ni pun ada ruang solat untuk orang islam
arah untuk ke drama cafe
tak sabar nak pekena nasi goncang. ngan soju. eh.
the drama cafe
naughty aqil
responsible dini and cute hana
sesi menggaul nasi
hasil gaulan aqil. seaweed. nasi. n kicap.
sesi menggoncang nasi
hasil nasi goncang dini. nasi. tuna. telur. kimchi. masam.
hasil nasi goncang kitorang. nasi. telur. cheese. kimchi. sedap.
the drama cafe
akhirnya! dapat la merasa nasi goncang kat nami island
habis licin kitorang makan
kalau nak beli nasi goncang tu, beli yang ada nasi, kimchi ngan telur..sedap!
yang tuna tu tak berapa sedap sangat coz masam..kembang tekak ni..hehe
lepas dah makan, kitorang sambung jalan-jalan and mengambil gambar kat nami island
tempat-tempat penggambaran winter sonata
the bronze statue of bae yong joon and choi ji woo
gambar keluarga. bae yong joon dan choi ji woo tak termasuk dalam keluarga ni. :P
besar hokeh statue nih!
aqil pegang apa tu?
ni cite hindustan ke cite korea nih?
tengok hana. apa abah dia buat, dia buat. comel! ^^
persediaan untuk melompat..satu..dua..
lompat! eh..apsal aqil tak lompat?
some of the decorations yang ada kat nami island. creative.
tak tau la kenapa banyak sangat patung-patung 18sx kat nami island nih
first time aqil tengok duck..selalu tengok donald duck je..hehe
the duck
the squirrel
lepas dah puas jalan-jalan kat nami island
walaupun tak sepenuhnya tempat di nami island kitorang explore
dalam dah nak dekat tengahari tu kitorang gerak ke lotte world pulak
secara ringkasnya, nami island ni tempat dia cantik and tenang
kebetulan kitorang pergi masa musim panas, so semuanya hijau je
nanti next time nak try pergi masa musim luruh..mesti cantik jugak hehe
rehat jap sebelum meneruskan perjalanan ke lotte world
jom naik ferry lagi!
bye nami island! see you next time!
bersambung di Summer In Seoul. Day 4. 17 June 2013. Part 2.
































No comments:
Post a Comment