Pages

we must take adventures in order to know where we truly belong

Guangzhou, China. 2013. Day 4. 10 September 2013.

sambung dari Guangzhou, China. 2013. Day 3. 9 September 2013. Part 2.

good morning guangzhou!

hari ni adalah hari terakhir kitorang di guangzhou, china
bangun pagi rasa excited nak balek coz tak sabar nak jumpa the sepets *rindugila*
memandangkan flight kitorang pukul 8.50 malam
and nak kena ada kat baiyun international airport pun latest by 4pm
makanya ada masa lagi nak buat last minute shopping nih hehe
tapi kitorang takde la pergi jauh-jauh..shopping kat area-area hotel je
paling jauh pun one link plaza hehe
settle shopping and repacking, lepas solat zohor, kitorang pun check out dari hotel

naseb baik dd beli electronic scale ni
boleh timbang berat badan. eh.

hasil borongan mereka

ni beg aku dan kingz
tak banyak barang sangat coz aku bukan kaki shopping hehe

dah lepas check out hotel tu, kitorang mintak tolong receptionist hotel untuk call teksi
(coz kitorang tak sanggup nak bawak beg berat-berat ni turun naik subway hoho)
kat sini pun ada masalah komunikasi gak, jenuh bertelagah nak mintak teksi
tapi receptionist hotel tu degil gak nak bagi van sebab dia kata barang kitorang banyak
memang la banyak..tapi mahal oiiii kalau naik van tu..tak mampu
last-last, ketua borongan iaitu dd telah menyelamatkan kitorang dengan ketegasan dia
dia kata dia nak jugak teksi! tak kira! maka nak tak nak, receptionist tu pun mengalah
and kitorang berjaya book 3 teksi untuk ke baiyun international airport

hotel yang telah menempatkan kitorang selama 4 hari 3 malam
rating: boleh la kalau setakat nak balik tidur je hehe

sementara tunggu teksi sampai, posing dulu depan hotel hehe
pic credit to deanaxie

selca depan hotel hehe

lepas tunggu lebih kurang setengah jam, maka teksi kitorang pun sampai
maka bermula la aktiviti memunggah beg masuk ke dalam teksi
tapi kenapa 3 teksi? sebab, bonnet teksi tak muat lewww. tong gas dia gedabak gile!
macam aku ngan kingz, boleh muat satu backpack je kat bonnet..lagi satu kat seat sebelah driver
lepas dah settle letak beg semua, maka kitorang pun memulakan perjalanan untuk ke airport


macam dalam penjara plak rasanya

happy kingz

me and kingz inside the taxi
pic credit to deanaxie




lebih kurang sejam travel naik teksi, kitorang pun selamat sampai ke baiyun international airport
sampai-sampai je, kitorang terus carik kaunter airasia sebab ingat nak check in beg dulu


tapi kitorang sampai awal gile and kaunter airasia pun tak bukak lagi


pukul 2.38 petang dah sampai baiyun international airport
flight plak pukul 8.50 malam..jenuh wei nak tunggu!

memandangkan awal sangat sampai and kitorang pun tak makan tengahari lagi
maka kitorang pun melilau mencari restaurant halal kat airport tu
jenuh weh cari..banyak restaurant yang tak halal..sedih betul (ke kitorang tak jumpa?)
tapi alhamdulillah, kitorang terjumpa jugak restaurant halal kat situ
dapat la makan tengahari merangkap makan malam sekali *sobsob*

exotic meat tidak dibenarkan dibawa masuk


muka-muka kelaparan
tak sempat nak amek gambar makanan
sebab makanan sampai je aku terus makan hehehe lapar beb!

selesai makan tengahari, kitorang gerak balek ke kaunter airasia
tapi still tak bukak lagi..maka kitorang beraturkan trolley bag kitorang
so that bila kaunter airasia dah bukak nanti, kitorang plak yang beratur hehe

trolley bag yang telah diberaturkan


sementara tunggu kaunter airasia bukak
dah macam pelarian dah :P


lepas dah check in beg, kitorang terus pergi ke departure hall
malas dah nak berlegar-legar kat airport tu
so kat sini kitorang tunggu lagi sampai pukul 8.50 malam
tapi flight delay la plak..rasanya dalam pukul 9 lebih kot baru kitorang boleh naik kapal terbang


 at departure hall

sama kan seluar kitorang? boria pulau pinang :P


so dalam pukul 9 lebih tu, kitorang pun naik flight and terbang pulang ke malaysia masih aman. eh
perjalanan mengambil masa lebih kurang 4 jam dan sepanjang perjalanan tu aku tidur je..penat weh!
alhamdulillah kitorang selamat sampai dalam pukul 1.30 pagi (11 september 2013)
gedebuk gedebak gedebuk gedebak amek bag semua, pukul 2.30 pagi baru kuar lcct
so lepas dah peluk cium dengan kepochi gurlz say goodbye bye bye
kitorang pulang ke destinasi masing-masing
tapi sebelum kuar lcct tu, aku singgah jap duty free shop beli chocolates and rokok untuk baba
sekali bila dah sampai rumah, bila check, rupa-rupanya rokok tu tertinggal kat kaunter masa bayar tadi
stress gila kot! naseb baik la teringat nak call and naseb baik jugak rokok tu still ada lagi
makanya, aku ngan kingz patah balek dari putra heights ke lcct untuk amek rokok
memang nak menyumpah pun ada..ye la..budak kat kaunter tu takkan la takleh jerit or kejar aku kan?
buang duit minyak ngan duit tol je..tapi bila mengenangkan rokok tu mahal la jugak..kitorang gagahkan jugak

siangnya tu, lepas dah bangun tidur, aku ngan kingz gerak ke damansara utama untuk ambil the sepets
rindu oiii kat budak-budak nakal tu! especially si kecik hana tu le
dan siang tu jugak bawak the sepets balek putra heights coz derang tak sabar nak tengok toys derang
 
hasil pembelian semasa di guangzhou

kasuts and selipars untuk the sepets

toys untuk the sepets

rindu gila kat budak comel nih!

so itu saja cerita kepochi trip to guangzhou
next kepochi trip aku tak tau gi mana
sebab orang lain yang akan organize hehe
till then, see you in my next entry! (probably to uss, singapore. eh)
daa!

xoxo!
QueenZ

Guangzhou, China. 2013. Day 3. 9 September 2013. Part 2.

sambung dari Guangzhou, China. 2013. Day 3. 9 September 2013. Part 1.

malam tu, lepas solat maghrib, kitorang berjalan kaki ke arah pearl river
coz nak naik cruise untuk menyusuri dan menikmati pemandangan pearl river di waktu malam
kalau dari hotel kitorang, kitorang jalan straight sampai nampak pearl river
pastu belok kanan and jalan straight lagi sampai nampak tianzi wharf
kat tianzi wharf tu ada kaunter beli ticket pearl river cruise
senang je nak cari cuma agak penat la nak berjalan hehe


sampai kat kaunter ticket, ramai gak yang nak naik pearl river cruise ni
seb baik la sempat beli ticket trip yang terawal, kalau tak kena tunggu untuk next trip
kitorang beli ticket untuk lower deck je coz murah..hehe RMB68 per person
kalau upper deck RMB128 per person..takde beza sangat pun lower ngn upper deck ni
coz lama-lama nanti derang akan bagi naik upper deck untuk ambil gambar pemandangan

the ticket counter

pearl river

ayu, dd, d and me
pic credit to deanaxie

the tickets

the lower deck
sempat lagi selca kihkih :P

sepanjang perjalanan menaiki cruise tu, kitorang just ambil peluang untuk merehatkan diri
dan menikmati pemandangan pearl river yang penuh dengan lampu yang berwarna warni
berapa la gamaknya bil elektrik diorang eh? hehehe
 


   




 

bila nak dekat dengan canton tower tu, kitorang dibenarkan untuk naik ke upper deck
yang bezznya, masa diorang announce boleh naik tu, kitorang dok relax je kat lower deck
tertanya-tanya gak kenapa la semua orang berpusu-pusu naik atas 
sebab announcement tu dalam bahasa cina..harus lah tak faham kan? kakaka *dushdush*
naseb baik la ada aunty ni from indonesia datang kat meja kitorang
dia tanya kenapa tak naik atas? sebab derang dah announce boleh naik atas
so kitorang apa lagi, bergegas la naik atas hewhewhew
thank you aunty! kalau tak, sampai ke sudah dok lower deck je
so moral of the story is, kalau semua orang naik atas tu, ikut la sekali kahkahkah
dan maksudnya di sini, kitorang mengambil langkah bijak la untuk tak beli ticket upper deck
coz sooner or later boleh rasa gak dok kat upper deck walaupun sekejap hehe

the upper deck
 
canton tower atau guangzhou tower ni terletak di daerah haizhu
dan merupakan menara yang tertinggi di china dan ketiga tinggi di dunia
canton tower ni telah dirasmikan pada 1 oktober 2010
dan mempunyai rekabentuk menara yang unik
canton tower ni macam kl tower and namsan tower
ada observation deck, f&b etc
cumanya kitorang tak berkesempatan untuk pergi and explore
just dapat tengok dari jauh je..jadi la kan *sobsob*

canton tower ni actually tukar-tukar warna lampu
     
tapi aku tetap suka yang warna-warni ni
 
 
rasa kagum tengok architecture design canton tower nih

bila cruise dah sampai kat canton tower tu, dia akan patah balek untuk ke tianzi wharf 
so kitorang boleh tengok the other side of pearl river plak
sampai kat tianzi wharf kitorang pun berjalan balek ke hotel untuk kemas barang-barang kitorang
coz the next day tu dah nak balek malaysia dah *taksabarnakjumpathesepets*
tapi lepas bersihkan diri and before aktiviti mengemas barang masing-masing
kitorang lepak bilik dd and acap untuk menghabiskan stok makanan yang kitorang bawak
ye la, dah beli banyak barang kan, haruslah semua stok makanan dihabiskan bagi mengosongkan beg hehe
sambil makan tu, dd as ketua borongan mengagih-agihkan kain yang kitorang beli previously 
kepada tuan empunya masing-masing..tapi paling banyak dia punya lah :P

kain-kain yang dalam pelukan dd

besar gila buah mangga ni
azie ni nak bagi makan ke tak ni? :P

sample kain lace yang dicilok ari tu

jenuh nak fahamkan apa yang cuba disampaikan
kena masuk english class nih

settle makan and agihkan kain, kitorang pun pulang ke bilik masing-masing
untuk mengemas barang-barang kitorang (naseb baik la barang aku tak banyak hehe)

to be continued (Guangzhou, China. 2013. Day 4. 10 September 2013)