Pages

we must take adventures in order to know where we truly belong

Seoul, South Korea. 2013. Trip 2.0. Preparations Part 6. Day 4, 5 & 6.

itinerary day 4

untuk hari keempat di seoul
kitorang plan nak pergi nami island and lotte world je
dua-dua tempat ni tak pernah pergi
so kind of excited jugak lah nak tempuh cabaran ke sana

1. nami island

actually ada banyak mode of transportation nak pergi nami island
boleh naik shuttle bas, boleh naik train biasa
but kitorang decided untuk pergi sana naik ITX coz tak pernah naik kan
saja je cuba naik..untuk dapatkan experience hehe
so to go to nami island from myeong-dong station
naik train and then transfer at dongdaemun station
untuk ke cheongnyangni station
pastu dekat cheongnyangni station, naik ITX untuk ke gapyeong station
and then from gapyeong station, naik teksi untuk ke gapyeong wharf
dah sampai gapyeong wharf tu, beli tickets kat immigration office
and then naik ferry untuk ke nami island

2. lotte world

lepas dah puas jalan-jalan kat nami island
around noon tu kitorang plan nak gerak ke lotte world plak
so from nami island, naik balek ferry untuk ke gapyeong wharf
dekat gapyeong wharf tu, naik teksi untuk ke gapyeong station
tapi kali ni tak naik ITX, naik train biasa je
kena bersiap sedia nak transfer kat dua buah station
so from gapyeong station, naik train
and transfer at sangbong station
lepas tu naik train lagi and transfer at konkuk university station
untuk ke jamsil station
dah sampai jamsil station, keluar ikut exit 4
lotte world tu directly connected to the station

itinerary day 5

untuk hari kelima di seoul plak
kitorang plan nak pergi the war memorial of korea, namdaemun market
and jalan-jalan kat myeong-dong saje
kira hari kelima tu lebih kurang free and easy gak ah
sebab the next day nak balek dah kan
so kita relax and chillax saja

1. the war memorial of korea

the war memorial of korea ni dibuka setiap hari
from 9.00 a.m. to 6.00 p.m. (kecuali hari isnin)
so untuk ke tempat ni from myeong-dong station
naik train untuk ke samgakji station
lepas tu keluar ikut exit 12
and jalan lebih kurang 5 minit dari station tu

2. namdaemun market

last trip to seoul, kitorang tak pergi namdaemun market
sebab duit masa tu dah takde untuk shopping
so kitorang batalkan hasrat murni kitorang masa tu
and since nak pegi seoul lagi sekali
namdaemun market is a must untuk kitorang pergi hehe
so to go to namdaemun market from samgakji station
naik train untuk ke hoehyeon station
and lepas tu keluar ikut exit 5

3. myeong-dong

actually namdaemun market and myeong-dong takde la jauh
boleh je kalau nak jalan kaki
tapi most probably kitorang naik train jugak kot
sebab bawak the sepets
entah la..tengok la macam mana nanti
so nak pergi myeong-dong from hoehyeon station
naik train untuk ke myeong-dong station
and lepas tu keluar ikut exit 3

itinerary day 6

hari keenam kitorang plan taknak gi mana-mana
just bersiap sedia untuk pulang ke malaysia hehe

so itu saja itinerary sepanjang 6 hari 5 malam kat seoul
maybe akan dipinda ikut suka semasa berada di sana hehe
lepas ni nak cite pasal apa eh?
maybe nak cite pasal apa yang kitorang plan nak makan kat sana la kot
till then..daaa!

xoxo!
QueenZ

Seoul, South Korea. 2013. Trip 2.0. Preparations Part 6. Day 3.

untuk hari ketiga nanti
kitorang akan pergi markets
yang kitorang dah pergi hari tu
iaitu seoul folk flea market, dongmyo flea market
and dongdaemun market
yang ni plak bagi memenuhi permintaan enche kingz
sebab dia nak cari barang-barang untuk dibawa ke malaysia
hmmm ikut je la kan hehe
aku dah pasang niat untuk tidak membeli apa-apa kat sini
dah takde duit hoho baru lepas bayar income tax #miskin sudah

1. seoul folk flea market

since kitorang dah pernah pergi sini
so rasanya dah tak susah nak cari hehe
seoul folk flea market ni buka setiap hari
dari jam 10.00 am - 7.00 pm
kecuali hari selasa ke-2 dan ke-4
jap tengok calendar jap (baru nak tengok kalendar kennn)
hoho naseb baik time kitorang datang tempat ni tak tutup
alhamdulillah..rezeki enche kingz
kalau nak pergi seoul folk flea market dari myeong-dong station
naik train, transfer at dongdaemun station
untuk ke sinseol-dong station
lepas tu keluar ikut exit 6, 8 atau 9
tempat tu 5 minit je dari exit sinseol-dong station

2. dongmyo flea market

dongmyo flea market ni senang gila nak cari
memang dekat dengan exit dongmyo station
kalau nak pergi sini dari sinseol-dong station
naik train untuk ke dongmyo station
lepas tu keluar ikut exit 3 and jalan ke arah dongmyo shrine
shrine tu memang betul kat depan
dongmyo flea market terletak di sekiling shrine tu

3. dongdaemun market

dongdaemun market dibuka from 10.30 pm - 4.30 am
dan ditutup setiap isnin atau selasa
kalau nak ke dongdaemun market dari dongmyo station
naik train untuk ke dongdaemun station
lepas tu keluar ikut exit 6
dongdaemun market kat area-area situ je

i. dongdaemun shopping complex

dongdaemun shoppin complex dibuka setiap hari
dari jam 8.00 am - 6.00 pm (kecuali hari ahad)
boleh dapat tax refund kat sini tapi kena minta resit
kalau nak ke sana dari dongdaemun station
keluar ikut exit 8 atau 9, pergi level 2 - 5
biasanya diorang jual kain ela
kalau untuk baju kurung/baju melayu biasanya 4 ela
dan harganya di antara 5,000 - 6,000 won se ela

ii. doota

operating hours dia cam pelik sket
isnin (7.00 pm - 5 am [hari berikutnya])
selasa - sabtu (10.30 am - 5.00 am [hari berikutnya])
ahad (10.30 am - 11.00 pm)
pastu doota tutup hari ahad (11.00 pm) hingga isnin (7.00 pm)
kat sini ada duty free
kalau nak ke sini dari dongdaemun station, keluar ikut exit 8
pastu lintas jalan and jalan lebih kurang 130 meter

iii. dongdaemun toys and stationery street

pegi sini sebab the sepets nak beli stationeries ngan toys
habislah duit mama! eh tapi dini guna duit dini sendiri kan? hewhew
kalau nak ke sini dari dongdaemun station
keluar ikut exit 4 dan jalan lebih kurang 120 meter

kalau nak makan kat area dongdaemun, boleh makan kat sini:

i. pizza plus

kat sini ada jual turkish kebab, burger, french fries and pizza
nak gi sini kalau dari dongdaemun station
keluar ikut exit 5, pastu jalan 15 meter
dan kedai tu kedai ke-3 selepas shinhan bank

ii. dongdaemun grilled fish street

kalau nak ke sini dari dongdaemun station
keluar ikut exit 8, pastu akan nampak hotel jw marriot seoul
from first bridge, jalan menyusuri cheongyecheon stream
tak payah lintas jalan dan jalan terus sampai second bridge
belok kanan pastu nanti nampak signboard kecil warna kuning
pastu ada ada jalan kecil ke kiri dan ada orang jual ikan bakar
kedai tu sebelah honam jib

ok done preparations untuk jalan-jalan hari ketiga
next nak buat untuk fourth day plak
tapi stop dulu ya
nak buat keje jap

xoxo!
QueenZ

Seoul, South Korea. 2013. Trip 2.0. Preparations Part 6. Day 1 & 2.

first day sampai seoul nanti
most probably tak pegi mana-mana
coz sampai zaza backpackers pun lebih kurang pukul 6.00 p.m.
kalau pegi pun maybe around myeong-dong
sebab nak cari tempat untuk dinner

trip 2.0 will starts on our second day in seoul
untuk hari kedua tu, kitorang plan nak pegi
gyeongbokgung palace, namsangol hanok village
hello kitty cafe and namsan seoul tower/namsan park

1. gyeongbokgung palace

gyeongbokgung palace ni adalah tempat bersejarah
dibuka setiap hari from 9.00 a.m. to 6.30 p.m. (kecuali hari selasa)
kitorang pilih gyeongbokgung palace
coz kat situ ada national palace museum and national folk museum
kalau nak pergi sana from myeong-dong station, naik train
and transfer kat chungmuro station untuk ke gyeongbokgung station
dah sampai gyeongbokgung station, keluar ikut exit 5

2. namsangol hanok village

destinasi kedua untuk hari kedua ialah namsangol hanok village
kalau tak, kitorang plan nak pegi bukchon hanok village
sebab dekat je dengan gyeongbokgung palace
tapi disebabkan faktor kesuntukan masa
kitorang decided nak pegi namsangol hanok village
coz at least kat situ ada banyak sket aktiviti (boleh refer SINI)
namsangol hanok village ni ialah perkampungan tradisional orang korea
dibuka setiap hari from 9.00 a.m. to 9.00 p.m.(kecuali hari selasa)
and masuk adalah percuma
kalau nak pergi sana from gyeongbokgung station, naik train
untuk ke chungmuro station (yang kita mula-mula
turun transfer dari myeong-dong station tu)
dah sampai chungmuro station, keluar ikut exit 4
lepas tu jalan je ikut hanongmaeul-gil street tu lebih kurang 5 minit

3. hello kitty cafe

hello kitty cafe ni kitorang dah pernah pegi dah
tapi nak pegi lagi coz dini request nak pegi sini
so untuk tidak menghampakan permintaan si anak
ke hongdae lagi la kitorang kali ni hehe
untuk ke hello kitty cafe ni
naik train from chungmuro station
transfer at dongdaemun history & culture park station
pastu naik train ke hongik university station
from hongik university station tu, keluar ikut exit 9
lepas tu jalan lebih kurang 381 meter
cafe tu letaknya atas bukit dekat dengan kedai dan butik

nanti kalau ada masa, nak cari lah coffee prince cafe
sebab hari tu tak sempat nak pergi sebab letih sangat
so kalau nak ke coffee prince cafe tu
from exit 8 hongik university station tu
belok kanan dekat seven springs corner
jalan lebih kurang dua blok bangunan
bila dah sampai end of the road, belok kiri
lepas tu belok kanan dan akan nampak
family mart belah kiri
lepas tu jalan straight menaiki bukit
kat hujung jalan tu akan nampak coffee shop belah kanan
jarak dari subway lebih kurang 523 meter
kena peka coz kedai tu dikelilingi pokok-pokok huhu

kat hongik ni pun ada a few tempat makan yang boleh try

i. jinsabu shabu (shabu-shabu)

dari hongik university station tu, keluar ikut exit 4

ii. kamome diner (rice balls - onigiri)

jalan ke arah sinchon dari gate utama hongik university
restaurant di sebelah kanan

iii. bab restaurant - hongdae (vegetarian restaurant)

dari exit 9 hongik university station tu, jalan lebih kurang 603 meter
kat situ ada bibimbap (mixed rice), sundubu jjigae (soft tofu stew)
and dwenjang/doenjang jjigae (soybean pasta sew)

4. namsan seoul tower / namsan park

kenapa kitorang pilih namsan seoul tower / namsan park ni last?
sebab satu, dah alang-alang nak balek myeong-dong, singgah jap
sebab dua, nak tengok pemandangan waktu malam
sebab hari tu dah pergi waktu siang
again, kitorang pergi namsan seoul tower lagi sekali coz
ni permintaan dini jugak..dia nak letak padlock kat situ #haih
most probably kitorang takkan naik observatory
teddy bear museum tengok ada masa atau tak hehe #bajet
so nak pergi namsan seoul tower / namsan park ni
dari hongik university station, naik train
transfer at dongdaemun history & culture park station 
untuk ke myeong-dong station
lepas tu keluar ikut exit 4, then jalan straight
sampai nampak simpang yang di depannya ada bangunan shinsegae
lepas tu belok kanan and jalan terus sampai nampak elevator
untuk ke namsan cable car
cable car buka from 10.00 am to 11.00 pm

lepas dah pergi namsan seoul tower
maybe akan dinner dulu kat area myeong-dong
kalau tak, balek hostel and tido! hoho
so tu je itinerary untuk hari kedua
untuk hari ketiga, tunggu dulu eh
nak rehat jap
hehe

xoxo!
QueenZ

Seoul, South Korea. 2013. Trip 2.0. Preparations Part 5. The Arrival.

just for info coz aku dah penah blog pasal ni kat SINI
tapi masa kitorang gi hari tu
kitorang follow je passengers airasia yang turun :P

ok ni airport guide and procedures kat incheon international airport

arrival
arrival -> quarantine regulations -> go to B1 and take shuttle train to passenger terminal -> arrival immigration -> baggage claim -> customs immigration -> meeter/greeter hall


departure
check-in procedure & baggage checking -> quarantine regulations -> customs declaration -> security inspection -> departure immigration -> boarding


memandangkan zaza backpackers tu
dekat dengan myeong-dong station
kitorang gi sana nanti naik train je
yup. bawak the sepets naik train
mencabar? memang mencabar haha
maybe mula-mula tu susah la kan
lama-lama sok, senang aa
tak cuba tak tahu ye tak?
kena train the sepets jadi backpackers ;p


so from incheon international airport
kitorang akan lalu banyak station untuk sampai ke seoul station
and then kat sana tukar ke line 4 untuk ke myeong-dong station
journey lebih kurang dalam 80 minit
bawak the sepets ni tak boleh nak rushing
nak-nak kalau bawak aqil hoho 
cabaran gila daripada bawak hana
kitorang estimate sampai kat zaza backpackers around 6.00 p.m.
kira ok la kot coz lepas tu the sepets boleh rehat and tido
before jalan-jalan kat seoul the next day hehe
next entry aku akan cite tempat-tempat yang kitorang nak gi
stop jap coz aku kena call pegawai lhdn ni haha

xoxo!
QueenZ

Seoul, South Korea. 2013. Trip 2.0. Preparations Part 4.

ok back to preparations
hmm visa tak payah coz gi seoul tak melebihi 90 hari
(kali ni 6 hari. up sket hehe)

kena ingat before entering korea 
kena ingat supaya tak bawak barang-barangan larangan
then kena ingat tak bawak liquids or gels

kena submit written baggage declaration kat kastam korea
and since duit yang nak bawak nanti not more than US $10,000
so no need to declare ;)

sampai kat korea kena gi buat fingerprint and facial recognition
untuk tujuan keselamatan katanya
aku ulang steps dia ok?
first kena submit arrival card and passport


then kena provide cap jari (jari telunjuk)


then kena amek gambar muka 


lepas tu after dapat final confirmation
kira dah settle la
jangan lupa cakap gamsahamnida..arasso? hehe


dalam flight nanti jangan lupa isi dokumen-dokumen
yang flight attendants bagi iaitu arrival card 
dam customs declaration form
since kitorang pergi satu family
isi satu borang jer dah cukup
untuk customs declaration form tu

edited on 25 april 2013
important note: kene isi arrival card untuk the sepets sekali
and make sure tulis alamat hotel or guesthouse tempat tinggal
thanx Let's Begin.... for the info ;)

arrival card

customs declaration form

jangan lupa masa custom inspection nanti
standby passports, flight tickets and custom declaration forms
regarding kena isi quarantine questionnaire tu 
aku tak ingat plak but if diorang soh isi, isi je la
bukan apa, untuk detect kita ada jangkitan cholera ke 
demam kuning ke dan sebagainya

hmm next nak cite pasal apa ya? haha ntah
ok la nak rest. petang kang ada meeting. sigh
till then. daa!

xoxo!
QueenZ

Seoul, South Korea. 2013. Trip 2.0. Preparations Part 3.

hi! jumpa lagi! kali ni nak cite pasal itinerary trip june nanti
most of the places yang kitorang gi nanti
adalah tempat-tempat yang kitorang tak gi hari tu
tapi ada jugak tempat-tempat yang kitorang dah gi
atas permintaan the sepets especially dini dahlea

itinerary
tempat-tempat yang kitorang bakal pergi ialah
gyeongbokgung palace, namsangol hanok village
hello kitty café, namsan seoul tower / namsan park 
seoul folk flea market, dongmyo flea market 
dongdaemun market, nami island, lotte world 
the war memorial of korea, namdaemun market dan myeong-dong 
yang penting, dongdaemun and namdaemun kena ada
kingz plak nak repeat gi seoul folk and dongmyo flea market
ada la tu benda yang dia nak cari tssk :P

budget
as for budget plak, after dah kira-kira
kitorang akan spend dalam RM3,000 untuk trip 5 hari ni
pejam mata je la cik oiii..nak buat lagu mana
tickets dah beli dah pun..nak tak nak kena la pi kalau tak rugi! haha

passport dan cuti umum
untuk passport plak
alhamdulillah semua belum expired lagi
so nak gi travel 10 kali lagi pun boleh #over
kitorang bernaseb baik sebab kali ni
terlepas jugak cuti umum korea
iaitu memorial day yang jatuh pada 6 jun
kalau tak, banyak tempat tak leh gi coz tutup
next time kena tengok website english.visitkorea.or.kr
before beli tickets to seoul haha

duit KRW
duit KRW kitorang dah tukar hari tu
berkepuk-kepuk..dah macam ongkaya plak rasanya haha
aku takyah hafal duit KRW macam mana rupa bentuknya
coz most of the time, kingz yang jaga duit-duit tu
tugas aku just snap gambar and jaga the sepets la kot nanti

tenaga elektrik
memandangkan suis elektrik di seoul 
tak sama dengan malaysia
so travel adapter dilupa jangan
andai terlupa, jangan risau
7-eleven kan ada!
prepare saje fulusnya huhu

internet
internet services tak perlu risau kalau berada di seoul
coz ia ada di mana-mana
and kat zaza backpackers pun ada free wifi
lagipun, kitorang travel dengan the sepets
so skype tu jarang guna unless nak skype ngn our parents la hehe
ikut pengalaman hari tu, sepanjang berjalan-jalan di seoul
jarang guna internet unless kitorang lepak kat cafes
tapi kalau nak surf gak tanpa batasan di mana saja anda berada
boleh rent pocket wifi through online reservation kat SINI

apa nak pakai
since waktu kitorang nak pegi tu
musim panas a.k.a summer
maka ni la contoh pakaian yang kena pakai
tapi idok le aku pakai sleeveless ngan suar pendek tu
maksud aku bersesuaian la dengan aku yang bertudung nih tssk

pic credit to english.visitkorea.or.kr

ok tu je buat masa ni
nanti aku sambung balek 
nak gi makan jap hehe

xoxo!
QueenZ

Seoul, South Korea. 2013. Trip 2.0. Preparations Part 2.


seperti yang tertera
aku dah beli flight tickets to seoul pada 19 mac 2013
iaitu selepas 13 hari balek dari sana
gila tak gila kan? memang gila :P
harga ticket? jangan tanya la
eventhough tambang murah
untuk aku yang cukup-cukup makan ni
takde la murah sebab nak perginya ramai
kalau travel sorang dua murah la kot
yang penting, lagi murah daripada yang lain la
lagipun masa beli tickets ni bukan time promo
and selepas matta fair dah habis tssk
(patut aku beli time matta fair tu lagi murah)
kan dah kata tak menyabo #pfffttt

memandangkan pembelian tickets adalah tidak dirancang
maka misi mencari accomodation agak sukar sket
satu, coz last minute kan
patut kalo nak booking, at least kena 6 bulan awal
dua, coz time summer ramai yang gi melawat seoul
aku ingat time spring and autumn je
rupanya summer pun ramai gak gi?
rasanya setiap musim kot ramai orang gi seoul hehe
maka disebabkan dua sebab di atas tu lah
hasrat hati untuk menginap di namsan guest house
tak menjadi kenyataan..tssk tssk sedey
ni nak soh gi seoul lagi ke apa ni? haha #alasantakbolehblah

memandangkan (eh memandangkan lagi!) kali ni bawak the sepets
maka untuk memilih accomodation yang sesuai
kitorang kena consider tempat yang dekat dengan subway, tempat makan
convenient store dan macam-macam lagi lah
bukan apa, untuk mempermudahkan lagi trip kitorang nanti
it's going to be a challenge bawak 3 orang kanak-kanak gi backpack tau
so preparation termasuk lah accomodation adalah sangat penting hoho
disebabkan the sepets lah kitorang decided nak stay kat area myeong-dong


yup. kitorang akan stay kat zaza backpackers kali ni
untuk family room, satu malam 95,000KRW
sila jangan convert coz kalo tak mesti menangis air mata darah huhu
tapi disebabkan ni antara yang terdekat dan available time tu
kitorang blasah je la stay kat sini
nak tau kenapa kitorang nak stay area myeong-dong
satu, kalau tengok kat map tu, hostel tu dekat dengan semua tempat
dua, sebab kitorang nak stay kat area subway line warna biru muda
hari tu dah stay kat area subway line biru tua
apa dia line biru muda biru tua bagai tu
sila refer map bawah nih hehe


so next preparation is itinerary and budgeting plak
tapi tu next entry lah k
coz aku nak gi meeting ni
till then..daaa!

xoxo!
QueenZ