Pages

we must take adventures in order to know where we truly belong

Guangzhou, China. 2013. Day 3. 9 September 2013. Part 2.

sambung dari Guangzhou, China. 2013. Day 3. 9 September 2013. Part 1.

malam tu, lepas solat maghrib, kitorang berjalan kaki ke arah pearl river
coz nak naik cruise untuk menyusuri dan menikmati pemandangan pearl river di waktu malam
kalau dari hotel kitorang, kitorang jalan straight sampai nampak pearl river
pastu belok kanan and jalan straight lagi sampai nampak tianzi wharf
kat tianzi wharf tu ada kaunter beli ticket pearl river cruise
senang je nak cari cuma agak penat la nak berjalan hehe


sampai kat kaunter ticket, ramai gak yang nak naik pearl river cruise ni
seb baik la sempat beli ticket trip yang terawal, kalau tak kena tunggu untuk next trip
kitorang beli ticket untuk lower deck je coz murah..hehe RMB68 per person
kalau upper deck RMB128 per person..takde beza sangat pun lower ngn upper deck ni
coz lama-lama nanti derang akan bagi naik upper deck untuk ambil gambar pemandangan

the ticket counter

pearl river

ayu, dd, d and me
pic credit to deanaxie

the tickets

the lower deck
sempat lagi selca kihkih :P

sepanjang perjalanan menaiki cruise tu, kitorang just ambil peluang untuk merehatkan diri
dan menikmati pemandangan pearl river yang penuh dengan lampu yang berwarna warni
berapa la gamaknya bil elektrik diorang eh? hehehe
 


   




 

bila nak dekat dengan canton tower tu, kitorang dibenarkan untuk naik ke upper deck
yang bezznya, masa diorang announce boleh naik tu, kitorang dok relax je kat lower deck
tertanya-tanya gak kenapa la semua orang berpusu-pusu naik atas 
sebab announcement tu dalam bahasa cina..harus lah tak faham kan? kakaka *dushdush*
naseb baik la ada aunty ni from indonesia datang kat meja kitorang
dia tanya kenapa tak naik atas? sebab derang dah announce boleh naik atas
so kitorang apa lagi, bergegas la naik atas hewhewhew
thank you aunty! kalau tak, sampai ke sudah dok lower deck je
so moral of the story is, kalau semua orang naik atas tu, ikut la sekali kahkahkah
dan maksudnya di sini, kitorang mengambil langkah bijak la untuk tak beli ticket upper deck
coz sooner or later boleh rasa gak dok kat upper deck walaupun sekejap hehe

the upper deck
 
canton tower atau guangzhou tower ni terletak di daerah haizhu
dan merupakan menara yang tertinggi di china dan ketiga tinggi di dunia
canton tower ni telah dirasmikan pada 1 oktober 2010
dan mempunyai rekabentuk menara yang unik
canton tower ni macam kl tower and namsan tower
ada observation deck, f&b etc
cumanya kitorang tak berkesempatan untuk pergi and explore
just dapat tengok dari jauh je..jadi la kan *sobsob*

canton tower ni actually tukar-tukar warna lampu
     
tapi aku tetap suka yang warna-warni ni
 
 
rasa kagum tengok architecture design canton tower nih

bila cruise dah sampai kat canton tower tu, dia akan patah balek untuk ke tianzi wharf 
so kitorang boleh tengok the other side of pearl river plak
sampai kat tianzi wharf kitorang pun berjalan balek ke hotel untuk kemas barang-barang kitorang
coz the next day tu dah nak balek malaysia dah *taksabarnakjumpathesepets*
tapi lepas bersihkan diri and before aktiviti mengemas barang masing-masing
kitorang lepak bilik dd and acap untuk menghabiskan stok makanan yang kitorang bawak
ye la, dah beli banyak barang kan, haruslah semua stok makanan dihabiskan bagi mengosongkan beg hehe
sambil makan tu, dd as ketua borongan mengagih-agihkan kain yang kitorang beli previously 
kepada tuan empunya masing-masing..tapi paling banyak dia punya lah :P

kain-kain yang dalam pelukan dd

besar gila buah mangga ni
azie ni nak bagi makan ke tak ni? :P

sample kain lace yang dicilok ari tu

jenuh nak fahamkan apa yang cuba disampaikan
kena masuk english class nih

settle makan and agihkan kain, kitorang pun pulang ke bilik masing-masing
untuk mengemas barang-barang kitorang (naseb baik la barang aku tak banyak hehe)

to be continued (Guangzhou, China. 2013. Day 4. 10 September 2013)

Guangzhou, China. 2013. Day 3. 9 September 2013. Part 1.

sambung dari Guangzhou, China. 2013. Day 2. 8 September 2013. Part 3.

sekejap je dah hari ketiga di guangzhou
hari ni macam relax sket coz tak banyak tempat yang nak pergi
paginya just pergi zhong shan ba children's garment market and fu li kids world
petangnya gi one link plaza ngan yide toys and gifts wholesale centre
and malamnya gi pearl river cruise

so pagi tu, lepas dah breakfast kat bilik masing-masing
around 10 am kitorang gerak gi haizhu square station
untuk ke zhong shan ba children's garment market and fu li kids world tu
kitorang naik train from haizhu square station ke guangzhou railway station
kat situ kitorang transfer train untuk ke zhongshanba station
dah sampai zhongshanba station, kitorang keluar ikut exit A
lepas tu belok kiri and jalan la sampai nampak zhong shan ba children's garment market belah kiri
and fu li kids world tu belah kanan (kena cross jalan and tempat dia kat corner jalan)

beratur tunggu train sampai

muka masing-masing happy coz duit dah hampir habis kekeke

first kitorang serbu fu li kids world atau seperti tertera kat bangunan tu, kids city
kat sini banyak jual barangan budak-budak such as baju, bag, barangan baby etc
guangzhou ni tempat beli barangan wholesale atau borong sebab tu murah
kalau nak beli sikit-sikit, derang susah nak entertain and harga lebih kurang kalau nak beli kat malaysia je
paling minimum kalau nak beli baju kat sini 3 helai..itu pun harga takde la murah mana
kat sini aku beli bag and baju the sepets je..harus lah kan..dah tempat budak-budak

alhamdulillah selamat sampai
senang jugak cari

the main entrance

me and kingz in front of kids city

antara kedai-kedai dalam kids city

turun naik escalator sementara menunggu kepochi gurlz shopping

lepas dah puas beli barang kat kids city tu
kitorang patah balik untuk ke zhong shan ba children's garment market
kat sini pun jual barangan budak-budak
aku lebih suka kat sini sebab baju-baju dia cantik sket plus toys kat sini pun macam lagi menarik
kat sini aku beli jugak beberapa helai baju burberry (tiruan la tapi) untuk the sepets hehe
dd plak gi borong toys kat sini..memang gila murah dia dapat..maklum la..dia kan pandai tawar harga hehe

lepas dah borong barang kat zhong shan ba children's garment market
baru la tetiba perut ni rasa lapar padahal masa memborong tadi takde la plak lapar kan
so lepas dah dapat direction daripada owner kedai toys yang dd gi beli toys tadi
kitorang pun gerak la untuk mencari restoran halal
ada a few restoran halal kat situ tapi kitorang cari chinese muslim restaurant jugak sebab affordable

jalan-jalan cari makan

restaurant ni halal tapi macam fast food je
takut tak kenyang..so carik tempat lain yuk!

kat tingkat atas ni ada satu restoran arab
tapi harga dia mahal nak mampus
kitorang dah siap duduk dah tapi bila tengok harga terus kitorang cabut
terpinga-pinga waiter/waitresses dalam restaurant tu hehe

ni la dia chinese muslim restaurant yang enche kingz ingat saloon rambut
sebab ada satu saloon rambut tu, papan tanda dia pun warna hijau
so dia assume yang restaurant ni pun saloon rambut gak
dia tak perasan plak ada gambar pinggan
ye la kan, dah la tengok dari jauh, gambar pinggan pun pudar plak tu teehee

muka happy sebab lapar. eh.

the interior

the menu


the menu jugak
pic credit to deanaxie

aku ngan kingz order nasi putih ngan daging kambing masak kicap..sedap!
ok nama tu aku letak sendiri sebab dah tak ingat tajuk makanan ni
yang penting itu adalah daging kambing halal hehe

lepas dah mengisi perut masing-masing
kitorang pun gerak ke destinasi seterusnya iaitu one link plaza ngan yide toys and gifts wholesale centre
so kitorang patah balek jalan tadi untuk ke zhongshanba station
dari situ kitorang naik train ke guangzhou railway station pastu transfer train untuk ke haizhu square station
kalau nak gi one link plaza tu dari haizhu square station
keluar ikut exit B2 pastu jalan straight sampai nampak one link plaza seberang jalan

sampai kat one link plaza tu kitorang berpecah sebab ada yang nak pergi one link plaza je 
and ada yang nak balik bilik hotel
aku ngan kingz plak decided untuk pergi ke yide toys and gifts wholesale centre 
so from one link plaza tu, kitorang jalan lagi melepasi one link plaza 
and on the way tu, kitorang lalu pasar dan gereja..jauh jugak la kitorang menapak
kitorang jalan sampai la jumpa papan tanda 
yide international exquisite toy and stationery square in guangzhou
gila panjang la haih nama nya. sigh.
kat sini lagi baaaaaanyaaaaaakkkk gila toys and barangan tacticals
yang paling seronok borong kat sini sure la enche kingz sebab ada barang-barang tacticals
aku just beli toys untuk the sepets je
kitorang borong kat situ sampai semua kedai nak tutup
for information, kat guangzhou ni kedai tutup awal dalam pukul 6 petang gitu
so kalau nak beli or borong barang, kena make sure borong cecepat hehe

yide toys and gifts wholesale centre
atau seperti tertera di papan tanda
yide international exquisite toy and stationery square

kingz di depan favorite kedai dia. eh dah ada favorite kedai dah?

lepas dah borong kat yide international exquisite toy and stationery square
and since semua kedai-kedai kat situ nak tutup dah
aku ngan kingz pun bergegas balik ke hotel coz malam tu kitorang nak naik pearl river cruise plak
capek oiiiii sebab nak kena menapak balek..tssk tssk

Guangzhou, China. 2013. Day 2. 8 September 2013. Part 3.

sambung dari Guangzhou, China. 2013. Day 2. 8 September 2013. Part 2.

lepas dah rehat and solat maghrib, kitorang keluar balek jalan-jalan
kali ni kitorang nak pergi shangxiajiu pedestrian street
sepatutnya kitorang pergi shangxiajiu pedestrian street ni hari pertama
tapi dek kerana kepenatan sangat sebab siang tu dah sesat barat
maka kitorang tunda untuk ke shangxiajiu pedestrian street pada hari kedua

so untuk ke sana, kitorang naik train from haizhu square station
turun kat gongyuanqian station..pastu transfer train untuk ke changshou lu station
and then keluar ikut exit D1 atau D2
kalau nak gi shangxiajiu pedestrian street, baik pergi malam sebab cantik ada lampu-lampu
barang-barang kat situ pun ok..lagi murah dari beijing lu..tapi kena pandai tawar harga la hehe
kat sini aku beli blouse ngan kasut untuk the sepets kalau tak silap la


suasana malam di shangxiajiu pedestrian street 

mostly yang jual kat sini ialah baju, kasut and beg tapi cadar katil pun ada jugak
yang jumpa kedai jual cadar katil of course la bakal pengantin iaitu d 
kitorang just teman memenuhkan kedai tu je hehe
  
owh malam ni dd berehat
kali ni d plak yang jadik ketua tawar menawar harga

enche kingz the pak pacak
owh kat sini bukan sekadar boleh beli cadar katil je
kalau nak beli towel pun boleh

lepas d dah beli cadar and azie pun turut beli comforter
kitorang pun teruskan perjalanan jalan-jalan di shangxiajiu pedestrian street 

mc baju?

shangxiajiu pedestrian street at night

the kepochi gurlz lepas dah membeli belah
kan bezz yanti and enah ada sekali

memandangkan kitorang dah jauh dari changshou lu station
and nak patah balek dah tak ingat jalan
maka dengan confidentnya nak balek hotel tu kitorang gamble je jalan terus ntah mana-mana
dengan harapan dapat lah jumpa subway station yang terdekat..memang tak!
tanya orang sekeliling memang tak dapat membantu..tanya polis derang pun sama
kalah macam cakap itik ngan ayam dah..macam cakap itik dengan harimau kot


last-last berdasarkan pemahaman yang lebih kurang tentang direction oleh polis sana
kitorang jumpa la jugak subway yang terdekat (yang sebenarnya jauh gila! tapi tu je paling dekat)
ohoiiii! rasa nak menangis pun ada..masing-masing nyer muka dah cuak gila
ngan d and azie bawak cadar and comforter masing-masing..serious stress je hehe
aku plak risau bukan apa..takut subway station tutup je..nak naik teksi takut plak haha
bila jumpa subway station tu (tak ingat dah which station), gembira di hati bukan kepalang!
terus turun escalator tanpa pandang kiri kanan depan blakang
yang penting cepat-cepat naik train untuk balek ke hotel..capek oiii!
penat satu..lapar satu..nak balek bilik sebab nak mentekedarah je
memang pengalaman sungguh! nak cakap serik pun ada hehe
tu je la serba sedikit pengalaman berada di bumi guangzhou di hari kedua

to be continued (Guangzhou, China. 2013. Day 3. 9 September 2013. Part 1)