Pages

we must take adventures in order to know where we truly belong

Summer In Seoul. Day 2. 15 June 2013. Part 1.

sambung dari Summer In Seoul. Day 1. 14 June 2013

assalamualaikum and hi! hehe
ok hari ni aku nak cerita percutian the sepets di seoul untuk hari yang ke-2
hari ke-2 kitorang bangun awal tak awal la..dalam pukul 8 pagi macam tu
sebab kengkonon nak kejar royal guards changing ceremony pukul 10 pagi kat gyeongbokgung
tapi macam biasa la kalau bab menyiapkan the sepets nih..amek masa
so dapat tengok sipi-sipi je..tu pun kingz ngan dini je yang berlari tetengah panas tu
aku, aqil ngan hana lenggang-lenggang kangkung je jalan hahaha

posing sket depan zaza backpackers hostel
nak soh hana pandang kamera punya la susah sampai kena tarik skirt dia huhu

pagi-pagi mesti lepak sini dulu untuk amek gambar hehe

kingz and the sepets in front of zaza backpackers hostel

peace! untuk ke gyeongbokgung, kena naik subway from myeong-dong to chungmuro, then to gyeongbokgung. senang je ^^

model ubat batuk cap ibu dan anak kahkah

close up sket! hana muka blur jek :P

budak ni lagi. dah macam budak lelaki dah tengok dini nih.

myeong-dong station

cik raihana rose

di mana ada elevator, di situ kitorang akan guna
tak sanggup turun naik tangga hoho


keluar dari lift ni, depan je tu dah nampak dah kawasan gyeongbokgung

nampak kawasan ni, jalan straight je untuk ke main gate gyeongbokgung 

ini adalah kawasan office. kot.

nak ke gyeongbokgung, boleh je ikut pintu kecil tu
tapi disebabkan ni first time kitorang pegi gyeongbokgung
makanya tak nak amek risiko sesat
so kitorang jalan straight sampai gwanghwamun gate (main gate)
lagipun royal guards changing ceremony tu dekat main gate tu

feeling-feeling macam tourist baca map bagai haha
eh memang tourist pun kan? lalalala

masa sampai je, royal guards changing ceremony tu baru je habis
kesian kingz and dini. penat je lari. hehe

tak dapat tengok royal guards changing ceremony, tengok royal guards berdiri tegak pun jadi la hehe

dini dahlea and aqil anaqi with the royal guards. ada orang interframe la plak. tssk.

me and aqil with abang guard

bumbung gwanghwamun gate

ceiling gwanghwamun gate. if i'm not mistaken la. :P

oh. ni depan gwanghwamun gate, iaitu gwanghwamun square.
kali ni tak pergi coz dah pergi hari tu
tapi hari tu pergi waktu malam hehe


 heungnyemun gate (second gate)

gwanghwamun gate
kawasan istana lama di tengah-tengah kota raya. daebak!

nak masuk gyeongbokgung, kena beli ticket dulu. 

 heungnyemun gate
the entrance ticket

lawatan sambil belajar..comel betul budak2 ni
kalau the sepets join sekali sure derang tak perasan..belakang tu ticket counter.


kat sini tempat orang try pakai pakaian royal guard
tapi kitorang tak pergi try pun. panas dan malas. hehe.

 
amboi cik raihana..sopannya duduk!

geunjeongmun gate and yeongjegyo bridge

geunjeongmun gate 
 
geunjeongmun gate 

geunjeongmun gate 
gate ketiga yang kitorang tempuh
  
geunjeongjeon (throne hall)

me, dini and aqil in front of  geunjeongjeon (throne hall)


gangnyeongjeon (king's quarters)

gangnyeongjeon (king's quarters)


tak tau bangunan apa. one of the quarters la kot. hehe

penat berjalan, lepak dulu. orang rumah takde. so lepak kat tangga je.

kingz, dini and aqil

hana jugak relax dok dalam stroller. 

walaupun panas, tapi berangin. tak terasa sangat panas tu.


penat lagi. duduk lagi.

dini dahlea

ni tak tau kawasan apa. tapi tengok ramai lepak, kitorang pun lepak sekali hehe



map kawasan gyeongbokgung. gila luas kawasan istana ni.

rasanya masa ni dah pukul 12 tengahari. penat, panas dan perut lapar. 3P!

bekalan dah memang habis waktu ni. gila kebulur! kesian. haha

panas-panas cenggini syok join derang main air.

since dah pukul 12 tengahari, and the sepets pun dok menyamuk tanya bila nak makan
so kitorang tak teruskan perjalanan explore kawasan gyeongbokgung
maybe next time kitorang repeat datang sini balik hehe ada hati nak pergi seoul lagi tu :P
so kitorang patah balik tapi ikut different route so that tak boring sangat berjalan

jangan tanya bangunan apa ni coz taktau haha

serba hijau. bunga sakura dah tak ada.

heungnyemun gate

heungnyemun gate and yeongjegyo bridge

bukit yang masih terpelihara

lepak jap buang pasir dalam kasut

ni la keje dia. asyik tido je.

national palace museum of korea. tak singgah pun. sebab the sepets dah lapar.

next destination ialah hello kitty cafe tapi esok kot baru sambung
kat entry pasal Summer In Seoul. Day 2. 15 June 2013. Part 2 ok?
sebab nak pergi interview nih
so stop dulu la ya..jumpa lagi! daa!

xoxo!
QueenZ

Summer In Seoul. Day 1. 14 June 2013.

assalamualaikum and hi! lama betul tak menjenguk blog ni
dah nak dekat sebulan dah pun since balek dari seoul hari tu
bercinta sebenarnya nak update blog
tapi takut terlupa nanti, maka ku gagahkan jua untuk update hehe

14 June 2013

hari yang ditunggu telah tiba untuk aku, kingz and the sepets
menjejakkan kaki ke bumi south korea
kali kedua bagi aku dan kingz
kali pertama untuk the sepets
pada hari tersebut, kami anak beranak bangun seawal 4 pagi
yes, dengan hana sekali bangun mandi pukul 4 pagi
because kitorang kena ada kat sana before 7 am
tau la kan nak menyiapkan budak-budak macam mana
sorang bangun, sorang tido, sorang tido, sorang bangun
tu belum part mandi lagi..memang menguji kesabaran huhu
luckily barang-barang semua dah siap masuk dalam kereta
so lepas semua dah siap mandi, around 5 am tu, kitorang gerak ke lcct
kalau hari tu pergi berdua, kitorang park kat klia and naik bas ke lcct
but then, dengan the sepets ni, macam susah sket kalau buat cenggitu
bukan macam dah..memang susah..hahaha
so untuk tidak menyusahkan the sepets, especially aku and kingz
makanya kitorang park je kat lcct..redha je la dengan parking fees tu nanti hehe
sampai kat lcct around 6 am, kingz dropkan aku ngan the sepets dulu and dia pi cari parking
tak kuasa la haih nak menapak jauh-jauh dengan dua bag besar tu
lepas kingz dah park kereta, maka kitorang pun bergerak untuk check in beg-beg kitorang
aku pun tak tau la berat berapa kilo beg-beg tu coz sebok jaga the sepets nih
tapi yang penting, tak melebihi had yang kitorang dah beli hehe

good morning! kitorang tengah tunggu abah check in bags ^^

lepas dah check in bag, kitorang terus masuk untuk ke lcct departure hall
tak dan la haih nak makan kalau dengan the sepets ni
beli je apa ada kat departure hall tu hewhew
around 7 am, hari pun dah siang, so kitorang dah bleh naik plane dah
memandangkan kitorang bawak budak-budak 
maka kitorang diberi keutamaan untuk naik kapal terbang dulu
ni pun satu lagi cabaran, menapak jauh gila nak menuju ke kapal terbang
macam-macam kata motivasi kitorang bagi so that the sepets tak penat jalan
tapi apa-apa pun, ia adalah pengalaman baru untuk the sepets

lagi setengah jam nak bertolak..pray for our safety aite

perjalanan ke incheon, south korea dari sepang, malaysia 
mengambil masa lebih kurang 6 jam 20 minit
ohoiiii! cuba bayangkan macam mana keadaan kitorang selama 6 jam 20 minit?
penat! hahahaha dengan aqil tak nak duduk diam, dengan hana yang asyik menangis
maybe diorang boring sebab takde entertainment
ye la kan..dah semuanya kena beli..mana mampu! haha
nak tak nak, redha je la dengan keadaan itu
dalam hati punya la tak sabar nak sampai incheon
excited tu satu hal la kan sebab dapat pegi lagi sekali
tapi tak sabar sebab nak turun daripada kapal terbang sebenarnya
pejam celik pejam celik, sampai jugak kitorang kat bumi incheon
tepat pada 3.20 pm (waktu korea selatan)..alhamdulillah

sebok la kipas nih. inch pun inch lah. haha.

memandangkan kali ni kitorang pergi ke south korea semasa musim panas
maka kehijau-hijauan la bumi south korea ni
unlike masa kitorang pegi bulan march 2013 hari tu, gonjeng je hehe

incheon. march 2013. beza kan? hehe

alhamdulillah. we have safely arrived! 

selepas dah melalui prosedur immigration and customs (alhamdulillah takde masalah)
kitorang pun melangkah keluar untuk ke airport railroad 
coz nak naik subway untuk ke seoul station
yup, eventhough dengan the sepets, kitorang tetap guna subway
as mode of transportation semasa kat sana..hebat kan? hebat! hebat!
tapi sebelum naik subway, kitorang beli t-money card untuk dini coz umur dia dah lebih 6 tahun
aqil dengan hana tak payah t-money card coz aqil baru 5 tahun and hana baru 1 tahun
aku ngan kingz nyer t-money card ada lagi..just top-up jer kat t-money cards tu

dini dahlea at incheon international airport, south korea

dini dahlea and aqil anaqi before naik subway

dua kali sampai sini, dua kali terpegun. kagum!

since ini adalah kali kedua aku ngan kingz jejakkan kaki ke south korea
makanya, dah tak terkapai-kapai la guna t-money card tu hehe
tak boleh lupa pengalaman masa bulan march ari tu
kalau ingatkan balik memang gelak guling-guling ah. we is malu! hahaha
ok tu cite lama. tutup! tutup! sekarang dah terer dah! hehe berlagaks plaks :P
the sepets were very excited masa naik subway tu
memula excited la..kalau dah 6 hari guna subway? haha fikir-fikirkan..dan selamat beramal! eh

muka excited :P

kingz and hana, budak comel yang tak boleh duduk diam
stroller tu memang kitorang bawak ke hulu ke hilir

sampai di seoul station, kitorang transfer plak naik line 4 untuk ke myeong-dong
coz tempat yang kitorang nak menginap tu, terletaknya kat myeong-dong
maka, ke myeong-dong la kita kan..eh apa aku merepek nih
penat jugak hangkut dua beg besar dan beg-beg kecil serta the sepets
turun naik tangga dan escalator semasa nak transfer nih
macam-macam cara la kitorang buat termasuk mendapat bantuan
daripada locals and foreigners kat sana..gamsahamnida sangat-sangat!
alhamdulillah, around 6 pm, selepas mendaki sedikit bukit
sampai la jua kitorang di zaza backpackers hostel
meh kita tengok keadaan di dalam bilik kitorang tu hehe

sampai-sampai je terus tengok channel cartoon
faham tak faham belakang cerita hehe

tangga menuju ke tempat aku, kingz and hana beradu
jangan tak percaya hana turun naik tangga ni
eh jangan percaya :P

tempat dini and aqil tidur
 
simple but nice

overall bilik kitorang tu memang selesa and luas untuk kitorang lima orang nih
berbaloi lah dengan KRW95,000 satu malam :P
ok settle letak barang and mandi-manda sket
kitorang gerak ke myeong-dong..saja jalan-jalan amek angin malam
tapi tak berapa nak jalan sangat coz masing-masing dah penat
so dah berjalan lebih kurang, kitorang balek ke bilik untuk dinner
dinner kitorang malam tu ialah nasi dan daging kurma brahim serta maggi haha jimat!

the sepets in front of zaza backpackers hostel
baru lepas mandi, tu yang segar sket tu

on the way to myeong-dong
dekat je. jalan kaki pun boleh.

kingz and the sepets at myeong-dong
hana kena paksa amek gambar

me and hana at paris baguette
beli roti sket untuk alas perut hehe

jalan ni yang kitorang lalu selama 6 hari 5 malam 
untuk ke zaza backpackers hostel

boleh lihat dengan jelas namsan tower hehe

ok setakat ni saje cerita Summer in Seoul, Day 1. 14 June 2013
esok aku update untuk Summer in Seoul, Day 2. 15 June 2013. Part 1 plak k!
jumpa lagi! daaa!

xoxo!
QueenZ

Seoul, South Korea. 2013. Trip 2.0. Preparations Part 9. Packing Barang-barang.

lagi 4 hari
tak sabar dah sebenarnya
duit korean won dah tukar
zaza backpackers dah confirm
cuti rehat dah lulus
permohonan ke luar negara dah lulus
insurans kesihatan dah beli
tinggal nak packing barang je sekarang ni hehe
banyak barang nak kena bawak ni
maklumlah, travel dengan the sepets kan
yang penting pampers dengan susu tak boleh lupa
kalau tak masak la nak cari kat sana hewhewhew
cuaca kat seoul dah panas macam kat malaysia
sepanjang-panjang kat sana tu memang panas la jawabnya
haha naseb la pegi time summer kan..redha!


tapi bila tengok weather forecast nih
towards nak balek tu, makin menjadi-jadi plak hujan turun
oh redha lagi sekali! tssk
semoga Allah permudahkan la cuaca masa kitorang kat sana amin!

update 13 Jun 2013:
barang-barang dah siap packing
dah inform malaysian embassy di seoul
alhamdulillah
semoga dipermudahkan perjalanan pergi dan balik. amin.



tak sabarnya nak tunggu esok! ^^

Guangzhou, China. 2013. Preparations. Part 2.

lebih kurang 3 bulan nak ke guangzhou, china
baru la terhegeh-nak mencari hotel kat sana
susah gak nak mencari hotel yang murah dan dekat dengan semua tempat especially subway
kalau dekat dengan semua tempat and subway confirm mahal
sebab kitorang ni pun nanti bukannya memanjang dok dalam hotel
dah sampai sana sure keluar dari pagi sampai malam kan hehe
so lepas beberapa hotel dikenalpasti dan beberapa siri perbincangan dilakukan
kitorang decided untuk menginap di yingshang jinyi hotel yang terletak di dade road

haizhu square station is the nearest subway station

lepas dah berpuas hati dengan location yingshang jinyi hotel (dade road) ni
kitorang pun book hotel through agoda
kitorang book 4 bilik untuk 3 malam



satu bilik untuk satu malam lebih kurang RM84
nak kata hotel paling murah, tak kot kan? haha blasah je la
janji ada tempat tidur and dekat dengan semua tempat
hehe ok hotel dah book so next fikir pasal itinerary plak